TANDA TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG - AURA blogger

TANDA TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG

Sejak kebelakangan ini,SA ada  menerima 2 berita dari kenalan terdekat mengenai penyakit Buah Pinggang.Ada yang dalam proses perlu buat ujian saringan CT SCAN dan ada juga telah membuat pembedahan kecil bagi membantu pengeluaran air pada buah pinggang. Emm..bunyi serius kan? Ia adalah salah satu penyakit yang merbahaya kepada kita.Tubuh badan manusia dikurniakan sepasang buah pinggang  peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).









Tanda Awal Penyakit BUAH PINGGANG

Urin berbuih (pesakit buah pinggang)


  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.


  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

bengkak kaki peaskit buah pinggang


  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

gatal gatal badan bagi pesakit buah pinggang

  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.


  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.


  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.


  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.


  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.


  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


Okay, korang yang mempunyai tanda tanda seperti diatas.. Mohon terus berjumpa doktor dengan kadar segera! Jangan bertangguh lagi.. 
TANDA TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG TANDA TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG Reviewed by azlina ina on 11:24 AM Rating: 5

16 comments:

Powered by Blogger.