Berdoa dengan penuh yakin | Adakala kita akan berdoa hanya lafaz di mulut sahaja, tetapi dalam masa yang sama di hati rasa ragu-ragu dalam berdoa. Eh, yeke ni doa aku? allah makbul ke tidak doa aku ni? mesti ada antara korang pernah alami situasi begini. Betul tak? Kita ragu-ragu dengan allah, takut tak dapat apa yang di minta.
| Cara berdoa dengan sepenuh hati |
Biasa kita cakap, yer. Saya doa begitu. Tetapi betul ke cara berdoa tu? Adakah hanya di bibir sahaja? Hati bagaimana? Adakah masih ada rasa ragu di hati? Jika ya,masih ragu-ragu,masih takut-takut allah tak makbulkan. Iyer, itulah Allah sudah makbulkan doa yang dalam hati kita tu.Allah hanya mendengar doa kita dari hati,bukan melalui lisan. Begitu juga dalam solat.Pergerakan solat, tetapi allah tengok melalui hati seorang insan.Baik buruk adalah melalui hati.
Cara nak terbitkan rasa syukur dalam diri
Bagaimana nak dapatkan feeling dalam berdoa? Langkah pertama yang Ina lakukan adalah dengan bersyukur terlebih dahulu. Hargai benda-benda sekeliling. Contohnya : Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Aku bersyukur mempunyai anak-anak, bersyukur ada suami, bersyukur jadi surirumah ( sedangkan diluar sana ramai lagi isteri-isteri yang nak jadi surirumah,tetapi ada komitmen lain.) , bersyukur mempunyai rumah sedangkan diluar sana ada lagi yang tidak mempunyai rumah,gelandangan. Bersyukur setiap rezeki kita hari ini.
Sebelum Allah izinkan sesuatu, kita hendaklah bersyukur terlebih dahulu dengan benda disekeliling kita.
Okay, bila kita dah bersyukur dengan segala nikmat yang allah berikan. Secara tak sengaja feeling itu datang.Rasa sebak, sedih dan menangis semasa berdoa. Feel tu pada hati. Korang cuba yer amalkan selalu.
Dan berdoa bukan sahaja hanya di sejadah ,malahan ketika korang terdetik di hati pun Allah akan makbulkan doa tersebut. Boleh baca SINI
Jadi berhati-hati semasa berdoa.Yang terdetik dihati pun,allah makbulkan. Fikirkan yang baik-baik sahaja.
Hati
Sebelum tidur sila memaafkan orang sekeliling kita. Jika ada sedikit menyimpan perasaan sedih,kecewa,tersinggung,benci dan dendam. Sila buang cepat-cepat. Ini kerana kesemua perasaan ini yang menganggu hati kita. Perasaan ini semua berada berdekatan hati. Sila buang jika nak dapatkan feeling kita berdoa.
Dan, secara tak langsung hati kita juga kusyuk di dalam solat. Takde fikir dah benda mengarut ketika dalam solat. Otak pun takde lah busy asyik memikirkan apa nak buat selepas ni dan sebagainya. Bukan dalam solat sahaja, dalam rutin seharian pun ikut sama.
Be Happy
Lagi satu, Ina pegang pada qada’ dan qadar. Apa nak jadi, redha. Dan tetap senyum. Jika sesuatu yang mengecewakan berlaku pun tetap redha,senyum sahaja. Kerana tahu, bila redha, allah akan gantikan yang best-best sebagai ganjaran. Insyallah.
Bayangkan Ina tengah membasuh pinggan, memasak dan menyapu rumah sekalipun tetap gembira. Rasa syukur sangat kerana menjadi suri rumah. Dapat jaga anak-anak dan rumah tangga. Alhamdulillah.
Dan lagi satu, bila kita tengah gembira ni lah orang panggil high vibrations dimana perasaan kita tengah riang gembira. Berdoa lah di ketika ini,mintak yang baik-baik tanpa ragu di hati. Insyallah, allah makbul.
*Diingatkan juga, ketika berdoa kita jangan letak harapan. Cuma minta doa di release sahaja.
Bagaimana nak buang perasaan Negatif dalam diri?
Sebenarnya mudah jer ni semua. Semuanya berkaitan dengan minda. Kita dari kecil diajar dengan fahaman yang salah. Jadi,benda utama kita kena singkirkan adalah dengan remove all blockage :
1. Remove all blockage
Buang perasaan ragu-ragu, malu, marah, tak yakin pada diri. Dan jika tidak dibuang di dalam minda, ia membentuk kepada self image. Self image yang membentuk diri kita jadi orang yang negatif.
2. Buang rasa bersalah dalam diri. Contoh : kenapa jadi macam ni, dan bukan macam ni.Seperti apa yang aku minta dulu.
3. Lepaskan perasaan malu
4. Lepaskan juga perasaan dendam di hati. Orang yang berdendam adalah doa orang yang allah tak makbulkan.
5. Feel : Ketakutan adalah doa. Bila kita ketakutan, cepat dimakbulkan doa. Contohnya : Takut penyakit kanser,lama-lama memang akan dapat sebab fikiran kita sudah menarik.
Ada satu hari,Ina ternampak status kawan di Whatsapp.
Dia post gambar kek cheese leleh,dia teringin sangat-sangat katanya (terliur). Tetapi kewangan dia hanya cukup-cukup nak beli keperluan harian dan anak-anak je.
Jadinya,Ina wasap dia ajarkan teknik feeling are prayers tu macam mana.
Dan sehari jer dia cuba, petang tu dia dah dapat makan kek cheese leleh tu.
Syukur sangat ya allah. Allah makbulkan apa yg dia hajati.
Okay,sesiapa yang nak Share artikel ini.Boleh share.. Klik butang Share
a great sharing ni.
tq so much.
teknik yg betul memang mendtgkan hasil yg terbaik.
mst wlcm,betul tu.
thank you ina. sangat terkesan di hati
alhamdulillah.Sama2 kita amalkan dalam kehidupan
sangat menarik…
semoga ianya bermanfaat kepada kita semua..
teknik begini asas dalam hukum law of attraction
syukur alhmdulillah…saya dapat sesuatu