Berpantang Moden atau Berpantang Cara Lama | Dalam tak sedar, kini kandungan sudah pun mencecah di akhir trimester ke- 2. Maknanya dah tak lama lagi dah nak bersalin rupanya Ina ni. Sekarang ni bermacam yang bermain di fikiran. Nak pantang moden atau berpantang cara lama? Boleh jadi stress tu kan?
Sebenarnya , jika diikutkan Ina lebih selesa berpantang cara lama. Dari bersalin anak pertama sehingga anak ke- 3. Ikut cara berpantang orang lama. Maksudnya disini, dari segi pemakanan memang dijaga. Cukup menjaga betul lah orang kata. Memang tak berpantang ikut moden.
![]() |
Berpantang Moden atau Berpantang Cara Lama |
Berpantang makan
Bila tubuh badan sudah mulai serasi dengan berpantang cara lama, makanya dengan cara moden badan Ina memang tidak serasi. Contohnya orang kata boleh makan sup daging dalam tempoh berpantang. Jadi, Ina pun ikutlah. Kesudahannya, badan tak boleh terima. Air masak minum banyak lah juga, dan perut jadi sedikit buncit. Nak meraung pula masa tu tau. Kesan ni dapat dilihat, bila berpantang hari ke-40. Sedih sangat.. Anak nombor 1 dan 2 berpantang ketat sedikit, yealah ikut cara lama kan? Tetapi result memang puashati lah.
Entri Hits : Cara Urut Menaikkan Rahim / Peranakan
Bentan pulak
Dan, semasa berpantang kali ke- 3 tu, memang Ina tukar air minuman. Daripada asalnya berpantang terdahulu hanya minum kopi. Tetapi disebabkan gatal tangan nak mencuba tu. Terpengaruh juga beli kopi segera kopi garam buluh.
Ya Allah, masa tu dah bentan. Hari ke – 20 berpantang. Mak dah menangis waktu tu tengok Ina. Yealah, dah menggigil badan serta gigi pun dah mengetap ( seolah nak jadi kacip gigi.. hah lebih kurang macam tu ) . Mak nangis bukannya apa, sebab Ina degil tak ikut pantang cara lama.
Nasib baiklah di ketika itu, mak dan abah duduk sekali serumah dengan Ina. Jadi tak lah panik sangat. Suami dah over panik masa tu tau. Hahaha~ Dia beli minyak panas banyak-banyak. Kelakar betul.
Selepas dari kejadian tersebut (Atasi masalah bentan ). Mak menyuruh bertungku 3x ganda daripada biasa. Adehhh, itu yang malas. Sebab normal bertungku pun 10 kali sehari yang Ina dapat buat pun. HUhuhu.. itupun kadang culas juga.
Alhamdulillah , walaupun bentan ketika itu (malam ). Ia tak melarat sangat. Sempatlah sapu minyak panas. Mak tolong urutkan, sebab memang nak mak je urutkan ketika itu. Bisa- bisa badan pun hilang selepas mak urutkan. Nasib lah jenis bentan yang tak turun darah tu. Lagipun ibu jari kaki Ina banyak kali juga asyik tersepak je, Allah masih jaga. Malam tu juga, mak buatkan Ina kopi ( sinseng ) panas. Jenama ni jer yang tubuh badan boleh terima.
Dari Segi Penjagaan berpantang
Seperti Ina nyatakan diatas penjagaan berpantang pun ikut cara lama. Dari segi makan , berbengkung dan berjamu.
Jamu tu memang tak makan pun. Sebab Ina sendiri punyai kelompok dari darah jenis O Positif. Sudah semestinya baby jaundice. Paling lama, adalah anak ke – 3. Baby boy jaundice selama 33 hari. Nak menangis meraung jer rasanya. Walhal apa jamu pun tak makan. Orang kata, kalau tali pusat dah luruh maknanya nanti jaundice anak akan turun. Tetapi itu hanyalah omong kosong sahaja. Perghh! Pusat Furqan hari ke-4 tercabut pun jaundice masih ada.
Masa ni, suami siap sewa lampu biru ( untuk turunkan kuning baby dengan kadar sewaan RM 1XX.XX sehari ) Jenuh, tak juga turun. 4 hari kami sewa lampu biru tu tau. Akhirnya ke hospital juga dipantau oleh doktor dan nurse disana.
Berbengkung sewaktu berpantang
Mandian Serom
Berurut
Tak pernah ada pengalaman berpantang moden.
Ketiga-tiga anak Mrs. A berpantang cara lama.