assalamualaikum..Hai.Korang mesti suka kan entri ni.. Tentang pemilihan kasut.Apa tips dia yaa?? Yang perempuan korang mesti tersenyum sampai ke telinga.Setiap bulan mesti bli sepasang kan..(dalam kepala tu, mesti dah imagine nak kasut ape..brand apa kan?) Tapi bagi aii, janji kasut tu cantik dan selesa terus rembat satu. Macam aii ni pulak, dah pencen pakai heels 3 Inci.. (Teringat dulu, jari kelengking kaki tu tetiba keras..hemm,nak jadi macam strok ke erkk?? erkkk..mintak simpang.Sekarang pakai Flat aje.Taubat dahh..Selamat! lagipun nak dukung anak kan..



 

tips membeli kasut

Rekaan Kasut


 
Terdapat banyak rekaan dan
jenis kasut yang ada di pasaran. Rekaan dari depan sampai bentuk
ketinggian kasut. Oleh itu pilihlah rekaan kasut yang sesuai dengan
keperluan. Anda boleh menyesuaikan kegunaan kasut yang hendak dibeli
sama ada untuk ke pejabatr, acara santai, menghadiri majlis atau
keperluan yang lain. Setiap rekaan kasut dapat menimbulkan kesan
tersendiri dan mungkin tidak sentiasa sesuai dengan pakaian yang akan
dikenakan. Jika untuk jalan-jalan santai mungkin anda dapat memilih
jenis wedgetManakala untuk ke majlis, kasut jenis stiletto yang seksi. 



 Maklumat lanjut mengenai jenis kasut, dapat anda baca pada artikel
berikut:


Entri lain : 2 Pasang Kasut Untuk Isteri Kesayangan! 

Jenis- jenis Kasut



 
Perhatikan kesesuaian
kasut. Pilihlah kasut dengan pilihan yang sesuai dan selesa, yang tidak
akan membuat anda terjatuh. Sebaiknya tidak memilih kasut yang terlalu
tinggi incinya. Ketika anda mencubanya anda perlu berdiri atau berjalan
dalam jangka waktu lama karana pemakaian kasut dalam jangka masa panjang
boleh menyebabkan kaki luka atau cedera atau penyakit yang lain.Jangan
terlalu memilih rekaan kasut mengikut trend terkini tetapi tidak sesuai
dengan acara atau kesesuaian kasut tersebut. Yang penting adalah
keselesaan ketika dipakai. Walaupun modelnya cantik tetapi jika tidak
sesuai adalah lebih baik anda memilih model lainnya yang sesuai dan
terasa selesai ketika dipakai.

Bentuk Kaki



 
Bentuk
kaki antara seseorang dengan orang yang lain adalah berbeza. Ada bentuk
kaki bulat, kotak, atau runcing. Memilih rekaan kasut yang sesuai
dengan bentuk kaki sangat penting agar dapat merasa selesa ketika
memakainya. Jika anda memiliki bentuk kaki kotak, sebaiknya tidak
menggunakan kasut yang hujung meruncing karana akan menyebabkan sakit
pada jari-jari kaki anda.

Warna Kasut

 
Menggunakan
kasut dengan warna yang sesuai dengan pakaian pasti akan kelihatan
menarik dan sesuai dengan penampilan anda. Sebaliknya, warna yang kontra
atau bertentangan dengan warna pakaian akan mencacatkan penampilan.
Pilihlah warna yang sesuai untuk kasut anda dengan warna pakaian yang
akan digunakan pada acara tertentu.Warna-warna yang sesuai adalah
seperti hitam, putih, kelabu, coklat atau krem dapat menjadi pilihan dan
menjadi warna yang perlu dimiliki karana warna ini sesuai untuk semua
warna pakaian yang Anda miliki.

Waktu Membeli

 

Membeli sepatu sebaiknya dilakukan pada petang hari. Pada waktu petang,
kaki telah melakukan banyak perkerjaan sehingga berada dalam ukuran
paling besar sehingga tidak terasa sempit. Apabila membeli kasut pada
waktu pagi atau tengahari ia bererti kaki anda tidak berada didalam
ukuran maksimum. Jadi, Walaupun ketika membeli anda merasa sesuai dengan
ukuran kasut, tetapi setelah dibeli dan digunakan pada sebelah petang,
kaki boleh menjadi melecet karana sempit.

Mencuba Kasut

 
Cara terbaik sebelum membuat keputusan membeli kasut adalah dengan
mencubanya. Dengan mencubanya, anda dapat menentukan ukuran kasut telah
sesuai dan memberi keselesaan. Ukuran kasut adalah berbeza dan berubah
seiring bertambahnya usia, maka jangan mengatakan untuk membeli satu
ukuran sepatu yang biasa anda pakai tanpa mencubanya karana tersalah
pilih, kasut boleh jadi sempit atau longgar.Menentukan ukuran juga perlu
diambil kira sama ada anda mahu memakai sarung kaki atau stokin. Jika
anda selalu memakai sarung kaki atau stokin, pilihlah kasut dengan
ukuran yang lebih besar dibandingkan dengan memilih yang ukurannya
muat-muat sahaja.



Ketika mencubanya, pakailah kasut
kedua-duanya atau sepasang, dan jangan mencuba sebelah kasut sahaja.
Kerana kemungkinan disebelah sesuai manakala disebelah lagi tidak
sesuai. Faedahnya cermin yang disediakan adalah untuk melihat tubuh
secara keseluruhan. Dengan melihatnya, anda dapat menentukan sama ada
kasut tersebut sesuai dengan bentuk tubuh atau tidak.Jangan hanya duduk
atau berdiri tanpa bergerak ketika mencuba kasut. Gunakan kasut untuk
berjalan di dalam kedai. Lakukan gerakan duduk berdiri beberapa kali.
Rasakan, apakah sepatu terasa selesa ketika digunakan berjalan atau
tidak.

Pilih Kasut Yang Sesuai

 
Yang paling
penting adalah memilih sepatu yang sesuai ketika digunakan. Anda rasa
selesa ketika memakainya. Anda dapat melangkah dengan lebih berkeyakinan
tanpa perlu menyiksa kaki atau menangung sakit.



sekian tips dari AURA Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *