Kenali Kulit Wajah Anda

Setiap manusia di lahirkan mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza-beza.Ada yang jenis Normal,kulit kering,berminyak dan juga berkulit kombinasi.Tak kira perempuan mahupun lelaki,korang dinasihatkan supaya mengenali terlebih dahulu sebelum membeli sebarang produk penjagaan wajah.Jom..baca dulu ciri-ciri ini terlebih dahulu..



KULIT NORMAL




Kulit Normal 


Ramai yang menginginkan kulit normal seperti ini.Mudah untuk mencari penjagaan wajah dan tidak mengalami masalah kulit. 


Cara mengenali kulit NORMAL :



  • Kulit lembab dan anjal
  • Pori-pori wajah tidak kelihatan
  • Tidak kering dan kusam
  • Kulit kelihatan segar dan bermaya
Walau bagaimanapun,kulit normal juga mesti di rawat.Cukup hanya dengan mencuci wajah dan memakai pelembab.Jik atidak di jaga,kemungkinan kulit korang akan di tumbuhi jerawat,jeragat dan kedutan awal.


KULIT BERMINYAK 



Ada banyak faktor penyumbang kepada kulit berminyak iaitu pemakanan,tahap stress dan hormon.

Cara mengenali Kulit berminyak :


  • Mudah di tumbuhi jerawat
  •  Pori wajah kelihatan sangat jelas
  • Mekap tidak akan melekat... mudah bercapuk

Cara Tangani wajah berminyak :


  • Bagi menangani masalah kulit berminyak,korang dinasihatkan  agar menggunakan kertas penyerap minyak.Boleh dapatkan si drugstore.
  • Dinasihatkan korang mencuci wajah 2 kali sehari iaitu pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum waktu tidur.Jangan terlalu kerap memcuci wajah,kerana ia akan menyebabkan kulit kering.
PILIH kosmetik yang berlabel 'Non oil' atau 'Non Comedogenic'.



KULIT KERING




Kulit kering



Kulit kering ialah kulit wajah yang tidak mempunyai cukup minyak bagi melindungi serta melembab.Dan kulit kering juga mampu mempercepatkan kedutan wajah.


Cara mengenali Kulit Kering :


  • Wajah kusam dan berkulit kasar
  • Kulit tidak elastik
  • Garisan halus sangat jelas kelihatan di wajah 

Tips bagi kulit Kering:


  • Gunakan krim pelembab agar kulit sentiasa lembab
  • Minum air putih secukupnya setiap hari
  • Jangan mandi dengan air panas
  • Elakkan dari sabun mengandungi bahan pencuci mahupun deodorant 


KULIT KOMBINASI

kulit kombinasi




Jenis kulit kombinasi : faktor genetik atau faktor hormon yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam jumlah serta tempat minyak (lipid) diproduksi. Selain itu, jenis kulit kombinasi juga bergantung pada cuaca.


Cara mengenali Kulit Kombinasi :



  • Mempunyai minyak hanya di kawasan hidung,dahi dan dagu atau lebih dikenali sebagai T-Zone.Iaitu di ikuti sekitar pipi berkulit kering.
  • Mempunyai jerawat di kawasan T-Zone sahaja
  • Pori wajah membesar


Kesimpulannya,korang kena kenali dahulu jenis kulit korang yang mana satu.Nanti mudahlah korang beli produk penjagaan wajah.Yang sesuai bagi kulit korang itu.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Fatin Shahrizam berkata…
Kalau kadang kadang je berminyak, kadang kadang normal? Kulit fatin centu laa hahaa.
Radhia Razali berkata…
kulit saya jenis kering..anyway, done follow ur blog