Cara Pecahkan Bisul Dan Punca Bisul Terjadi




BISUL | Rasanya sudah bertahun tak naik bisul ni.Adalah puluh tahun kot.Hahaha..,paling teruk bisul yang pernah ina kena semasa darjah 5 kot.Huhuhu.. Terlalu seksa sangat..




bisul,cara pecahkan bisul,kenapa bisul terjadi





APA ITU BISUL?  



Agak-agak korang bisul terjadi sebab apa erkk? Bagi ina sendiri.Bisul ni terjadi disebabkan toksin.Iyalah,toksin banyak dalam badan pun boleh jadi.Orang-orang tua pula sebut darah kotor.Ehehee,tapi bab ni memang betul.Pernah terjadi bisul semasa berpantang anak ke 2.Mujurlah sempat sedar akan kehadiran si bisul tu.Huhhh..


ketulan bisul dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.



PENGALAMAN KENA BISUL



Ohhh ya,semasa ina berumur 11-12 tahun.Terlampau kerap sangat tubuh badan ina ni mengeluarkan bisul.Huuuu,sedih sangat tau.Rasa macam down sangat pun ada jugak.


Bisul bukan hanya tumbuh di sekitar punggung jer.Di bahagian lain pun ada ketika itu.Hahaha.Tapi yang teruk bisul tumbuh di tepi hidung ina.Bayangkan macam mana nak berhadapan dengan orang ramai.Jenuhh..,down masa ni.Muka dah jadi macam alien apa entah.


Muka bengkak,hidung mancung terus jadi hidung jambu air.Kawan-kawan semua geli tengok ina.Ermmm..,iyalah kan.Bernanah masa tu.




BISUL DAN RESDUNG



Boleh dikatakan Bisul ni berpunca juga dari masalah resdung.Ina ni,penghidap resdung yang tegar tau.Bila makan aje budu.Hahhh,sudah.Mula lah tumbuh bisul.


Maklumlah,abah di besarkan di  Kelantan.Jadi,budu sudah menjadi menu pembuka selera abah.Setiap kali makan nasi,mesti ada budu atas meja.Eheheheh.. Gituuu. Dan ina,pun sudha mula terikut ikut makan budu waktu itu.

Dan ketika usia 12 tahun..,terus stop budu.Huhuhuhu..,bagi ina.Budu ni musuh bagi orang yang ada resdung.Ini apa yang berlaku keatas diri ina yeaa.





BISUL MENYERANG KETIKA USIA 12 TAHUN 



Ketika ini,rasa down gila.Huhh,kerap menangis.Dalam kepala,kerap fikir.Kenapa aku? Kenapa aku kerap terkena bisul ni..Semasa kecil-kecil dahulu,ina ni jenis manja sedikit.Apa-apa mesti menangis.Memang kaya lah dengan airmata.Hahhaha.


Darjah 6 peristiwa terkena bisul.Pada mulanya hanya kecil sahaja di punggung.Selepas itu,telah di matikan bisul tersebut.Okay..dah boleh bergembira.Tetapi hanya seketika sahaja gembiranya.


Bisul pula datang menyerang di bahagian punggung lain pula.Mak aihhh,masa ni cepat betul membesar bisul tu tau.Sedar tak sedar dah besar.Bisul ni pula jenis yang tiada mata.Huhuhuhu... Bisul  lada orang tua  beri gelaran bisul tu.




MAKIN MEMBESAR BISUL 



Setiap hari ke sekolah tau.Walau bisul di punggung.Bayangkan macam mana posisi duduk di bangku sekolah.Hahaha.Nak tak nak,terpaksa duduk macam biasa.Macam tak sakit punggung tu.Hahaha..Dalam hati...,mak aihhh.Gila sakit..Nak jer meraung kat situ.


Pakej pula bisul ni.Sekali demam lagi ha.. Lebih kurang hari ke 6,demam teruk.Terus tak hadir ke sekolah.


Mak lah,yang tolong picitkan bisul tu.Walau bisul tak bermata.Yang ada nanah sahaja.Tapi tiada mata.. haaa.


Terpaksa lah tadah kat mak.Mak picit,dan menjeritlah sekuat hati sambil menangis.Huuuuu.


Baca entri lain : KETUMBIT MATA

TIPS NAK PECAHKAN BISUL



1. Pertama sekali,semasa bisul tu masih kecil.Korang cepat-cepat picit dengan kuku.Biar sakit sekarang,jangan sakit kemudian hari.Silap-silap kena operate kang..

2.Potong bawang mearh.Ambil hirisan bawang merah tu,dan tampal tempat yang mempunyai bisul.Insyallah,jika diizinkan.Bisul akan pecah..,mempunyai mata.Mudah lah nak picit bisul tu.


3. Settle!


4. Ingat! Korang cuba perhati pemakanan korang dan penjagaan diri.Cuba elakkan bagaimana.Macam ina budu memang pantang sehingga kini.Ehehehe..


5. Cuba berbekam untuk buang darah yang kotor dan bertoksin.


Sekian.. Lama dah pendam kisah ini.



Catat Ulasan

0 Ulasan