aktiviti yang menyeronokkan sekiranya penjelajahan kita ke dunia maya
itu berlangsung dengan pantas tanpa tersekat-sekat.
Namun
hakikatnya gangguan tersebut atau sering disebut sebagai ?Internet slow?
menyebabkan pengguna bosan kerana terpaksa membuang banyak masa
semata-mata untuk menunggu laman web yang dilawati dipaparkan
sepenuhnya.
Masalah ini lebih buruk lagi di kalangan pengguna
talian tetap atau dial up yang berjumlah kira-kira 2.5 juta pengguna di
Malaysia ketika ini dan turut dihadapi oleh kira-kira 400,000 pengguna
jalur lebar (broadband).
Bagaimanapun, syarikat berasaskan
industri media dan komunikasi, TEAMWORK Outsourcing Sdn. Bhd. (TEAMWORK
Outsourcing) mempunyai penyelesaian kepada masalah kelembapan internet
iaitu dengan menggunakan perisian ONSPEED.
ONSPEED, menurut
Pengarah Urusan TEAMWORK Outsourcing, Norm Hosken, berkemampuan
meningkatkan kepantasan melayari Internet sama ada menggunakan dial up,
jalur lebar atau rangkaian 3G/GPRS untuk telefon bimbit.
Menggunakan
teknologi pemampatan yang unik dan dipatenkan, ONSPEED mampu
meningkatkan kepantasan capaian kepada Internet sama ada menerusi
sambungan dial up sehingga 10 kali lebih pantas.
Di samping itu,
ia juga mampu meningkatkan kepantasan sambungan jalur lebar sehingga
lima kali dan lapan kali lebih pantas pada telefon bimbit menerusi
jaringan 3G atau GPRS.
Menggabungkan teknologi pemampatan yang
dikenali sebagai Pemampatan Kandungan Sensitif (CSC), ONSPEED mempunyai
pelayan pemampatan dan prosedur penyelesaian masalah yang mampu
mengurangkan saiz fail internet yang diambil daripada laman web.
Secara
mudahnya, apabila pengguna melayari Internet, perisian ONSPEED akan
membawa permohonan itu kepada pelayan pemampatan yang akan mengambil
keseluruhan kandungan laman web dan memampatkannya.
Maklumat web
yang dimampatkan itu akan dihantar semula kepada perisian ONSPEED yang
kemudian akan menyahmampatkannya sebelum disampaikan kepada pengguna
menerusi carian yang digunakan.
| TRICK melajukan internet |
Ia bertindak dengan cemerlang untuk memampatkan hampir keseluruhan algoritma dalam sesebuah laman web termasuk teks, objek HTML, Macromedia Flash, dokumen pejabat (Word, Excel, PowerPoint), jpeg, bmp, png, gif, tiff, flash dan e-mel.
Perbandingan yang dilakukan menerusi simulasi muat turun menggunakan talian dial up menunjukkan imej bersaiz 7.5 megabait mengambil masa kira-kira empat minit untuk dipaparkan sepenuhnya berbanding hanya empat saat menggunakan perisian ONSPEED.
Kepantasan memuat turun data-data ini memberikan nilai tambah kepada pengguna dari segi penjimatan masa dan kos serta menambahkan keseronokan melayari Internet.
Perisian ini juga tidak memerlukan kerja pemasangan kejuruteraan yang sukar sebaliknya hanya boleh dimuat turun. Ia boleh dipasang dengan mudah sama ada menerusi laman web www.teamworkasia.com atau www.onspeedasia.com.
Ia boleh dilanggan pada harga RM162 untuk tempoh setahun dan pengguna juga boleh mencuba perisian ini secara percuma selama dua minggu yang boleh dimuat turun menerusi laman web yang sama.
ONSPEED juga boleh digunakan pada sebarang komputer, komputer poket, dan Apple Macintosh (OX10.2+) di atas pelayar MS Internet Explorer, Mozilla Firefox, AOL Netscape, Apple Safari, Opera dan MYIE.