Drama Melayu TV3
Jika dahulu..,Ina anti tau.Lebih-lebih lagi drama mengenai isu rumah tangga macam ni.Sangat sensitif.Dah pasang TV,tengok drama.Mesti akan bertanya kepada suami jika situasi begitu.Lastnya..,jadi bergaduh.Ala...gaduh manja jer pun.Pastu baik lah semula..tehehe.
Sambil-sambil tu..kaum wanita kat luar sana.Jika boleh,buatlah sedikit income kan? Sebagai persediaan awal.
Jangan Benci Cintaku |
Siapa tak sentap dan terasa terancam.Betul tak? kaum isteri di luar sana? Ehehe.. Tetapi..itu Ina yang dahulu tau.Sekarang ni..,Ina belajar meredhai akan hal ini.Andai ia berlaku kepada diri Ina sendiri.Cheeewahh!
Iyerlah..,suami bukan hak kita sepenuhnya.Memang lah sakit untuk menerima berita-berita sebegini ( suami curang..,suami nak kahwin lagi dan sebagainya.)
Law Of Attraction (Hukum Tarikan)
Entahlah..bagi Ina,memang tak rela berkongsi kasih.Tetapi itulah.Di dalam fikiran..,hanya fikir redha sahaja.Sakit hati ke tidak.Belakang kira.. pokok pangkalnya.
Jangan terlalu memikirkan apa yang tak patut berlaku.Orang kata,Law Of Attraction.. (Hukum Tarikan).Hukum tarikan ni,ia akan berlaku jika kita seringkali memikirkan sesuatu perkara.Haaaa~ agak-agak takut ke tidak? Lebih baik kita fikirkan benda-benda yang baik jer untuk kehidupan yang lebih bahagia.
Sudah-sudahlah terlalu asyik memikirkan perkara negatif sahaja.Kesihatan pula bermasalah pula nanti.. Okaylah,selamat malam semua.Ina tak tidur lagi.Nak sambung tengok movie lama pula "Meteor Garden 2001".tehehe..