'Me Time' Suri Rumah juga perlukan..

Berhias





Selamat petang semua.. hari ini takda tajuk apa sangat,Ina nak tanya korang ni.. yang mana fully house wife tu.Ada tak istilah 'Me Time' Untuk korang haaaa?


Untuk pengetahuan korang.Me time ialah waktu untuk diri sendiri. Misalnya,korang sudah penat.Nak la juga manjakan diri sendiri kan? Manja kan diri sendiri bagi ina, ada banyak maksud tau.

Samada 'Me time' korang untuk pergi membeli belah ke atau pergi manjakan diri ke spa. Atau ada juga yang 'Me Time' dia mekapkan diri sendiri atau ada juga yang pergi berzumba ataupun berhiking.


Me Time ni,sangat bagus untuk terapi diri sendiri. Maksudnya,ia dapat menenangkan diri korang juga ni.Selain mengamalkan  Tips Positif .


Seperti ina,Ina suka lakukan me time di rumah iaitu dengan melakukan rawatan kecantikan wajah hanya di rumah sahaja.Manfaat dia, kulit sihat diri pun dapat hilangkan stress dan penat selama 24jam bekerja di rumah sebagai suri rumah tangga (menguruskan anak-anak,suami dan uruskan rumah).

Antara aktiviti 'me time' yang ina lakukan di rumah ialah melakukan scrub wajah.Ia sangat bagus.. yang mana ia dapat menanggalkan sel kulit mati (kadang tu..punca mekap bercapuk adalah disebabkan kulit mati dan kusam).Secara tak langsung,kulit wajah jadi halus dan bermaya selepas proses scrubbing dilakukan. Ikuti Cara scrub wajah 
 
 
 

'Me Time' seterusnya..errr,,patut ke tidak erkkk nak bagitahu ni. Heeeeeeeeehhhehehehe. Sambil menahan malu.. sambil menaip hat ni yerr..

Okay..ina bagitahu juga lah kan.'Me Time' seterusnya ialah ina waxing bulu di bawah lengan atau ayat yang mudah di fahami ialah mencabut bulu ketiak.Tehehehehe.. ia.Dengan cara ini,bulu roma kasar tersebut akan lambat tumbuh.Sebab proses waxing ini ialah mencabut dari akar.

Tidak seperti mencukur bulu roma kasar.Yang mana ia secara tak langsung ia akan tumbuh bulu bawah lengan dengan cepat serta akan menggelapkan bawah lengan juga. Memang sesetengah wanita akan berkata ia agak leceh tetapi sebenarnya ia adalah satu kepuasan kepada diri sendiri.Jimat kos yang penting!! Lakukan sendiri waxing di rumah ya.. ia amat seronok sekali.Enjoy...

Yang ni pun amat penting bagi ina.Scrub badan.Scrub ni pun amat bagus sekali.Fungsi lebih kurang scrub wajah.Cuma scrub ini dilakukan ke seluruh tubuh badan.Dari badan atas sehingga ke hujung kaki.Ina? Hanya scrub sendiri di rumah.Memang berbaloi la lepas scrub tu.Kulit kaki turut jadi halus. Kepentingan scrub badan

Setakat ini sahaja ya. Apa 'Me Time' korang ya?? Ina nasihatkan korang yang mana mempunyai anak ramai..jangan kata asyik takda masa untuk diri sendiri ya. Jadi,cuba curi masa untuk diri sendiri bagi melakukan rawatan kepada diri sendiri.Jika korang yang mempunyai wang simpanan atau elaun dari suami untuk aktiviti 'Me Time' sebegini..boleh lakukan aktiviti ini di spa spa.  

type='text/javascript'>