Semalam selepas makan malam diluar bersama suami dan anak-anak.Sempat singgah membeli di kanopi roundboard tepi jalan di Indera Mahkota 15.
Dah alang-alang agak sukar nak mencari durian ni.Terus la minta penjual tadi timbang untuk 2 biji buah durian.RM 70 bagi 2 biji durian IOI. Selepas bayar durian tadi.Lantas beredar dan segera simpan durian didalam bonet kereta.
Terliur adalah perkara menyakitkan
Bila bercakap mengenai durian.Mesti ada yang terliur kan? Apatah lagi bila terbau durian.Ya allah, terliur sangat masa jiran-jiran makan durian.Bau durian kan boleh pergi sejauh mungkin bila dibawa angin. Ya Allah,masa tu nak sangat-sangat durian.Mengalahkan orang mengidam mengandung tau.Hihihi.. Ohh,betapa seksanya.
Banyak dugaan bila nak mendapatkan durian ni.Bila duit ada,tiada masa pula nak mencari durian. Kereta rosak dan sebagainya. Memang boleh gunakan khidmat runner,tetapi feel membeli durian tu lain sangat.Rasa seronok tak terhingga tau. Dapat lihat jenis-jenis durian,ohh.Best!
Ohhh,ye.Ada satu hari tu.Ina pernah terdetik dalam hati. Bestnya kalau dapat makan durian ni.Dah bayangkan bau durian,rasa durian dalam mulut.Betapa feel nya ketika itu.Alhamdulillah, selepas sehari tu.Allah rezekikan kami dapat makan durian. Kesimpulannya, korang jangan bersedih ketika tidak mendapatkan sesuatu,sebaliknya tukarkan kepada berdoa.
![]() |
Isi Oren kekuningan durian IOI |
Tips mengenai durian :
- Hilangkan tangan berbau durian iaitu dengan meletakkan tangan dengan mengalirkan air dibawah kulit durian.
- Elak badan panas akibat memakan durian dengan meminum air dari kulit durian.
- Memilih durian isi penuh didalam : Pastikan kulit durian tiada kemek atau leper. Jika ada,ada bahagian yang tidak mempunyai isi penuh.Kemungkinan pangsa kosong.
- Jika durian luruh jangan segera buka.Tetapi pastikan diperam beberapa hari terlebih dahulu sebelum dimakan.Ini kerana ia bukan betul-betul masak.
- Jangan jentik durian ketika mahu membeli durian. Ini kerana tindak balas dari perbuatan tersebut akan menghasilkan asid kepada durian.Maka,jadilah durian pahit dan berasid.
Durian IOI,isi oren |
Nanti next entri,Ina akan ceritakan lebih lanjut mengenai kisah syukur lagi ye.Tak selesa pula menaip guna enset.Maklumlah,jari jemari besar.
Mahal durian 101 ni
Tapi rasanya memang klass
yup,beli setakat nak merasa tu boleh lahh.Hhhih
banyak2 durian nak durian kg gak,musim kali ni tak merasa lagi ni ,keliling rumah banyak dah menjual huhuu
jalan nak balik rumah aida, tiap hari ada penjual durian.
ahad lepas, baru dpt merasa 2 biji.
tapi durian biasa je. just nak merasa. kami bukan kaki makan durian.
alhamdulillah…
alhamdulillah,best juga walau durian biasa.Sebab ina dah serik akan durian kampung,tahun lepas beli buruk.Huhuhu
durian kampung ada banyak jenis kan?