7 Tips Review Produk dengan Berkesan

Assalamualaikum,hai.. selamat pagi semua.Ina doakan kepada korang  di murahkan serta di percepatkan  rezeki  dan dilancarkan urusan pada hari ini. Pokok pangkalnya,kita jangan dengki mendengki dengan rezeki orang lain ya.Itu Sifir dia,dalam kehidupan.

Okay,berbalik kepada tajuk entri harini.Ina nak berkongsi kepada korang tentang bagaimana nak review produk.Tak kisah lah korang nak review produk di Instagram,Facebook,blog mahupun Youtube.Walaupun ina masih baru dalam bidang begini..ina tetap nak berkongsi ilmu dengan korang.Supaya kita sama sama belajar. 

Yup.. Review produk ialah pandangan kita tentang sesuatu produk yang telah kita gunakan itu.Review tersebut mestilah jujur tau.Jangan tipu seeloknya.Ikhlas gitu..tapi jangan jadi pembaris.Bahana yang dapat.



Cara Review dengan berkesan



1. FEEDBACK


Kebiasaannya, brand (orang yang nak kita review) akan di berikan bersama produk untuk kita review.Dari situ kita akan kupas kebaikan produk tersebut.Atau testimoni pengguna.


2. GAMBAR MENARIK 



Selain penulisan,gambar adalah salah satu hal yang serius dalam sesuatu review bagi menarik perhatian bakal pembeli.Contoh lah.. jika korang ambil gambar di dalam gelap, bagaimana pula tanggapan bakal pembeli ye tak? silap-silap brand pun takut nak ambil korang lepasni. 


3. VIDEO 


Ini bukan semua,tetapi segelintir sahaja,jika pihak brand minta korang lakukan video bagi review produk tersebut.Sila lah ikut arahan tersebut.Bukan susah manapun ,insyallah.Cuba ubah fikiran korang... hari-hari practise buat video.Insyallah lepasni korang akan ketagih..hihihihi. 


4.  CONTENT di BLOG


Pastikan korang tak kedekut gambar tau.Letak sahaja gambar banyak-banyak dalam entri blog korang tu. Tak rugi pun.. sebaliknya, entri korang akan kelihatan menarik dan cantik.Sebelum menulis, pastikan korang buat sedikit kajian dahulu tentang produk yang ingin di review. Jika ada testimoni produk,letak lah sekali.


5. BERGAMBAR BERSAMA PRODUK

bergambar bersama produk


Ini paling penting dalam review produk sebenarnya.Ambil contoh,jika korang letak produk dan ambil gambar produk sahaja.Agak-agak,ade tak orang nak view dan like? Hambar kan? Pokok pangkalnya,korang jangan malu-malu tau.Biarkan orang mengata di belakang kita. 

6. OUTDOOR atau INDOOR


Bagi ina tak kisah.Sebab kawasan perumahan ina berdekatan tasik dan pantai.Masih tak membebankan.Tapi korang jika jauh dan makan kos.Abaikan,Indoor pun boleh.Ina tau ..korang sangat kreatif dalam fotografi.


7. CALL TO ACTION


Yang ini, penting sangat.Sebab ini cara bakal pembeli bagi mendapatkan produk tersebut.Pastikan korang mention di mana nak dapatkan produk tersebut  seperti : mempunyai nombor untuk di hubungi,laman web dan akaun social media brand tersebut .

Kalau korang dapat job review free sekalipun..buatlah sebaik mungkin.Jangan sekadar tangkap muat aje.Dari sekecil kecil ini lah,mana tau kot kot nanti dapat berkerjasama dengan brand lain pula ke kan?

Okay,setakat ini sahaja lah tips review dari ina. Jika korang ada tips lain, sudi sudikanlah letak komen kat bawah ya.Didahulukan dengan ucapan,terimakasih.

14 comments:

  1. yup. btul info atas ni.. tbaik ina.. plus gambar jangan terbalik. ada org post kt ig.. tulisan tbalik.. naya org byr dia. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul juga tu. Hihihi.. terimakasih she.

      Delete
  2. terima kasih ina tips yang bagus ni

    ReplyDelete
  3. setuju...memang betul tips2 nih..baru orang percaya dan kita sendiri pun buktikan yg kita guna

    ReplyDelete
  4. thanks SA. insyaAllah akan ikut nanti. tapi video tu kena biasakan diri.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.