3 Jenis Concealer yang Perlu wanita Tahu - AURA blogger

3 Jenis Concealer yang Perlu wanita Tahu

Hai dan hai korang.Entri hari ini,Ina nak  bercerita mengenai Concealer. Korang ada tak parut jerawat,mata panda (eyebag) atau parut di wajah? Korang buat apa dengan benda tu semua yea..,jika nak bermekap? Korang biarkan begitu sahaja atau macam mana?  Dengan Concealer kulit yang bermasalah diatas dapat dilindungi dengan serta merta secara sempurna dan pantas.








Baca artikel lain : Kenapa mekap saya bercapuk!

CONCEALER..APA YER?


Concealer adalah salah satu produk kecantikan yang digunakan bagi menutup kekurangan pada wajah, sehingga membuat kulit kelihatan lebih sempurna.

Concealer boleh digunakan oleh pelbagai jenis kulit iaitu  kulit kering, berminyak atau kulit kombinasi, termasuk kulit jenis jerawat. 

Untuk mendapatkan Concealer yang bersesuaian,pastikan korang mengetahui terlebih dahulu jenis kulit wajah masing-masing.

Sebagai contoh, untuk kulit jenis berjerawat, korang boleh menggunakan concealer yang mengandungi benzoyl peroksida atau asid salisilik. Benzoyl peroksida dipercayai mengurangkan jumlah jerawat yang disebabkan oleh bakteria serta yang disebabkan oleh kulit kering dan mengelupas. 

Produk yang dihasilkan daripada asid salisilik boleh digunakan pada kulit berminyak dan jerawat. Kandungan ini dipercayai dapat melegakan keradangan dan kemerahan.



JENIS-JENIS CONCEALER


1. CONCEALER JENIS STICK


Digunakan di bahagian bawah mata bagi menutup eyebag.Penggunaan Concealer jenis stick sama seperti memakai lipstick.



TIPS BAGI MENGGUNAKAN CONCEALER JENIS STICK:


Elakkan menggunakannya di kawasan mata dengan menggosok, ini boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat.

Gunakan terlebih dahulu pelembab di bahagian bawah mata bagi mereka yang mempunyai masalah mata berkedut dan kering.

Pastikan pelembap tidak terlalu berminyak, jadi ia tidak kelihatan berat di muka. Sekiranya anda merasakan pelembap terlalu banyak, anda boleh menipiskan Concealer tersebut dengan tisu. 

Concealer jenis stick ini dapat menutupi kekurangan dengan hampir sempurna.Concealer jenis berminyak.Elakkan dari menggunakan secara tebal.
Elakkan kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak.

2. CONCEALER JENIS LIQUID


Mempunyai bekas seperti Lipgloss.Boleh di oleskan terus ke bahagian wajah yang mempunyai masalah seperti eyebag,jeragat,jerawat serta parut jerawat.

Tips bagi menggunakan Concealer jenis Liquid :

 Boleh di ratakan dengan menggunakan jari mahupun span dengan kaedah 'dap dap' iaitu tepuk secara perlahan bagi meratakan Concealer tersebut.

Concealer ini biasanya lebih ringan dan tidak terlalu berminyak, sehingga korang boleh  menambahkan lagi bebeeapa lapisannya.


3. Concealer Jenis Cream

Kebiasaannya Concealer ini hadir dalam bentuk bekas kecil. Mempunyai tekstur yang lembut serta creamy

Tips bagi menggunakan Concealer jenis Cream: 

Cara penggunaan sangat mudah. Boleh di aplikasikan pada wajah dengan hanya menggunakan jari mahupun span sahaja.

Concealer ini sangat sesuai digunakan untuk kulit kering. Teksturnya creamy dan mampu melembapkan kulit, namun ada kalanya boleh menjadi tebal dan berat. Kelebihan lainnya adalah mudah di ratakan pada wajah.

Pastikan korang jangan gunakan Concealer jenis cream ini terlalu tebal kerana ia akan membuatkan kulit jadi terlalu berminyak serta akan menampakkan lagi garisan halus di wajah korang.

Kesimpulannya,jika korang mempunyai masalah-masalah kulit wajah,gunakanlah Concealer ini bagi menutupi cela di wajah dengan sempurna.

Juga,pastikan korang  memilih warna Concealer sedikit cerah dari tona kulit wajah asal.




3 Jenis Concealer yang Perlu wanita Tahu 3 Jenis Concealer yang Perlu wanita Tahu Reviewed by azlina ina on 9:36 AM Rating: 5

1 comment:

  1. dulu pakai juga conceler sbb nk ttup lindsay lohan. tp skang dh tk pkai lepas rasa lamenya nk makeup 30min. so skang make up 10min je.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.