Tips bawa Anak Ke Panggung Wayang



Netizen menyangka bahawa, ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil tidak sesuai di bawa ke panggung wayang.Ini kerana sesetengah darinya mengganggu ketenteraman awam (dengan anak anak kecil meragam).Tapi sebagai ibu bapa, kita perlu lah bijak dalam mengawal situasi berikut. Macam ina sendiri, dari mengandung lagi sudah biasakan masuk pawagam membawa perut yang boyot. Sehinggalah, anak anak sudah membesar.Dorang semua pandai bawa diri masing masing.ehehehe.

Bagaima ingin mengawal anak anak kecil semasa di dalam pawagam? Teruskan pembacaan korang di tips berikut



1. PESAN KEPADA ANAK ANAK

Jika anak anak berusia 5 tahun dan keatas, korang seharusnya berpesan kepada mereka supaya menjaga tingkah laku semasa di pawagam.Jatuhkan hukuman kepada mereka jika mereka berkelakukan buruk ( meragam, bergaduh dengan anak yang lain)


2. USAH KEDEKUT

Pastikan korang membeli makanan di kaunter jualan .Jangan terlalu berkira dengan anak anak . Belilah sedikit popcorn dan minuman ataupun snack Kekacang .Jika mempunyai makanan untuk di kunyah,pasti anak anak korang tidak meragam.Silap silap mereka tertidur didalam pawagam tersebut.. 


3. BEKALAN

Ini bagi anak anak yang masih menyusu.Sediakan 1 botol susu untuk anak korang untuk dijadikan bekalan semasa di pawagam.Insyallah, mereka takkan meragam langsung.Dan bagi ibu ibu yang menyusu badan, teruskan penyusuan didalam pawagam tersebut..(pastikan ibu ibu yang breastfeeding,membawa kain bagi melindungi ketidakselesaan  semasa proses menyusu tersebut.)


4. GELAP

Korang kena biasakan anak anak menonton dalam gelap. Sebagai contoh, semasa menonton televiseyen di rumah, cuba korang padamkan lampu.Cuba perhatikan samda anak anak takut atau pun tidak dalam suasana gelap.Jika sebaliknya, pujuk anak anak.Jangan takut akan suasana gelap.Ini juga dapat membuatkan mereka jadi berani


5. CERITA YANG SESUAI UNTUK DITONTON BERSAMA


Pastikan korang pilih cerita yang sesuai untuk di tonton bersama anak anak .Seperti cerita animasi kartun mahupun cerita dalam kategori sains fiksyen. Yang ini memang tak dinafikan, memang anak anak akan fokus menonton wayang sehingga tamat. Percayalah! 


6. SEAT 

Sebelum membeli tiket wayang, ibu bapa pun kena pandai memilih mana tempat yang sesuai untuk korang satu keluarga nanti. Janganlah membeli tiket terlalu depan.. nanti akan memberi kesan buruk kepada anak anak. Macam ina, ina suka pilih tiket  bahagian seat tengah atau di belakang sekali.Seat kami kebiasaannya memilih 2 seat dewasa dan 2 seat kanak kanak.



seat panggung wayang





Okay, setakat ini sahaja tips dari ina.Lepasni korang dah boleh ajar anak anak menonton wayang.Aktiviti sebegini sangat bagus untuk bonding time bersama keluarga tercinta! Hilang stress anak anak dan ibu bapa. Kiranya, reward di hujung minggu lahhh. Insyallah, benda benda macam ni korang jangan duk berkira.Insyallah, rezeki asti ada untuk korang yang usaha membahagiakan keluarga itu. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

Cik Ash berkata…
tips yang bagus ni tq kongsi
Cik Renex berkata…
Bagus tips ni kak ina, Kalau ada wayang yang khusus utk kanak2 pun syiok jgk kan
sis gee berkata…
good sharing ina!
Blair Villanueva berkata…
Thanks for sharing these tips! Am learning new things :)