RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum,, hai hai dan hai.
Entri kali nie aii nak belanja RESIPI Ayam Berempah. Resipi nie dah lama sangat.Cuma baru nak release jee...hahaha. Ape ape jela kan.Kalau korang nak tau, resipi nie la aii buat jual.Laku keras la..sekarang aii dah pencen jual ayam berempah..hihihihi.Sejak ada baby.Hihihihii..Blog aje aii mampu tulis.. (Eh, taip laa).


Okay, tanpa berlengah masa lagi. Jom lihat resipi nie.






BAHAN BAHAN

1 ekor AYAM
3 batang SERAI (lagi banyak,lagi best)
2 sudu KETUMBAR
1 sudu kecil JINTAN PUTIH
1 sudu Kecil JINTAN MANIS
5 ulas BAWANG PUTIH
GARAM (secukup rasa)
GULA (scukup rasa..taknak letak pun ok)
HALIA (saiz ibu jari tangan)
KUNYIT (serbuk pun boleh)


CARA - CARANYA


1. Potong ayam ikut selera anda ( potong besar besar, muak..lagi satu ayam takmasak dalam).
2.Blender halus ketumbar,jintan manis dan jintan putih.
3.Ketuk serai.  dan Ketuk bawang putih
3. Masukkan Ayam yang siap dipotong kedalam bekas .(Perasakan ayam dengan garam,gula,halia,kunyit,jintan manis,jintan putih,serai,bawang putih)
4. Perap ayam semalaman  , biarkan perapan mesra( nak perap 1 jam @ 2 Jam pun boleh cuma rasa kuranglah).
5.Keluarkan dari peti dan  Boleh digoreng  .( bau yang sangat wangi ..,mampu memikat sesiapa saja yang menghidu)


**resipi ini juga boleh digunakan untuk bakar


SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Powered by Blogger.