Penting ke AFFIRMATION ini dalam kehidupan ??

Dulu diri Ina sangat negatif orangnya. Pelbagai benda nak fikir, kadangkala tu benda yang tak perlu pun rajin betul berfikir. Overthinking! sampai selalu jatuh sakit. Sehinggalah Ina memahami Affirmation. Affirmation atau dalam bahasa melayu adalah pengukuhan. Nak lebih faham ia lebih kurang macam kita programming minda lah. 

Okay, bila kita dah buat affirmation kepada diri sendiri. Insyallah semuanya kita dapat ubah. Maksudnya disini, kita berubah kepada diri yang baru. Lebih positif dan ceria sentiasa . 

Entri berkaitan : VISUALIZE 

Cara lakukan Affirmation :

  1. Saya bahagia
  2. Saya sihat 
  3. Saya Kaya dunia akhirat
  4. Saya cantik
  5. Saya hebat
  6. Saya berkeyakinan tinggi
  7. Saya positif
  8. Saya adalah  kesayangan semua orang
  9. Saya seorang yang bertuah
  10. Saya seorang yang sentiasa rasa bersyukur 
  11. Saya excited untuk hari ini
  12. Rezeki saya lancar hari ini
  13. Saya keluarkan gaji setiap bulan sebanyak RM 2,000 , Cash.
  14. Saya  berjaya bayar komitmen sebulan RM 1,500 tanpa gagal.
  15. Duit bulanan mak dan abah setiap bulan RM 300 / orang.
affirmation, motivasi hebat, positive vibes

Begitulah seperti contoh diatas untuk melakukan affirmation keatas diri sendiri. Jika korang ada lagi list,cuba penuhkan. Affirmation hendaklah dilakukan dengan penuh yakin.  

Lain orang lain cara affirmation nya , tetapi mengikut cara Ina affirmation ini akan dilakukan setiap pagi dan juga sebelum tidur. Korang boleh rasai sendiri bagaimana perubahan kepada diri sendiri. 

entri berkaitan : Hadiah dari ALLAH apabila kita bersyukur

Kesimpulan : Affirmation dapat menarik perkara positif

Affirmation ini juga mampu merubah seseorang yang mempunyai aura negatif kepada positif. Bila kita positif aura positif akan memancar kepada empunya badan.Senyuman pun nampak menarik serta hari korang akan berjalan lancar. Ohh, yea. Sambil-sambil melakukan affirmation ini. Korang amalkan juga solat 5 waktu disamping itu lakukan juga dhuha serta rajinkan diri bangun di tengah malam untuk panjatkan rasa bersyukur apa yang telah kita miliki sekarang. Al-quran jangan dilupakan terus. 

By Nor Azlina

Minat menulis artikel di blog dan website. Suka cabaran sebagai penulis artikel SEO.

One thought on “Penting ke AFFIRMATION ini dalam kehidupan ??”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *