Kepentingan Scrub Badan - AURA blogger

Kepentingan Scrub Badan

Kemain lama nak update mengenai topik Scrub badan.Pagi ini,baru lah teringat.Heee.. itu pun ina ternampak post kenalan di Social media Facebook.Terima kasih juga..Kak Nina Mirza yang super comel.


scrub badan



Siapa kat sini selalu scrub badan?  Korang bikin sendiri atau pergi ke spa ya? Ina saja tanya. Macam ina lakukan sendiri di rumah sahaja. Scrub biasa ina ialah menggunakan Garam Bukit.


Antara Manfaat Scrub Badan :


  1. Membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati.
  2. Membantu kulit untuk bernafas.
  3. Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
  4. Menanggalkan daki pada badan.
  5. Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
  6. Mengurangkan keletihan.
  7. Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
  8. Memperbaiki tekstur kulit.
  9. Mengurangkan dehidrasi.
Resipi ina dengan hanya berasaskan garam bukit

garam bukit

Garam bukit bersifat kasar.Dan ina kisar sehingga halus tekstur garam tersebut agar garam mudah di gosok pada badan.Dan semasa scrub,memang tak menyakitkan kulit.

Ingat! walau sehalus mana garam bukit,jangan pula korang p scrub wajah pula ya.Ini kerana kulit wajah adalah halus manakala kulit badan pula berkulit kasar.

Waktu terbaik scrub badan ialah 2 kali seminggu bagi menanggalkan daki-daki di badan.Selepas scrub badan,korang boleh rasai kesegaran tubuh badan.Rasa rileks je.. tenang sangat. 

Cara Scrub Badan :

1. Ratakan scrub pada tubuh badan .
2. Supaya scrub berkesan,di sarankan korang menggosok badan secara membulat.Lakukan secara bulatan di badan korang tu.
3. Jangan menggosok aliran ke bawah atau ke atas ( antara penyebab utama kulit mudah berkedut).
4. Selepas di biarkan beberapa minit scrub di badan,bilas dengan air.


Bagi mengekalkan kelembapan kulit,pastikan selepas mandi.Korang sapukan losyen badan.

Nak badan putih?? korang kena sentiasa sapukan losyen setiap sejam sekali.Memang agak leceh.Tapi dengan sedikit rutin ini,kulit korang akan putih..ehehehe. Tak kisah losyen apa pun.. Janji istiqamah! dapatlah jimatkan duit,dah tak perlu bleaching lagi kan.
Kepentingan Scrub Badan Kepentingan Scrub Badan Reviewed by azlina ina on 10:04 AM Rating: 5

6 comments:

  1. bagusnya tips ni. Tapi memang best wat scrub..pas scrub rasa lembut je kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..buang kulit mati..Baru lengkap pakej cantik..ehehe.

      Delete
  2. IQ ada garam bukit dekat rumah. beli tapi tak pakai2, dah tahu kegunaan dia ni bley la nak guna garam bukit utk scrub

    ReplyDelete
  3. wah bagus ni.. yanie selalu beli yg scrub garam siap tu.. pasni leh try buat sdiri jew.. tq tau..

    ReplyDelete
  4. Suka scrub scrub ni. .. Pas bilas licin gebu jer kulit kannnn

    ReplyDelete

Powered by Blogger.