Jualan Hebat di LAZADA: Online Revolution (Shop The Universe) - AURA blogger

Jualan Hebat di LAZADA: Online Revolution (Shop The Universe)

 Lazada Online Revolution



Lazada Malaysia, destinasi membeli-belah dan destinasi jualan dalam talian di Asia Tenggara, melancarkan Revolusi Dalam Talian: Shop The Universe - perayaan dalam talian yang berpanjangan selama sebulan dengan banyak tawaran menarik dan menawarkan produk popular dari jenama terkenal yang sedia ada!

Wahh..Dengar saja tawaran kali ini dari Lazada Terus segar biji mata ina tau.Ehehehehe.. Mana tidaknya, didalam satu website ada pelbagai barang yang dijual dengan pelbagai harga yang menarik.Dari store menjual sekecil kecil barangan seperti barangan penjagaan diri seperti gel mandian,ubat gigi ,pencuci wajah ,alatan barangan dapur seperti pisau, alas kaki,blender,mixer ,barangan elektrik lain , Handbag turut dijual di website Lazada.com.my


brand TESCO - beli secara Online di LAZADA







Pengalaman ina membeli belah dari lazada ialah barangan elektrik.Seronok sebenarnya tau, membeli belah secara Online dari lazada.Satu pengalaman berharga buat ina.Maklumlah, ina ni housewife.Susah nak keluar bersama anak anak yang semakin membesar dengan bijak serta aktif .Antara barangan yang pernah di beli ialah Bread Maker Tesco dan micro SDcard .Proses pembelian yang mudah, pembeli hanya perlu masukkan data (nama,alamat lengkap dan nombor telefon pembeli)yang diperlukan sahaja dan seterusnya transfer sejumlah wang bagi meneruskan pembelian tersebut.Kemudian anda perlu menanti sahaja barangan sampai ke pintu rumah.(mengambil masa selama 3 hari mengikut kawasan anda). Setelah 3 hari menanti, barang sampai dengan selamat ke tangan ina.Perasaan ina waktu ini kan...macam orang bagi surprise  gift je rasa..hahahaa.Seronok!



Bagi ina, ina lebih suka membeli barangan eletrik dari lazada.Sejak dari membeli Bread Maker, ina rasa lebih yakin dan percaya membeli dari lazada.Semestinya barangan akan sampai di depan pintu rumah.Tiada sebarang kerosakan..perfect semuanya! Sejak dari membeli barangan dari lazada tersebut..,ina jadi penggila barangan eletrik dah nii..


Semua orang sukakan penjimatan betul tak? Begitu juga dengan ina.Penjimatan yang dimaksudkan ialah,membeli belah secara atas talian. Membeli belah atas talian juga dapat menjimatkan masa (masa untuk menghadapi kesesakan lalu lintas, masa diperuntukkan bagi mencari serta membeli sesuatu barangan tersebut).Hari demi hari dan berganti minggu kenaikan Petrol amatlah membimbangkan ia juga menjadi faktor utama supaya  menarik ramai pembeli membeli atas talian.Dengan membeli belah atas talian juga, kaki ina pun tidaklah sakit dengan mengelilingi pasaraya dan mall (itupun belum tentu jumpa apa  yang ina nakkan.Lagi lagi kena duk pikul baby dalam carrier.Huuuhhhh! sakit tau.Kaki sakit.. bahu pun lenguh.Tetapi dengan membeli belah secara atas talian, semuanya selesai.Semua di hujung jari sahaja.


bluetooth keyboard


Dalam planning untuk membeli satu lagi keyboard.Tapi kali ini, ina nak beli yang tanpa wayar, mudah sikit.Maklumlah, di rumah kami menggunakan skrin TV  dan menyambung terus ke CPU.Setiap kali nak guna, mudahlah nanti..baru keluarkan keyboard itu.Dan paling best..boleh la taip dari jauh jauh.. ini ina duk mengadap depan skrin TV 32 Inci..(Semakin bertambah la power cermin mata nii..hukhukhuk) Yang ada di rumah ina sekarang ni sudah pecah..anak anak pun sibuk nak taip entri blog..ehehehe.


Wahhh.. tak sabar betul ina nak tunggu berlangsungnya Online Revolution di Lazada yang bertarikh  11 November hingga 14 December 2017 ini. 
Jualan Hebat di LAZADA: Online Revolution (Shop The Universe) Jualan Hebat di LAZADA:  Online Revolution (Shop The Universe) Reviewed by azlina ina on 9:35 AM Rating: 5

7 comments:

  1. http://madey09.blogspot.my/ follow blog ni ya

    ReplyDelete
  2. Ready2.... ready poket juga... hihi

    ReplyDelete
  3. sama! saya suka beli kat lazada juga! sebab kadang2 lazada lagi murah dari kat kedai.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.