Reda adalah satu sifat yang disukai oleh allah swt. Reda juga bermaksud kita sebagai manusia merelakan dugaan, ujian mahupun musibah datang dalam kehidupan. Mungkin ujian tersebut allah datangkan dengan kehilangan harta benda seperti  kematian, perpisahan atau pun kehilangan duit. Sebelum reda, sesiapa yang menerima ujian pasti hatinya  akan terasa sakit untuk menerima kebenaran hidup. Tahukah kalian, jika tidak reda dalam kehidupan selain hati berasa sakit. Allah juga tidak akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? jom baca pengalaman saya dengan ujian allah.


reda-ujian



 

Hampir terlupa saya, sebenarnya saya bersedih semalam atas kecuaian sendiri. 


Kecuaian akibat;
saya suka terpengaruh dengan barang-barang yang di review melalui apps TikTok. 


Kecuaian sendiri, sebab terpengaruh dengan mereka yang review microphone viral. Saya hanya baca komen pengguna dan percayakan tukang review.

 

Tukang review salah memberi informasi produk

 

Katanya tukang review, model smartphone Type-C sesuai dengan semua jenis Android. Diulangi.. semua jenis android boleh guna. Jadi, dengan pantasnya tangan saya klik 'beli sekarang'.  Takde pun terdetik di hati nak curiga ke apa dengan review di Tiktok.

 

 

Setibanya microphone depan pintu rumah semalam. Terus saya mencuba. Dan betapa kecewanya saya, rupanya Android saya bukan Type-C. Oleh sebab masalah ini, saya tidak boleh fokus menulis. Emosi tidak stabil dalam beberapa jam. Perlahan-lahan saya pujuk hati, supaya bersabar dengan kesilapan sendiri. 

 

 

Saya juga ceritakan pengalaman ini kepada adik beradik dalam group whatsapp, dah kena sekolahkan. Memang betul silap saya, lagipun saya adalah pelanggan dalam kategori terdesak untuk mendapatkan solusi kepada masalah saya yang suka buat konten di Tiktok.

 

Bad First Impression saya berkenaan beli Microphone ni sejak  parcel sampai. Kurier J&T tinggalkan parcel saya dirak kasut sahaja sewaktu saya keluar mengambil anak dari sekolah.

 

 Sila buat research, sebelum membuat review barang

 

 Saya cepat mempercayai review pelanggan dan tukang review. Saya terlupa konsep di sana, asal boleh datangkan sales sanggup memberi fakta yang salah.  Cara review produk dengan berkesan.

 

 

 Tetapi bukan semua macam tu lah, ada juga tukang review yang jujur. Yang saya tanya, mampu menjawab dengan baik. Tak cepat melatah apabila bertanyakan soalan pelik-pelik sebelum membeli.

 

Kadang-kadang, mereka yang review barang tu sebab bukan niche mereka. Sebab itulah tidak mahir melakukan review niche teknologi. Ada yang saya komen di TikTok berkenaan microphone silap beli, beliau siap cadangkan lagi microphone yang bagus. Apabila saya bertanya pun mampu menjawab persoalan dengan baik. Apabila diteliti, rupanya beliau adalah seorang videographer. Patutlah pun faham berkenaan niche teknologi. 

 

 

Perempuan suka berfikir diluar kotak apabila ditimpa ujian

 

Adeiii.. siap cakap lagi kat suami, saya kena kumpul duit ni untuk beli smartphone Type-C. Beginilah fikiran perempuan bila kecewa. Diluar kotak betul..

 


Yang kelakarnya, Type-C tu sesuai untuk model smartphone suami. Xiaomi..
Suami memberi cadangan bernas. Katanya, tak perlu beli smartphone semata-mata kerana mahukan solusi terbaik. 

 


Saya juga pernah diuji allah dengan keguguran sebanyak 2 kali, 2 kali perlu lakukan proses DnC pada bulan yang sama. Serta satu lagi gunakan kaedah ERPOC, kaedah cuci rahim selain DnC.

 

 

Maka, reda lah saya. Asbab reda tersebut, Allah gantikan kehilangan akibat kesilapan membeli [MIC] semalam. Duit bernilai 60 ringgit dengan 2x job menulis artikel bernilai hampir RM 100. Fuh~ ya Maliki. 

 

 

Setiap kali menerima berita sedih, saya akan mengucapkan lafaz ini : Innalillahi wainna Lillahi Rojiun. 

 

Jadi, segala kesedihan tidak akan melarat-larat sehingga hilang pertimbangan untuk melakukan sesuatu perkara  seperti sedih melampau serta kekecewaan. 



Dan, Ya Maliki diucapkan banyak kali sehingga perasaan tersebut hilang dan boleh jadi reda dalam diri

 

 

 

belajar-untuk-redha

 

 

Selain daripada itu, saya juga banyak belajar untuk reda dari kes kehilangan duit sebanyak 3 angka pada bulan lalu secara 'cash'. Allah tarik, dan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik apabila reda dengan ujian. 

 

 Bulan lepas saya kehilangan 3 angka, dan allah gantikan sales saya bernilai 4 angka dengan rezeki sebagai ghostwriter. Dan, selain menerima ujian kehilangan duit. Pernah kehilangan kandungan akibat keguguran sekitar tahun 2021 dan 2022.



Facebook : Nor Azlina Mohd Ali