TEKNIK RAHSIA (BISKUT MAZOLA)

assalamualaikum dan selamat malam.. baru je balik dari cod barang customer nie. huhhh... penat.Entri kali ini,kita main masak-masak yea.. heee. Tekak teringin benor nak makan biskut kacang ni tau.. Tengok dekat kedai, RM 19.00 sebalang.iTU pun tidak cukup 50 keping.. hmmm. bila terpikirkan harga cenggitu.Sanggup buat, sebab benda senang. Lagi pun ina ada extra tenaga sejak amalkan shaklee..serius tak tipuuu..




BISKUT KACANG





BAHAN BAHAN :

2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN GULA PASIR (sila blender)
MINYAK MAZOLA ( ina modified, gantikan dengan minyak zaitun @ paling bajet minyak masak)
2 CAWAN KACANG TANAH
1 SUDU KECIL BAKING POWDER

HIASAN
SEDIKIT KACANG TANAH UNTUK HIASAN
1 BIJI KUNING TELUR
SEDIKIT PEWARNA KUNING

CARA CARANYA:

1. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama gula.
2. Gaulkan bersama kacang yang telah dikisar (jangan terlalu hancur, sebab tak best nanti,, takde bunyi krap krup krap).
3. Masukkan minyak ikut keras. Agak-agak adunan boleh diterap acuannya. (ina buat bulat-bulat je)
4. Sapukan kuning telur + pewarna kuning (atas biskut yang sudah diterap tadi.)
5.Sapukan mentega diatas dulang pembakar.
6. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit..gunakan api atas bawah ( yang ni oven eletrik).

okay... siap sudah biskut kacang..

notakaki : sebelum ina jadi agen shaklee, ina bisnes biskut raya.. biskut kacang ni laa. paling laku... sorang order 5bekas. heeeee.. ye betul. tak tipu..dulu masa tu, ina kerja lagi.Bisnes biskut raya lagi... memang tempahan banyak masa tu, habis sakit-sakit belakang.

No comments:

Powered by Blogger.