Cipta Keseronokan Bersama Seisi Keluarga Di Farm In The City
Konsep Farm In The City @ Petting Zoo
Pabila korang di Farm In The City, korang jangan risau fikir pasal panas lah apa. Sebab kat sini lain sangat konsep dia. Tak macam Zoo biasa-biasa. Kat sini banyak tumbuhan hijau seperti pokok-pokok serta buahan yang di tanam.
Gambar candid Sara ni.Baru nak bergambar..,secara tiba-tiba kambing kat belakang tu hulurkan mulut dia dan terkena baju Sara.Apa lagi dia tuu..,menjerit kat situ.Hahaha..terkejut kot.
Okay..bila nak masuk ke kandang kambing ni kan.Ada staff yang jaga di depan pintu tu.Staff kat sana akan hulurkan daun pandan (makanan kambing) kepada pengunjung yang nak masuk ke sini.
Jika masuk sini,satu jer.Korang jika pegang daun-daun (makanan kambing) sila beri kepada mereka yea.Bukanlah apa..jika tak,kambing ni akan panjat badan kita.Ehehehe.. Semerbakk lah bau kambing balik tu nanti yea.. kiikkki.
Setiap penempatan haiwan di Farm In The City,Sri Kembangan ni.Mempunyai kandang setiap haiwan supaya ia tidak bercampur dengan haiwan yang lain.
Sebelum memasuki ke Farm In The City ni.
Anak-anak ina paling suka beri makan turtle kat sini. Iyerlah..besar lagi tu. Mereka semua kehairan rupanya ada haiwan macam ni.
Giant turtles ni dia makan sayur sawi aje. Batang sayuran dia tak mahu makan..
Soffea tu sebenarnya dia takut nak sentuh turtle tu. Bila ina biarkan..,makin kerap dia sentuh dan ketawa sendirian, teruja barangkali.
Antara haiwan yang paling peramah dalam zoo. Setiap pengunjung yang datang jenguk dia. Akan hulurkan tangan tau, tanda mahu menyapa pengunjung.
tadaaa! Racoon. Ala..,watak dalam citer kartun Madagascar tu. Ni lah dia dalam real life.. Haaaa.. tapi berbau busuk pula ni. Ina kat sini, kena tahan nafas sekejap. Aisehh.
Ada juga haiwan di Air Hanya Di Farm In The City
Kawasan ni lah paling ramai anak-anak berkumpul. Sebabnya ada ikan kecil dalam longkang. Baby ikan jer dalam longkang ni. Air jernih, boleh lah nampak ikan emas dalam longkang tu.
Ina paling risau sangat,Furqan tu terjun dalam air jer. Walau abah dia ada sekalipun. Tetap risau, Furqan ni aktif.
Lagipun Longkang Fishing ni bersebelahan dengan tasik buatan untuk ikan dan juga berkongsi bersama Swan Putih.
Ikan berkerumun kat sini sebab pengunjung tak kedekut nak bagi makan.Tengoklah tu ikan..besar-besar saiznya tu.Hmm…
Korang tengoklah tu.Nak tersembul mata-mata ikan ni semua bila dapat makanan tau.Dah macam mata plastik pula.Macam ikan tipu jer sekali tengok.. kan?
Stall Makanan
Korang jangan risau, jika anak-anak korang lapar. Bolehlah membeli makanan dalam Farm In The City ni yea. Jika tak silap ina, mempunyai 2 kedai makan di sini. Lepas anak-anak kenyang, boleh teruskan lagi aktiviti tu.
TIPS BERGUNA SEBELUM KE FARM IN THE CITY,SRI KEMBANGAN
1.Pakaian Sesuai
Jika korang datang di sini.Ina syorkan korang seisi keluarga memakai pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti disini. Iya lah.Farm In The City ni luas persekitarannya. Jadi,pastikan korang gunakan tshirt berlengan panjang yang boleh menyerap peluh. Tshirt cotton pun okay.
Dan jangan lupa gunakan krim bagi mencegah dari gigitan nyamuk.
2. KASUT SUKAN
Korang jangan ikut ina erk. Ina ni silap sikit jer. Kasut sukan plan baru nak beli semasa sampai sana. Tetapi..,kedai mana lah buka lagi pepagi buta masa tuh.
Cuba tengok kat atas tu.. orang lain semua gunakan kasut sukan. Ina je yang pelik. Hahaha.Macam-macam kan..?
3. Datang awal
Seeloknya korang yang berhajat datang ke sini,sila datang pagi. Sebab waktu pagi ni best. Tak ramai orang lagi.
4. Bawa Stroller
Bagi korang yang mempunyai anak kecil. Pastikan korang bawa stroller. Memudahkan korang nanti.
Harga Tiket di Farm In The City
Tiket korang boleh refer harga di atas yea. Memang berbaloi sangat!! Anak-anak gembira ..,mak ayah pun turut sekali.Ehehehe. Hilang stress bawa anak-anak kenali haiwan di sini.
Waktu Operasi Farm In The City :
Instagram : https://www.instagram.com/farminthecitymalaysia/
wahhhhh bestnya!!! Haritu nak pergi tapi takut tak berbaloi harga tiket
best tau. Jom pergi sana! Terapi minda juga ni
Bukan anak² je seronok, mak ayah pun sama!
Cikla pernah juga ke sini. Best jugalah. Terutama anak2. Happy diaorg dpt tgk binatang