Lindungi Kulit Wajah dengan Petal Velvet Sunaway sunscreen SPF50 PA dan Petal Velvet Powder
Haiiii,make up lovers.Mesti korang ternanti-nantikan entri tentang beauty product kan? Ehehehe.. Sabar tau.Sila bawa bertenang..
Alhamdulillah,kali ni Ina cuba Petal Velvet Sunaway Sunscreen dari rangkaian jenama Althea pula.Ini adalah antara pengalaman pertama ina gunakan bedak compact.
Normally apply foundation jer di muka.Kali ni,memang berbeza bila gunakan Petal Velvet ni.
PETAL VELVET SUNAWAY SUNSCREEN
Set ini terdiri daripada :
Petal Velvet Warm Beige
Petal Velvet Translucent
Petal Velvet Pink Lavender
Petal Velvet Sunaway SPF50 Sunscreen
Tadaaa!! Kat atas tulah produk baru dari Althea.Yang di terbangkan khas dari KOREA Selatan.Dah beberapa hari item ni sampai ke rumah sebenarnya.Jadi sudah tentulah nak kena cuba terlebih dahulu sebelum review produk ni.Ehehehe..
3 PILIHAN KOD WARNA PETAL VELVET POWDER
Petal Velvet Warm Beige ( kod #23 )
Petal Velvet Translucent (kod #0)
Petal Velvet Pink Lavender ( Kod #Pink lavender )
Untuk kemasan mekap yang cantik,kemas dan berkilau korang boleh gunakan salah satu dari kod di atas.Ohh ya.., Petal Velvet Powder ini juga dapat memberikan efek kulit terasa fresh serta untuk mengekalkan pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit.Bau pun lembut kesemua jenis diatas.
Seperti ina sendiri mengenakan kod Petal Velvet Warm Beige , ia sangat sesuai bagi kulit Ina ni.Tidak berminyak langsung di muka selepas penggunaan. Hmmm…,terbaik kan? Suka sangat tau. Lepas ni,bila kulit berpeluh tak perlu lagi risau akan bedak ni.
Ekstrak biji Althea – kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.
Polyphenols – Memelihara kulit yang dilindungi dari sinar UV.
Saponarin ( Anti aging) – Memulihkan sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua.
Bahan utama dalam PETAL VELVET POWDER LAVENDER
Lecithin hidrogenasi – Kondisi dan melembapkan kulit
Gliserin – Pelembab yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
Point Utama Petal Velvet Powder
KRIM PELINDUNG MATAHARI
Petal Velvet Sunaway Sunscreen SPF50 PA+++
Ciri PETAL VELVET SUNAWAY SUNSCREEN
- Formulasi ringan pada kulit bagi memastikan dari Perlindungan sinaran UVA dan UVB .
- Tidak melekit dan berminyak.
- SPF50 PA++
Bahan Utama yang di gunakan dalam PETAL SUNAWAY SUNSCREEN
Hyaluronic acid – Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
Minyak Geranium – Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat
Cara Menggunakan PETAL VELVET SUNAWAY SUNSCREEN
Petal Velvet Sunaway Sunscreen MUST HAVE PRODUCT!!
- Sangat recommended! Bagi sesiapa yang cepat berpeluh tu..
- Mereka yang nak gunakan sepanjang hari! Perlindungan dari cahaya matahari .
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
cik nor suka smua..hihi