Boleh dikatakan setiap hari menulis di blog personal dengan menggunakan kaedah SEO ( Search Engine Optimization ) . Menulis artikel dalam niche perniagaan ( digital marketing ) di blog www.azlinaghostwriter.com . Ada setengah penulis yang mengeluarkan hujahnya bahawa, menulis setiap hari tidak bagus menjadikan artikel tersebut tidak berkualiti. Jom, saya bantu kongsikan 7 cara  kembangkan daripada status content di Facebook kepada artikel blog dengan tepat supaya ianya berkualiti serta menjadi carian pembaca.

 

 

Artikel lain : Berbaloi menulis dengan artikel mesra SEO

 

 

 

artikel content
Dalam gambar diatas, content ni sekitar 200 patah perkataan termasuk penggunaan hashtag. Dan, saya olah content tersebut untuk jadikan artikel dengan menjadi sehingga 600 patah perkataan

 

 



Kerangka awal penulisan artikel untuk kembangkan idea

 


Sebaiknya, sebelum menghasilkan artikel di blog mahupun website. Kalian perlulah menulis content pendek terlebih dahulu di media sosial facebook atau Instagram. Content pendek mungkin lebih kurang dalam 200 patah perkataan.

Cara begini, turut dikatakan sebagai kerangka awal artikel. Daripada sini, penulis boleh kembangkan artikel menjadi kepada 1 artikel panjang sehingga 600 patah perkataan atau lebih. Semuanya bergantung kepada kalian sebagai penulis menggunakan daya kreatif.




2. Pengenalan artikel




Content di media sosial, kadang-kadang ditulis dengan pengenalan yang pendek. Jadi, bagi menghasilkan artikel di blog atau website. Kalian perlu kembangkan pengenalan tersebut supaya lebih jelas sasaran pembaca. Jumlah yang sesuai sebgai pengenalan artikel ialah 60 patah perkataan.



Sebagai contoh, saya menulis artikel ini dan memberi solusi kepada penulis dengan menggunakan content sedia ada di media sosial facebook sebagai idea untuk kembangkan artikel.




Bagaimana mahu jadikan penulisan artikel yang menjadi perhatian pembaca?





Untuk mendapat tempat dihati pembaca dan mahukan penulisan artikel kalian sentiasa menjadi carian pembaca di google. Menulislah dengan membuat sedikit research di Google.

Sebagai contoh :

Lihat dibahagian kotak 'search' . Terdapat beberapa cadangan seperti :



jenis penulisan artikel

contoh penulisan artikel pdf

jurnal artikel

contoh artikel

format menulis artikel

kaedah penulisan artikel ilmiah

Format penulisan artikel ilmiah




Apakah cara sebenar mencari 'keyword' sebelum menulis artikel?







Keyword atau kata kunci dalam artikel yang ditulis. Jika kalian mengambil idea content dari media sosial facebook, kalian boleh menggunakan keyword tersebut sebagai isi kandungan keseluruhan artikel. Dengan keyword juga dapat kembangkan artikel menjadi panjang.



artikel-content







Sebagai contoh :

Perhatikan ya, di bahagian 'people also search'. Adakah sebahagian carian sama dengan 'related keywords'. Jika ianya mempunyai salah satu persamaan, jadikan sebagai isi kandungan artikel. Kerana pengguna kerap menggunakan keyword tersebut untuk membuat carian.




Kembangkan artikel dalam struktur heading





Menurut artikel daripada Yoast.com berkaitan struktur heading. Tujuan menulis dalam struktur supaya pembaca mudah untuk 'scan' apa isi kandungan yang dibincangkan dalam artikel tersebut.Selain daripada itu, engine carian google juga akan lihat artikel daripada website dan blog kalian sebagai berkualiti dan sesuai untuk di push ke halaman terbaik Google.




Here’s what the structure of that post might look like:



H1: Ballet shoes are awesomeH2: Why we think ballet shoes are awesomeH3: They don’t just come in pink!
H3: You can use them for more than just dancing
H3: They might be less expensive than you think
H2: Where should you buy your ballet shoes?H3: The 10 best ballet equipment websites
H3: Our favorite local dancing shop




Bagi menjadikan artikel mesra SEO, pastikan kalian menulis dalam struktur.





Kenapa perlu penutup, dalam artikel




Penutup artikel adalah kesimpulan atau ringkasan kepada artikel yang ditulis secara keseluruhan. Penutup perlu diulang apa yang telah ditulis pada awal pengenalan, kerana pembaca sudah melupakan apa keseluruhan isi kandungan artikel. Ringkaskan keseluruhan isi kandungan.

 

Pendapat saya sendiri, jika artikel tiada penutup pembaca akan bingung dengan artikel ditulis.



Penulis perlu kreatif menulis artikel





Penulis hendaklah kreatif bagi menghasilkan sesuatu artikel di website. Tiada istilah tepu untuk menulis artikel. Asalkan kalian faham tajuk yang ingin dibincangkan. Rujuk isi point nombor 3








artikel-content





artikel-content




Gambar diatas adalah, salah satu artikel yang saya tulis tidak sampai 24jam telah berjaya ranking di kedudukan halaman pertama Google. Artikel ini saya juga ambil dari content media sosial facebbok milik sendiri, dan panjangkan menjadi artikel 600 patah perkataan dengan menggunakan keyword tertentu.




Justeru itu, tiada satu pun artikel yang tidak berkualiti dihasilkan. Jika penulisan artikel tersebut mempunyai keyword, artikel yang sentiasa menjadi carian pembaca serta pengguna internet dan perkara terpenting adalah setiap artikel ditulis perlu mempunyai pengenalan dan penutup. 

 

Oleh itu, jangan pandang remeh jika :

ada rakan-rakan kalian menulis content di media sosial setiap hari. Kemungkinan besar, rakan tadi mempunyai strategi tersendiri untuk menghasilkan  artikel di blog mahupun website milik mereka untuk hari berikutnya. Dengan mengambil content pendek di media sosial sahaja, mampu kembangkan sebuah penulisan artikel di website mengikut kreativiti penulis dalam menulis.

 

Gunakan hanya 1 keyword, serta jadikan ianya artikel SEO kalian. Tengok keyword yang saya telah seeding dalam video :

 


 



Jika kalian nak baca mengenai niche marketing, boleh berkumpul disini > https://azlinaghostwriter.com/


 

Bagi pemilik website yang perlukan artikel, saya turut menawarkan pakej artikel. Boleh hubungi saya di sini > wasap.my/60189107161/nakartikelSEO





Facebook : Nor Azlina Mohd Ali