Cuti Hari Malaysia baru-baru ini.Ina berkesempatan bercuti ke Selangor,sambil menghadiri family day (Farm In The City) di sana.Dan melawat ibu saudara suami yang kini tidak berapa sihat.
ZACC Seksyen 9
Puas lah juga nak mencari taman perumahan yang ibu saudara suami menetap
tu.Maklumlah,kawasan tu memang kami tak pernah pergi lagi.Erm..,ibu saudara menetap di pusat jagaan warga emas di seksyen 9.
Pada mulanya,kami silap pergi ke pusat jagaan ZACC di seksyen 11.Rupanya disana ialah pusat jagaan warga emas lelaki.Bukanlah untuk wanita.Nasib baiklah,kami pergi petang selepas solat asar.Jika malam..,tak tahu lah jumpa ataupun tidak.Ehehehe.. Ni sebab guna google maps yang tak di update lahh.Hahhh…Punahhh!
Kami ni laki bini suka buat keputusan last minit..ehehehe.Pergi pun tak di rancang ni semua.
Hati Tersentuh
Di Rumah jagaan Warga Emas ZACC ni.Hati betul-betul terasa sayu,bila melihat penghuninya uzur belaka.Terdetik di hati..,macam mana lah aku dah tua nanti.Adakah di sini tempat aku?? Pengakhiran kehidupan di Pusat jagaan Warga Emas juga?
Sebenarnya ada banyak sebab warga emas ini di letakkan di pusat jagaan Warga Emas ni.Antaranya kesibukan anak-anak yang bekerjaya (selalu outstation sana sini dalam dan luar negara). Faktor lain yang memerlukan Ibu atau ayah dalam jagaan rapi.Yang juga mempunyai masalah kesihatan
penyakit yang berisiko tinggi iaitu ubat kena makan ON time.Ini antara salah satu faktor utama.
Penyakit ibu saudara suami ni ialah Parkinson.(1 dalam sejuta perempuan yang terkena penyakit ini)
Yang memerlukan jagaan rapi,setiap minit pun tak boleh ditinggalkan.Kata doktor pakar lagi..,penyakit ini juga boleh membuatkan otak mengecut dari semasa ke semasa.Dan menyebabkan pergerakan sedikit terbatas.
Nasib masa tua kita tak siapa yang tahu.