![]() |
Assalamualaikum, hari ni baru rajin nak update blog.Mood raya dah habis,makanya update blog seperti biasa lah.Entri ni nak jadikan satu kenangan indah sebab blogger Julia Johari datang beraya ke rumah Ina.Ehehehe..
Alhamdulillah, tak plan langsung sebenarnya.Tuptup Juju ( nama panggilan mesra ) atau lebih dikenali sebagai Julia Johari pemilik blog Julia Johari Dot Com datang beraya di Kuantan. Tak sangka pula bertemu kami ni.
Artikel lain : Last minit beraya di kampung, Kulai Johor
Syawal ke -2
Sebenarnya hari tu, baru je balik beraya dengan keluarga mertua.Rasa macam boring pula bila beraya kat Kuantan ni. Tak best sangat,sebab aktiviti tak meriah. Pssst~ walaupun sememangnya memang mempunyai keluarga dan keluarga mertua di Kuantan.Tapi kan,serius syawal kali ni sepi sangat.Terutamanya syawal pertama dan kedua tu.
Tetapi masuk je jam 1 petang.Notification kat smartphone berbunyi.Itu notification whatsapp daripada Julia Johari. Sedikit terkejut lah,sebab ada tetamu nak datang beraya.Satu apa pun tak siap kat rumah ni tau.Kebiasaannya tetamu memang takde pun yang singgah.Hehehe..
Rumah pun tak berapa nak siap sebenarnya.Ekekeke,wallpaper dah beli tak berpasang pun lagi.Tak cukup pula wallpaper yang beli haritu.
Takkan nak halang pula kan,tetamu yang nak datang. Oleh sebab saudara mara mak nak datang beraya.Jadinya,Ina ajak lah Juju datang beraya kat rumah mak jer. Berkumpul kat sana jer.
Beraya Dengan Julia Johari
Tak Lokek Ilmu
![]() |
Posing sebelum balik |
Mujurlah ada suami Juju.Dia lah yang snap gambar kami ni.HIhihi.. anak Juju pun peramah dengan orang.Dengan anak-anak Ina dia mesra,siap bagi pinjam lagi tab pada anak Ina tu.Huhuhu.. Handsome pula abang Qi ni tau. Ermm,nak chop bole tak ni Juju? Ada 2 orang anak dara Ina ni tau. Hahaha..
Pertama kali Juju jumpa Ina,dia terkejut.Hihihi.. Ina jarang up kat media sosial gambar wholebody ni.Segan,bukan apa.Kurus kan, nanti adalah mulut makcik bawang duk kata tak cukup makan ke?
![]() |
Bye-bye Ina,kata Juju |
Terima kasih banyak-banyak Juju sekeluarga sudi datang ke teratak mak Ina ni.Barulah ceria sikit syawal Ina ni tau. Tak cukup masa pula bersembang.Entah bila pula dapat berjumpa Juju ni lagi.
selamat hari raya ina..seronokna dapat berjumpa
Google punya google terjumpa entry ina ni, hahahaha terharu dalam diam up story pasal raya ya. Seronok jumpa, next time jumpa lagi ye ina.
hahaha~ terima kasih Juju singgah sini. Insyallah..
haah, memang seronok sangat