2 Ramadan - Isyarat Dari Allah S.W.T

Serius,tak tipu.Hari ini adalah hari paling teruk agaknya.Huhhh..Kisahnya bermula seawal tengah malam lagi..erkkk.


Bermimpi Terlepas Sahur

Sebenarnya,Ina bermimpi.Bahawa Ina ni terlepas sahur.Menangis anak sulung Ina tu.Sebab tak bangun sahur..huhuhu.
Dengan bingkas Ina bangun dari tidur.Macam orang gila..nasib baiklah,urat-urat saraf tak terkejut tau.Syukur sangat lah,tidak kejang otot.Huhuhuhu..

Jam loceng? Tidak beli pun.Cuma harapkan Vivo jer.Vivo pula simpan di ruang tamu,tengah cas bateri.

Berlari Ina mencari di mana Handset tu.Tapi macam mana pun,Ina apa lagi.Switch On lah lampu dulu.Ehehehee.. 

Sekali tengok jam di dinding.Oh,rupanya jarum pendek  jam menunjukkan hampir jam 1 Pagi.Adeiii.. Apa lagi Ina ni.Teruslah tutup lampu di ruang tamu dan sambung tidur kembali.Masih awal..



kisah ramadan,isyarat dari allah




Allah rindukan rintihan dari umatnya 


Kali ke dua,Ina masih lagi terjaga dari tidur.Jam menunjukkan 2.30 pagi.Terus terdetik di hati.Eh,dah 2 kali ni terjaga dari tidur.Bergegas Ina melangkah masuk ke tandas yang terletak di dalam bilik utama.

Selesai wudhuk diambil.Terus Ina memakai kain telekung.Dengan niat ingin menunaikan solat Tahajjud.Iaitu solat 2/3 malam.Waktunya adalah selepas terjaga dari tidur dari jam 12 tengah malam sehingga sebelum azan subuh berkumandang.



Lama tidak menunaikan Solat Tahajud


Alhamdulillah,hari ini.Kali pertama selepas kelahiran Muhammad Furqan (sebelum adanya,anak kecil.Agak mudah melakukan).Baru lah Ina mempunyai kesempatan waktu untuk bangun di tengah malam bagi menunaikan solat tahajud dan hajat.Rasa kerdil sangat waktu ini.

Malam terasa sangat sunyi.Jiwa tenang.Mudah ingin menunaikan solat,berdoa serta berzikir di waktu ini.Alhamdulillah.Semoga doa-doa Ina di angkat allah s.w.t..




Firman Allah SWT.:



“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)


Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)




Tujuan Solat Tahajjud


  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  • Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.



Cara menunaikan Solat Tahajjud pula,korang boleh tengok di blog shafiqolbu



Rupa-rupanya,ada di sebalik sebab kenapa Ina macam ni.Eheheeh..Syukur sangat Ya Allah! Ina antara insan terpilih untuk menunaikan Solat Tahajjud.



  • Pstt! Korang pun,jika terjaga malam atau bangun nak kencing malam pun.Terus bergegas ambil wudhuk tau.Banyak kelebihannya.Antara salah satunya,doa yang kita minta semasa selepas solat tahajjud tu ibarat seperti anak panah yang mengena tepat ke arah sasaran.Begitulah perumpaan nya.Hebat kan..

Catat Ulasan

2 Ulasan

Warisan Petani berkata…
Alhamdulillah.
Husniey Husain berkata…
Alhamdulillah.. Allah tak pernah berhenti memberi rahmatNya pada yang ia kehendaki..