Rasa sangat gembira apabila sinki yang tersumbat dapat di baiki sendiri. Alhamdulillah,syukur sangat tau. Saya kategori jenis yang tak suka bertangguh kerja. Dengan pinggan mangkuk banyak yang kotor, perlu dibasuh dan air bertakung dalam sinki…Euwwww.. kotor kan?
![]() |
gambar ihsan google
Lebih kurang macam kat atas tu la. Semasa kejadian.. sinki ina tersumbat.Tapi Air dah penuh..geli pula rasanya.Cuba pelbagai cara semuanya tak jalan..antara tips yang mak ina berikan ialah siram dengan air panas kedalam sinki.Dan lagi satu cara ina pam sinki dengan tangan aje.Alatan pam tu takda pula time nak guna ni.. haishh.
Akhirnya, ina cuba buka perangkap sinki di bawah tu.Masa ni kan, ina main hentam aje.Redha je lah kalau pecah yee.. tapi yang menggantikan, cik Suami lahh.. sebab siapa suruh tak mahu tolong bini kan? hahhh.Lagipun,sebelum ini pernah ternampak abah ina buka semasa sinki tersumbat.
Bawah tu kan.. bukan jenis yang senang punya.Disebabkan sinki ina jenis double tap,agak sukar la nak membuka dibawah tu. Dah bocor macam ni, pastinya bahagian bawah kabinet menganggu tempat tong sampah kami . Bercakap mengenai tong sampah, saya reccomend recycling bin in Malaysia . Satu-satunya pembekal tong sampah berkualiti.
Jenis saluran bawah tu pula,nasib baiklah tukang rumah tak gam habis paip.Alhamdulillah.Jadinya, lega lah sikit.Mudah jika sinki tersumbat (maksudnya nak buka tu senang lahh).
Dengan menggunakan kuasa seorang ibu dan juga isteri.Akhirnya, dapat dibuka juga saluran bawah tu setelah cubaan ke berapa kali gagal.Anak-anak ina, bertepuk tangan tengok mama dia berjaya lakukan tugasan seorang lelaki.Berketul sisa makanan keluar bersama air kotor.Berminyak lagi tu..ikutkan memang geli,tapi nak gunakan sinki.Apa lah sangat.. kena berkorban.Yang ina ni, lagi lah gembira,selembik lembik ina sebagai seorang isteri.Mampu pula ina selesaikan kes sinki tersumbat ini.. ( sambil berseloroh dalam hati..)
|
Haaa..tengok tu, anak jantan mama pun sejak tengok mama baiki sinki di dapur.Terus nak baiki sinki yang satu lagi ni.. Hihihihihi.. Furqan Oh Furqan. Ini pun dia dah start pandai memanjat dah. Apa yang ina nakkan untuk anak lelaki ina ni ialah nak jadikan furqan seorang yang lasak, taknak manja sangat.Takut nanti akan menyusahkan hidup dia bersama pasangan kelak.Memang lah furqan ni masih kecil..
ekin pernah buat sendiri x mengharap sangat dekat suami.. kalau betul2 x mampu buat baru mintak tolong dia
wow hebattt
Bravooooo ,yesss buktikan kita boleh hehehhe macam ciksue tak heran dah keje piping ,civil stakat tombol pintu,wayering mudah2 boleh je buat,hasil keje bidang teknikal hahahha kalau suruh en somi nanti ayat dia rugi la belajar teknikal building tinggi2 tak pandai buat sendiri hahahahha….cuma kalau berat2 je tak buat kang jatuh oeranakan hahahhaha
haah..betul tu kan. kikiki.. Ina pernah jugak bape kali angkat peranakan.Emm.. sebab masa bujang kerja bahagian sparepart.Sakit sangat tau..nak demam jadinya.Huhuhuhu
bagus ina, independent gitu
iya lah.Sesekali ..lagipun ina suka kerja cemni.
Hehe.. independent tu penting. Tak gitu
hebat ar sis..