Kerana selepas saya bersalin, hati saya terdetik. “sampai bila begini?” Rupanya, Allah nak beri petunjuk. Secara perlahan – lahan, saya berubah. Saya cari cara bagaimana nak cari duit selain menjadi blogger 🤭
Saya juga terfikir, sudah penat menjadi blogger. Kena berdepan audien. Kena review produk, tulis produk review, buatkan video. Entahlah, saya rasa seperti berat ke arah situ. Dan terfikir untuk bekerja di belakang tabir sahaja.
Jadinya, Allah jentik hati saya!
Saya terjumpa posting Syaza Redzuu , akhirnya saya
mendaftar sebagai ghostwriter. Join kelas berbayar. Rupanya, kat sini lah platform yang betul. Selama ni, saya memang sudah lama mencari tapak untuk pergi jauh dalam dunia penulisan.
Bagi saya, untuk ILMU. Saya tak kisah untuk mengeluarkan sedikit wang. Sebab saya tahu, dengan ILMU kita mampu berubah. Dengan ilmu juga, kita mampu pergi lebih jauh. Alhamdulillah, saya dapat jana pendapatan kurang dari sebulan sebanyak 4 angka. Rezeki ramadan ketika itu, lagi beberapa hari nak raya. Client meminta saya buatkan copywriting dan Handling socmedia mereka. Yang ini saya menulis content di social media bagi pihak client. Saya menulis content bagi pihak mereka selama sebulan.
Client baru jer bincang (tengahari ) dengan saya mengenai social media. Pada hari yang sama juga, client datang bayar fullpayment terus. Alhamdulillah.. Bidang yang saya suka pula tu. Ahaks! Bidang automotif. Lagipun saya pernah bekerja dalam bidang tersebut selama beberapa tahun. Tetapi dalam bidang perkeranian dan memang mempunyai serba sedikit ilmu automotif. Kira stock sparepart, kenal sparepart dan cara kerja.Saya tahu.
“Eh, kau tak boleh menulis ni”, ” Ayat kau tak sedap dibaca, mengarut betul”
Saya pekakkan telinga. Sebab ada yang cuba mematahkan semangat pada awalnya. Terima kasih juga pada mereka. Jika tidak, saya takkan lebih ke depan. Yea! Saya cabar diri saya.
Saya SKIP tengok cerita Tamil (cerita favourite) , scroll Facebook dan komen bukan-bukan di socmedia. Saya korbankan masa saya. Saya FOKUS! BIG WHY saya lah yang membantu untuk lebih fokus. Akhirnya , saya dapat lebih daripada pulangan modal sebagai seorang ghostwriter ( penulis upahan ).
Kini, saya sudah mempunyai ebook keluaran sendiri. Karya saya sendiri..🥰🤗
Jika saya boleh, anda pun boleh.
 |
Karya ebook pertama saya |
 |
Sales ebook |
Ini pula ebook karya sulung saya. Saya menulis sendiri untuk hasilkan sebuah ebook yang bertajuk 5 Rahsia Kelihatan Awet Muda. Ia ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Mempunyai jumlah 33 muka surat ebook ini. Untuk pengetahuan anda, servis menulis ebook turut saya sediakan.
Ebook saya kini boleh di beli di SINI
Dikelilingi oleh Kelompok POSITIF!
Alhamdulillah, hari pertama saya launching ebook. Tengah malam itu juga sudah ada yang membeli ebook hasil karya saya. Syukur sangat tau! Rezeki ini berkat doa dari anak-anak yang selalu mendoakan. Dan tak lupa juga kepada rakan penulis di Kelab Penulis Malaysia. Hasrul Roslan ialah selaku Presiden di Kelab Penulis Malaysia. Beliau juga founder website efranchise.com. Dimana ebook saya dipasarkan di website tersebut.
Saya dikelilingi oleh rakan-rakan positif. Walau pangkat dan kedudukan mereka semuanya berlainan ( taraf pendidikandan jawatan yang mereka miliki ). Tetapi mereka semuanya tidak sombong. Saling bantu membantu. Itu yang penting! Ciri teamwork yang patut dicontohi.
 |
pembaca sukakan ayat copywriting |
Servis Copywriting, menulis Ayat Iklan
Kini, selain menulis ebook dan juga menulis content di sosial media. Saya juga mengambil upah copywriting. Orang kata, jika kita buat kerja apa yang kita suka. Insyallah menjadi. Alhamdulillah. Kerja-kerja copywriting saya disukai oleh orang ramai. Saya bersyukur sangat. Allah datangkan ilham kepada saya untuk menulis copywriting. Copywriting adalah menulis ayat iklan. Ayat iklan ini lah ayat untuk memujuk customer supaya membeli. Tetapi copywriting ni bukan ayat jualan hardsell!
Bila ayat copywriting kita menjadi dan berjaya menyentuh emosi bakal customer. Secara tak langsung juga, ramai yang sukakan posting kita. Alhamdulillah.
 |
beracun ek copywriting? |
ISI KANDUNGAN
CHAPTER 1 : Kerana Mulut
1.1 : “Pagar Diri dan Anak-anak” sebelum
Keluar Rumah
1.2 : Mataku Seolah Terpaku dan Menegur
Sesuatu Sewaktu Dalam Perjalanan Pulang.
1.3 : Tiba-tiba jadi „Pekak‟
1.4 : „Sesuatu‟ Ingin Menguasai, Sewaktu Solat!
1.5 : Gegendang Telinga, seolah direntap
sewaktu tidur.
CHAPTER 2 : Suara Aneh di
Homestay
2.1 : 3 Hari 2 Malam
2.2 : Kami disambut Dengan „Aura Seram‟.
2.3 : Seperti „tiada bertuan‟.
2.4 : Suara Mendodoikan Baby di petang hari.
2.5 : Milik Siapakah Empunya Suara Mendodoikan
itu? Semakin Jelas Kedengaran
2.6 : Malam Menjelma
2.7 : Siapa Main Buaian Waktu Malam ?
2.8 : Telinga Semakin Tajam Mendengar Pelbagai
Bunyi
CHAPTER 3 : Rumah Sewa Murah
3.1 : Kisah Seram bermula disaat kami berpindah.
3.2 : Rumah dipenuhi Kalimah Suci Al-Quran.
3.3 : Bunyi TV dipasang Selepas Jam 12 Tengah
Malam.
3..4 : Keluarga Misteri Ingin Menumpang
3.5 : Bertentang mata Dengan Burung Gagak
Sewaktu Maghrib.
3.6 : „DIA‟ datang Selepas Diundang!
3.7 : „DIA‟ Menyamar jadi Aku
AWAS!
CERITA SERAM ini TIDAK DITAPIS
bagi mengekalkan tahap keseraman
1 unit EBOOK RM 16.00
Beli di link >> AKU TAK KUAT ( SIRI 1)
tahniah sis smoga makin berjaya..nak cuba juga tapi tak berkesempatan lagi..ingt nak retire keje kuli dgn jd ghost writer..bebas sket..hehe
semoga terus sukses sis.
Tahniah kak…semoga terus dimurahkan rezeki
Tahniah
Semoga terus memacu kejayaan
Terima kasih
terima kasih, Aamiin ya mujib, dikembalikan juga doanya ini.
terima kasih. Boleh buat sebagai part time juga ghostwriter ni. Kita yang tentukan masa. Tak terikat pun dengan client
baikk
berdebar tengok title tadi