Orang cakap, kita jangan terlalu takutkan ketiadaan job sebagai Ghostwriter . Harungi hari, minggu, dan bulan tersebut seperti biasa sahaja. Selagi kita risau, selagi itu Allah SWT akan menguji. Saya pernah tiada job selama 28 hari. Akaun saya kosong! Sedih gila tengok akaun bank masa tu.
Rezeki anak-anak
Sungguh, nak menangis dah masa tu. Rezeki saya, baby dalam kandungan dan anak-anak lain juga restu dari seorang suami.
Begitulah perjalanan saya. Dalam kebergantungan kepada Allah sepenuhnya, Allah datangkan rezeki di penghujung bulan. Masya-Allah.
Oh ya, sebenarnya saya ada job bulanan sebagai Content Writer. Tetapi saya terpaksa minta klien hold dulu untuk job tersebut. Saya tidak mahu diganggu sewaktu bersalin.