Hai dan hai korang.Entri hari ini,Ina nak bercerita mengenai Concealer. Korang ada tak parut jerawat,mata panda (eyebag) atau parut di wajah? Korang buat apa dengan benda tu semua yea..,jika nak bermekap? Korang biarkan begitu sahaja atau macam mana? Dengan Concealer kulit yang bermasalah diatas dapat dilindungi dengan serta merta secara sempurna dan pantas.
Baca artikel lain : Kenapa mekap saya bercapuk!
CONCEALER..APA YER?
Concealer adalah salah satu produk kecantikan yang digunakan bagi menutup kekurangan pada wajah, sehingga membuat kulit kelihatan lebih sempurna.
Sebagai contoh, untuk kulit jenis berjerawat, korang boleh menggunakan concealer yang mengandungi benzoyl peroksida atau asid salisilik. Benzoyl peroksida dipercayai mengurangkan jumlah jerawat yang disebabkan oleh bakteria serta yang disebabkan oleh kulit kering dan mengelupas.
JENIS-JENIS CONCEALER
1. CONCEALER JENIS STICK
Digunakan di bahagian bawah mata bagi menutup eyebag.Penggunaan Concealer jenis stick sama seperti memakai lipstick.
TIPS BAGI MENGGUNAKAN CONCEALER JENIS STICK:
Concealer jenis stick ini dapat menutupi kekurangan dengan hampir sempurna.Concealer jenis berminyak.Elakkan dari menggunakan secara tebal.
2. CONCEALER JENIS LIQUID
Concealer ini biasanya lebih ringan dan tidak terlalu berminyak, sehingga korang boleh menambahkan lagi bebeeapa lapisannya.
3. Concealer Jenis Cream
Tips bagi menggunakan Concealer jenis Cream:
Cara penggunaan sangat mudah. Boleh di aplikasikan pada wajah dengan hanya menggunakan jari mahupun span sahaja.
Concealer ini sangat sesuai digunakan untuk kulit kering. Teksturnya creamy dan mampu melembapkan kulit, namun ada kalanya boleh menjadi tebal dan berat. Kelebihan lainnya adalah mudah di ratakan pada wajah.
Pastikan korang jangan gunakan Concealer jenis cream ini terlalu tebal kerana ia akan membuatkan kulit jadi terlalu berminyak serta akan menampakkan lagi garisan halus di wajah korang.
Kesimpulannya,jika korang mempunyai masalah-masalah kulit wajah,gunakanlah Concealer ini bagi menutupi cela di wajah dengan sempurna.
dulu pakai juga conceler sbb nk ttup lindsay lohan. tp skang dh tk pkai lepas rasa lamenya nk makeup 30min. so skang make up 10min je.