Mencabut atau mencukur bawah lengan

Mencabut atau mencukur bawah lengan adalah cara berbeza tetapi tujuannya sama . Wanita adalah golongan yang amat menitik beratkan tentang kebersihan diri.Kebersihan diri yang di nyatakan adalah  merangkumi daripada pelbagai aspek antara salah satunya tentang penjagaan di bawah lengan.Jika korang kurang penjagaan di bawah lengan,maka..pelbagai la masalah bau badan dan sebagainya.






Bagi masalah di bawah lengan tersebut,bulu kasar yang tumbuh perlulah di buang.Jadi,mana satu pilihan korang yer? Yang mana lebih bagus,mencabut atau bercukur...?




KAEDAH MENCABUT 




Mencabut dengan menggunakan bedak







Semasa kecil dahulu,selalu nampak mak gunakan bedak Cina ini.Tak dinafikan ia amat bagus dalam proses mencabut bulu kasar dan juga berkesan bagi mencabut uban (rambut putih)  .  Bedak ini bersifat kesat.Jadi amat memudahkan dalam proses mencabut.Tetapi dengan kaedah ini,pastikan kuku di potong pendek terlebih dahulu.Agar lancar proses mencabut..





Mencabut menggunakan Pengepit







Kaedah seterusnya dengan menggunakan penyepit.Kaedah ini agak sedikit rumit.Yang mana ia mencabut bulu kasar dengan cara mengepit.Proses ini,mestilah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.Tetapi bagi yang mengejar masa,boleh cuba cara seterusnya.





Mencabut bulu kasar dengan kaedah waxing







Kaedah yang di namakan waxing. Mencabut dengan menggunakan  wax yang mana proses ini mengambil masa beberapa minit sahaja.Kaedah ini ternyata amat berkesan dalam proses mencabut bulu kasar.  Dan buat kali pertama,kemungkinan akan terasa sedikit sakit apabila wax.Tetapi dengan kaedah ini,bulu di bawah lengan akan lambat tumbuh. 
 

Cara buat Wax homemade menggunakan 2 bahan 



KAEDAH MENCUKUR 


Mencukur bulu bawah lengan bagi ina,tak di nafikan.Ramai wanita masih amalkan..mungkin ia cara paling cepat.Tetapi dengan kaedah tersebut sedikit sebanyak mampu menggelapkan bawah lengan.Ohh,tidak.. tak sanggup lah kan. Bukan mudah nak hilangkan gelap bawah lengan itu nanti.


Kesimpulannya, ikutlah keserasian korang.Setiap kaedah ada pro dan kontra.Janji ia tidak memudaratkan kesihatan.Punca badan berbau juga di sebabkan masalah bulu bawah lengan yang tidak dijaga rapi serta pemakanan. 




Masalah bau badan juga dapat dikaitkan dengan faktor pemakanan. Terdapat beberapa makanan yang menjadi punca utama kepada masalah bau badan seperti bawang putih. Jenis makanan yang mengandungi bawang putih boleh memberikan impak kurang baik pada bau badan. -utusan

Catat Ulasan

3 Ulasan

Cik Nor berkata…
good sharing ina..:)
oo gelap pasal shave ke. kena cari tawas lah
Julia Johari berkata…
Byk petua haaa...boleh la cuba.