Klinik Wong..Doktor Mesra Pelanggan di Kuantan

Kali ini kali ke 3 ina pergi ke klinik.Tapi semalam akhirnya, baru pergi check up anak kat klinik sawasta ini.Dari zaman bujang sehinggalah sekarang,memang Doktor Wong lah yang ina cari. Ina rasa kan, ini lah,antara satu satunya klinik yang cukup lengkap pakej.Alhamdulillah...











Kenapa ina katakan Klinik ini lengkap pakej? Antara salah satunya, dari segi layanan. Layanan yang di berikan sama rata.Tak kira pangkat mahupun darjat.Doktor Wong ini layan dengan cukup ramah.Mudah mesra dengan pelanggan.Sama ada kanak-kanak mahupun warga emas.






Dari segi proses pemeriksaan yang di lakukan amat berpuash hati.Doktor Wong akan memeriksa pesakit nya.Bertanya apa masalah pesakit dengan lembut. Pemeriksaan akan di lakukan dengan lebih teliti. 


      
Dr Wong melayan pesakit dengan senyuman




Tengok tu kan? Sambil sambil periksa anak ina pun.Dr Wong masih boleh lagi bergurau.Walhal, masa giliran ina ini,sudah hampir tutup operasi kliniknya.


Setelah selesai pemeriksaan lanjut.. Doktor Wong memberi sedikit tips supaya demam cepat pulih.Sebab demam anak ina ni..39 darjah celsius. Doktor ingin memasukkan ubat di punggung sara.Tetapi..segan pula.Hihihihihi.. Jadi ina mengambil ubat makan sahaja untuk sara yang berusia 6 Tahun. 


Sara di bekalkan 3 jenis ubatan iaitu Batuk,demam dan antibiotik. Sebelum ini,2 klinik ina sudah pergi..doktor lain tidak memberikan ubat antibiotik.Walhal antibiotik lah yang mana ia bagus untuk turunkan demam dengan cepat.Kata abah ina sendiri.. yang mana abah dahulu seorang pesara farmasi di hospital kerajaan.


Jumlah ketiga-tiga jenis ubatan ini ialah Rm 35  beserta konsultansi seorang Doktor.

Yang paling best,ubatan dari klinik Doktor Wong sangat berkesan.Ehehehe..itulah sehingga sekarang ina cari doktor Wong Ini. 


Klinik  Wong 


B606 Ground Floor , Jalan Air Putih,25300 Kuantan Pahang

Telefon : 09-5601031






Catat Ulasan

1 Ulasan

Najah Mustapa berkata…
betul tu! family pun selalu pergi klinik sama je sebab layanan yang baik dan servis tiptop. Kadang, bila dah serasi dengan doktor, kami akan call dulu tanya sebelum pergi ke sana, samada doktor tu ke yang bertugas.