Assalamualaikum..
Sepanjang bulan Februari ni,memori pergi honeymoon di Melaka kembali segar.Bulan Februari adalah anniversary Ina.Makanya,banyak lah memori yang berlegar di dalam kepala ni haa.Ahaks!
Ini gambar masa pergi Honeymoon dulu.Tak tahu nak ke mana,lagi pun masa ni masih malu-malu dengan suami.Heee,nak request pergi jauh-jauh honeymoon pun segan.Ahaks! Dah rugiii kan.. hahaha.Dekat je pergi honeymoon nye.Kahwin suka sama suka,tetapi tulah masing-masing mempunyai sifat malu yang menebal.Hmmm,mungkin sama sifat kejadian kot.Anak no tiga macam ni,pemalu tahap apa entahlah.
Kahwin awal
Usia Ina ketika ini ialah 24 tahun.Hee,muda lagi dah kahwin kan? Suami pula 32 tahun. Hiiii,jodoh memanggil.Terima je dengan hati terbuka,lagipun ni jodoh sekampung . Kedua keluarga saling mengenali,langsungkan aje lah.
Ina lah antara adik beradik yang berkahwin awal.Hee,dah terlangkah bendul kakak dan abang.Aisehhh~
KURUS sebab menderita putus cinta atau Buatan Orang?
Entahlah,nak kata apa. Perasan tak..dalam gambar tu kan,Ina kurus sangat-sangat.Macam tak cukup makan pula dah.Alahaii,ni kang nampak dek makcik bawang confirm ayat-ayat membawang macam peluru keluar.
Macam mana nak start ekkk,ni cerita kecewa bercinta ke atau buatan orang.Ina sendiri pun tak pasti.Tetapi selepas beberapa peristiwa putus cinta dengan ex mix jepun tu.Terus Ina rasa semacam..
Beberapa Hari sebelum Majlis Perkahwinan
Hari berikutnya,sehari sebelum majlis perkahwinan.Suasana malam hari,di luar kawasan rumah bunyi macam cengkerik.Tapi bunyi pelik.Seumur hidup memang tak pernah dengar bunyi macam tu.
Belalang…
Ada satu hari tu,ada belalang besar masuk ke dalam bilik.Menjerit sakan lah Ina ni.Zaman anak dara, memang Ina seorang yang lemah semangat.Sangat-sangat lemah.
Tetapi belalang tu berbunyi tau, bunyi lebih kurang macam ni “Ziiiiinggg…Ziiiing..zingggggggg”
Aduiii,seram betul malam tu.Sehinggakan Ina takut nak masuk tidur ke dalam bilik.Dalam bilik tu,di penuhi dengan barangan hantaran yang telah siap di gubah.
Ina pun menjerit dan menangis,katanya tak nak tidur dalam bilik tu.Takut dengan belalang tu.Besar dan berbunyi nyaring.. puas juga mak abah halau belalang tu.Tetap tak keluar,keesokan harinya.Barulah belalang tu lesap entah ke mana hilang.Lega dah kat situ Ina tauu.. Hahaha.
Beberapa bulan Perkahwinan
Berjumpa pawang
Satu hari,kami suami isteri dan diikuti bersama abah pergi berjumpa pawang A. Dalam rawatan itu pawang itu meminta membawa telur ayam kampung dan beluru.Fuhhh! Jenuh juga masa tu,tak tahu apa benda beluru.Mujurlah abah tau apa benda tu.Jadinya,proses menjadi mudah.
Hari ke-2 rawatan pawang membacakan ayat qursi dan menghembus pada telur ayam kampung tersebut.Dan sesudah pulang ke rumah, Ina meminta bantuan mak untuk mengalihkan telur ayam kampung itu ke seluruh badan Ina.Suami? Hal-hal macam ni,suami kurang percaya.Jadinya,dia tak mahu tolong,katanya ini semua mengarut semata.
seriaunya baca..huhu
Semoga dijauhkan dijauhkan daripada perkara-perkara tidak baik sebegini