Koleksi Sukan Ria Carrie Junior Cetus Keseronokan Anak-anak



anak anak semuanya excited menerima barangan dari carrie junior..terus ajak mandi

Produk carrie Junior,dari masa anak sulung lagi ina sudah mula gunakan produk ini.Dari bedak badan,mandian sehinggalah  syampu.Bauannya,memang buatkan ina dah tak cari lain dah.Anak-anak pun seronok dengan carrie Junior.






Tentang CARRIE JUNIOR 





CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!


Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


setiap pembelian akan menerima board game carrie junior


Anak-anak ina,tersangatlah seronok  apabila dapat tahu carrie junior ni sediakan board game dan toy.Semalam selepas mandi,mereka teruja untuk bermain permainan ini.Selepas mandi,terus ajak mama sekali bermain.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.


Terdapat toy di belakang botol syampu

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.






Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml.


Boleh dapatkan segera produk carrie junior di pasaraya yang terdekat dengan korang.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Rabiahtul adawiyah berkata…
wahhh bestnya dpt hadiah tuu
Nadia Johari berkata…
carrie junior memang best buat mandi..sebelum ni anak guna..wah siap ada mainan tu
SalinaJohari berkata…
Setiap kali beli Carrie Junior ..anak² Sal memang akan berebut nak bukak 'kotak rahsia' tu...huhuhu
iam.umifuzy berkata…
carrie junior mmg sinonim dgn kanak-kanak. Lebih seronok siap ada mainan tuu
diaripink berkata…
Carrie junior mmg best. Eyda suka bau cherie
PERMATABIRU berkata…
carrier junior mmg wangi
Cik Ash berkata…
happy anak2 ina
mamapp berkata…
Ada mainan lagi Tu. Mmg best lah