Sejak berkahwin, saya dah boleh makan budu! Sumpahan kah? Oh, tidak!
Tapi, masa sekolah rendah. Bermula dari darjah 1 sehingga tahun 6. Azabnya, hanya Allah je yang tahu, penangan budu.
Satu hari pun takde ketinggalan, dek abah mengajar ku makan budu dengan nasi putih bersama lauk pauk lain. Manakala, mak hanya sambal belacan juga bersama lauk lain. Tapi, saya lebih tertarik dengan budu.
Penangan Budu
Apa yang saya perasan kan, setiap kali makan budu. Saya mesti jadi selsema pada keesokan harinya. Walaupun menyeksakan diri sendiri, apa ada hal orang cakap. Asyik berhingus, tisu kan ada.
Nak dijadikan cerita, ada satu hari buat saya terpaksa berhenti makan budu untuk selamanya.
Tepi hidung saya ditumbuhi bisul. Semakin lama, ia membesar dan menyakitkan. Muka saya ketika itu dah jadi membengkak macam ‘alien’. Serta kesannya akan berdenyut setiap malam. Bayangkan kesakitan tersebut macam mana? menangis je lah saya ni.
Selepas pergi ke klinik panel abah bekerja, sapu krim dan makan antibiotik. Alhamdulillah, selepas itu surut bisulnya dengan izin Allah.
Baiknya bisul tersebut, budu macam biasa masih saya makan. Bisul macam biasa, akan tumbuh cuma tak serius sahaja pada bahagian anggota badan lain.
Taubat tinggalkan budu
Kerana bisul tersebut menyebabkan saya kesakitan sehingga tidak boleh ke sekolah. Duduk di kerusi pun, senget sebelah punggung .
Nak ke hospital takut, risau kena tahan di wad lama duduk berseorangan. Itu bayangan saya jika serahkan diri di Hospital.
Sejak kejadian, saya tinggalkan budu.
Sumpahan Budu kah?
Selepas berkahwin, saya beranikan diri makan budu. Ketagih bertahun tak makan, memang tak boleh tahan lagi. Alhamdulillah, tiada sudah bisul tumbuh pada saya.
Sehingga kini, giliran saya mengajar anak-anak makan budu berulamkan timun. Sementara itu, suami jenis tidak gemarkan budu. Makan nasi berulamkan timun serta budu boleh bertambah 4 pinggan ya.
P/S: Balik je dari klinik, terus cari ulam-ulaman selain timun untuk menyicah. Mujur jumpa budu sedap.