Buang ego jadi Shopee Affiliate. Langit tak selalunya cerah. Itulah peribahasa yang boleh digunakan untuk masalah saya sendiri sekitar bulan December 2025 ni. Nak cerita tak habis nanti. Tapi itulah, sejak akhir ini emosi saya pun selalu burn out dengan anak istimewa iaitu Furqan. Orang kata kalau ada masalah, rezeki sukar masuk. Tepat! sebab hati tak tenang.

Dipendekkan cerita, saya ketika itu tak boleh buat ghostwriting job. Manakan dengan anak yang menginjak setahun, tambah lagi selepas operation lelangit baby Muqarabbin. Ya, sangat menguji saya. Baby asyik merengek, saya tak boleh memasak, mengemas rumah, makan pun kadang tak kenyang, nak buka laptop payah lagi. Mungkin dia kesakitan. Orang dewasa tak faham sign baby. Tapi memang asyik lah berkepit. Dengan suami dan anak-anak lain pun baby tak mahu.

Ujian dengan baby selepas operation

Ketika ini saya reda. Biarlah tiada duit pun dalam akaun. Saya santai. Bermain dengan baby dan uruskan rumah tangga macam biasa. Dalam masalah begitu, saya cari plan B. Takkan nak biarkan tiada duit selamanya. Bosan pula, nak beli kopi Zuss tak mampu. Nak beli perfume favourite saya tuh, 3 angka apatah lagi. Takkan nak minta suami beli kan. Memandangkan ianya sekadar kehendak sahaja.

Allah buka jalan untuk saya

Rupanya Allah bagi saya jalan lain untuk tambah duit poket. Terus bulan December 2025, saya sertai kelas sebagai Shopee Affiliate. Ada kelas RM 35, ada RM 38 dan Rm95. Ok. Kat situ lah pelaburan saya bermula.

Pendapatan sampingan sebagai Shopee Affiliate

Bulan pertama saya dapat RM 25x.xx. Oh, rupanya saya ni berdaftar sebagai affiliate sejak tahun 2021 lagi (ada email pendaftaran sebagai rekod) . Cuma hati saya tak di gerakkan menjadi Affiliate ketika itu. Kuasa Allah kan? seterusnya bulan ke-2, pendapatan sebanyak RM 5xx.xx. Masya-Allah. Ini lah pendapatan saya yang ke-2 selain jadi Ghostwriter. Apa pun Syukur. Setiap minggu gaji, boleh bantu suami penuhkan barangan dapur. Bayar komitmen saya sendiri, nak makan sedap-sedap, penuhi keperluan anak-anak . Suami saya pun kadang bergaji lebih, kadang tiada gaji.

Kesimpulannya

Allah beri saya berehat dan bertenang untuk rezeki tambahan. Jangan berhenti cari rezeki demi keluarga tercinta. Dengan izin Allah belaka. Dia berhak tarik rezeki dan memberi rezeki. Siapa lah kita untuk menidakkan keadaan.

By the way, untuk kerja-kerja Ghostwriter. Saya banyak diam. Biarlah rakan-rakan lain kata saya dah tak buat job menulis lagi. Walhal saya senyap DI Facebook ada strategi lain. Bulan January 2026, saya siapkan 1x Copywriting SEO salespage. Masya-Allah. Terima kasih kawan-kawan yang buat hebahan servis saya.

Bila saya senyap, tak update status di Facebook. Mesti ada yang seronok tengok saya macam tu. Biar lah mereka bertepuk tangan di belakang saya. Kata saya macam tu, macam ni. Biarlah klien sahaja yang tahu. Bila dalam industri dah ramai, kita tak tahu mana rakan yang baik dan parasit. Wallahualam.

By Nor Azlina

Minat menulis artikel di blog dan website. Suka cabaran sebagai penulis artikel SEO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *