(TEKNIK RAHSIA : SOTONG MASAK PEDAS - AURA blogger

(TEKNIK RAHSIA : SOTONG MASAK PEDAS

assalamualaikum..selamat berhujung minggu diucapkan.Dah sarapan ke? kalau belum,pergi la alas perut tu dulu ya..bukan apa.Boleh mengundang gastrik nanti.

Okay,berbalik pada tajuk.Hari ini ina nak bagi resipi mudah.Tersangat la mudah,yang bujang lelaki pun boleh masak ni.Jom,tengok resipi dekat bawah...

Resipi

Bahan Bahan

 5 ekor Sotong segar (kuantiti terpulang..
 6 ulas bawang merah (saiz kecil)
 3 ulas bawang Putih
  4 tangkai cili kering
 2 sudu cili boh
 Garam secukup rasa
Sedikit Minyak
 Air

Cara caranya:

1. Tumbuk bawang merah + bawang putih sehingga lumat (Ini rahsia untuk sedapkan masakan..mesti kena tumbuk.Kalau blend,,rasa tu kurang laa)

2. Masukkan bawang bawang yang telah ditumbuk (sebelum itu,masukkan minyak masak terlebih dahulu untuk menumis)

3. Tumis no 2 sehingga garing.

4. Masukkan cili kering bersama cili boh( Tip ke 2 : Tumis lada sehingga pecah minyak..betul betul kering..dan naik bau)

5. Masukkan Sotong (yang telah dipotong potong dan dibersihkan)

6.Masukkan air mentah kedalam no 5

7. Biarkan Sotong itu menggelegak..

8. Sotong dah hampir kering,Bolehlah tutup api.

9. Sedia dihidangkan..

Selamat menjamu selera..

Insyallah..jika sudah cuba resipi ina ni..mesti hari hari mau punya.Rasa nak lagi dan lagiii...Haaa.. cuba tau..



(TEKNIK RAHSIA : SOTONG MASAK PEDAS (TEKNIK RAHSIA : SOTONG MASAK PEDAS Reviewed by azlina ina on 10:17 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.