Sebelum tidur semalam entah kali ke berapa ribu tangan ni asyik terkena elektrik sepanjang hidup Ina ni.Huhhh! Menyampah tau.Geram pun ada.
Adakala,tengah cas kamera pun kena letrik.Tapi bukan dari plug,letrik tu ada kat lens kamera.Aduiiii..
Jika diikutkan memang lah merbahay.Silap hari bulan atau nasib tak begitu baik boleh meragut nyawa tau.Semuanya bermula dari Ina darjah 5 iaitu di usia 10 tahun.
Kisahnya bermula apabila Ina ingin menutup suis periuk nasi ketika itu.Entahlah,boleh pula tangan Ina yang basah laju sahaja menerpa ke suis.Konon rajinlah,ekekeke.Iyalah,masa tu kecil lagi kan.Selalu nak tunjuk depan mak siapa lebih rajin.Hahahaha.Memang kelakar.
Akibat dari itu,Ina terkena renjatan elektrik.Semasa Ina terkena renjatan elektrik tu,Ina masih sedar lagi.Masih peka lagi akan keadaan sekeliling.
Suasana kejadian ketika itu,hanya allah yang tahu.
Nampak mak sangat panik ketika itu dengan suara menjerit-jerit meyebut “Ya Allah anakku”.
Tetapi kagum lah dengan mak ketika itu.Dalam duk kalut dan panik tu.Sempat lagi mak menolak Ina dengan senduk kayu.Alhamdulillah! Akhirnya mak dapat pisahkan Ina dari terkena renjatan elektrik tu.
Keadaan Semasa Terkena Renjatan Elektrik
Keadaan semasa terkena renjatan elektrik itu,bayangkanlah macam mana rasanya. Seolah dicubit je diri Ina ni haa. Adalah dalam 1 minit sahaja semasa terkena renjatan elektrik tu.Rasa sakitlah juga.Badan Ina dah tak boleh bergerak ketika itu.Melekat jari Ina pada suis periuk nasi.
Alhamdulillah,allah panjangkan lagi usia Ina ketika itu.
Selepas dari peristiwa tersebut,keesokan harinya Ina masak nasi pun nak ON suis periuk nasi pun Ina tolak guna senduk kayu jer.Walau nampak bodoh,fobia beb! Taknak jadi arwah disebabkan terkena renjatan elektrik.Kalau boleh mati,biarlah dalam husnul khotimah.
Asyik berulang Renjatan Elektrik
Dan selepas dari peristiwa tersebut.Badan Ina memang peka dengan elektrik.Contohnya jika nak betulkan antena televisyen pun elektrik dah menangkap (heyy,korang tau ke menangkap elektrik tu apa? ) pada tangan Ina ni ha. Tetapi ini rasanya macam normal lah kot.Semua orang alami perkara yang sama.
Huhh~ jika diikutkan sangat penat tau asyik terkena renjatan elektrik.Walau bukan macam dulu tempoh terkena renjatan tu agak lama.Entahlah rasa nak menangis pun ada.
Korang, bukan sahaja tangan ni peka terhadap antena televisyen sahaja.Suis lampu rumah dan segala plug di rumah pun memang asyik nak kena sahaja tangan Ina ni.
Errrk,kisah semalam pula iaitu sebelum tidur.Seperti biasa rutin akan ke tandas sebelum tidur.Entahlah macam mana pula boleh lagi terkena arghhhh!!! Stress weeei.
Bila nak ON suis tandas, Buzzzz! Terkena lagi renjatan elektrik. Dan keluar dari tandas pun masih kena lagi.Tetapi kali ini lebih dashyat dari masa nak ON suis tuu.Nak OFF suis pula.
Suis tu dia macam meletup jer bunyi ( POP..bunyinya) ,dan menolak jari Ina ni haaa.Aduuuhh! Sakit tau. Berapa pula watt yang Ina sedut kali ini.Adeiii~
Dari usia 10 tahun sehinggalah ke usia 32 tahun.Masih lagi terkena renjatan elektrik.Harap-harap takde apa yang serius berlaku hendaknya pada diri Ina. Tetapi adakala nak juga menangis,kenapa asyik terkena sahaja.Itu jika terlupa nak alas tangan dengan kain lah.Adakala nak juga cepat,mendapat lah renjatan tu.
Selepas Zohor tadi,baru plan nak menulis blog di Skrin besar (ala,masih belum mampu lagi nak membeli laptop,jadinya guna skrin tv dan Cpu).Tup tup, zapp..Zapp. Hadoii…
Zapp zapp tu.. bunyi eletrik yang secara tiba-tiba terkena tangan ina ni haaa..Ermm,bukan setakat sekali.Tapi ni,dah banyak sangat.Untuk hari ni sahaja.Usik CPU kena letrik,usik wayar hdmi pun sama kena.Hurmm…arghhh! Stress weeii. Macam mana lah,nak submit kerja ni.
Terkena Renjatan Elektrik
Pada usia 10 tahun,jika tak silap.Waktu itu,Ina ingin baru sahaja meletak periuk nasi dan memasang suis periuk nasi elektrik.Dan menekan suis.. Tiba-tiba terasa tangan seolah kebas sangat-sangat.
Dan,apa yang ina ingat.Sewaktu kejadian,mak ina memukul ina dengan senduk kayu.Alhamdulillah.. renjatan elektrik itu dapat dihentikan.Syukur sangat – sangat.Nyawa masih panjang tika itu.Menangis menangis ina waktu tau..sambil peluk mak.Mak pun begitu.Katanya lagi,mak nampak ina dah keras di plug tu.Erkkkk..
Ya allah.. takut betul ina masa tu.
Dan,selepas kejadian tersebut.Tangan atau mana mana anggota tubuh badan ina sangat sensitif dengan elektrik.Jika nak betulkan barangan elektrik pun,ina akan alas dengan kain.Hurrmm…,entahlah.Bukanlah fobia..tetapi terasa seolah arus eletrik tu masih ada dalam badan.Contohnya,jika ina nak betulkan antena tv,mesti tangan ina sakit terkena elektrik.Huuummm. Sakit tau..
Ekin pun pernah kena gak
Tukar periuk nasi tu