Bingkisan Raya 2018

Haii..,Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H.Korang dah start kerja ke tu? Mesti masih dalam mood raya kann? Huhuhu.Takpelah,korang kerja elok-elok yer.Kerja seikhlas hati,barulah berkat duit gaji yang dapat setiap bulan tu.Okay,nak tanya aje.Raya korang macam mana? Gembira ke sedih ker atau macam mana ha?





Alhamdulillah,pada tahun ini.Iaitu Raya 2018 adalah paling happening bagi Ina dan keluarga.Hihhhi.Mana taknya,sakan beraya kunjung mengunjung rumah sanak saudara.Best sangat..,secara tak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.Keluarga sebelah mak,abah ina dan keluarga mertua.Alhamdulillah,semuanya lancar raya tahun ini.



Jangan diputuskan ikatan silaturrahim,walau salah seorang pasangan korang sudah meninggal.Jangan hubungan putus disitu sahaja.Jangan,sudah meninggal si A.. pasangan A sudah tak berkunjung atau bertegur siapa lagi.. 


Tak Perlu Susah Payah Berebut Nak Balik Raya 



Rezeki juga ni,jodoh ina dengan orang dekat.Kampung sebelah menyebelah sahaja.Pagi raya di rumah mertua dan pada hari sama juga beraya di rumah mak ina pula.So,memang takde isu nak gaduh balik berebut kat rumah sape pagi raya.Ehehehe.. 


Tetapi kali ini,pagi raya Mertua sudah pergi beraya di rumah saudara terlebih dahulu meninggalkan kami sekeluarga.Sedih tau! Sampai disana jam 10 pagi,tengok mertua dah gerak beraya di rumah saudara mara bersama adik ipar.Dan,apa lagi lah.Suami terus bergegas ke rumah mak ina pula.Ehehehe..


Ketika itu,Mr.Z baru selesai solat sunat raya di masjid.Juadah pagi raya,Nasi Minyak dan lauk dalca daging dan acar mentah.Tak sangka pula suami takde selera nak makan juadah Ina masakkan tu.Terlupa bahawa,Mr Z ni takut nak makan daging.Bukanlah ape pun,risau tekanan atau kolesterol dia naik.Ehehehe..,bab pemakanan ni.Mr Z amat titik berat.. Tak boleh lah nak ambil hati sangat pun.



Raya Pertama



Oleh sebab raya pertama jatuh pada hari Jumaat.Bermakna,masa tersangatlah terhad.Beraya sebuah rumah jer.Terus masuk solat jumaat pula.Dan hari raya pertama tu,hanya 2 buah rumah sahaja sempat pergi beraya.Rumah mak dan rumah ibu saudara Mr.Z (Mertua berkumpul disana pada pagi raya). 


Sesudah sampai di rumah mak,mak pula macam tak larat,seperti nak demam sebab tidak cukup tidur.Buat rendang sampai ke jam 4 pagi dengan adik-adik.Sudahnya,pagi raya..terlewat bangun.6.30 pagi baru mak sedar.Jadinya,pagi raya tu..kebetulan nasi bryani baru siap masak.Dan ada pula tetamu datang seawal jam 9.30 pagi...ehehehe.Apapun tak siap lagi masa tuh mak.Semaptlah Ina tolong apa yang patut bagi melayan tetamu yang datang 2 keluarga pada pagi raya tersebut.


Setelah selesai beraya di kedua buah rumah,anak-anak ina apa lagi.Semuanya,tiga orang tidur keletihan.Hihihi.Tak tahu lah,penat memasak ke atau dorang penat makan biskut raya nihh? Ehehehe.. Kalau korang nak tau,semua anak ina sangat suka makan biskut raya.(Raya belum tiba, sudah 3 balang kuih Batang Buruk licin tau..)



RAYA KEDUA : Asyik bertemu Baby baru Lahir



Ikut mertua ke Tanah Perkuburan di Setali,Kuantan.Melawat kubur arwah tokki Mr.Z dan pak saudara nya.Setelah itu,barulah sambung beraya di rumah saudara Mr.z di Sungai Isap.Pergi beraya jumlah rumah 4 buah rumah.Tetapi,kebanyakan yang tiada di rumah masing-masing,pergi beraya.Hanya sebuah rumah sahaja yang kami beraya.. huhuhu.Takde rezeki nak melawat mereka.


Di sebelah petang pula, abah ina ajak beraya di rumah adik beradik abah di Satelite.Iaitu kakak abah ina.Makcik zakiah.. rumah  betul-betul di hadapan air kolam satelite.Syok pula..sejuk jer perumahan disitu.Berdekatan dengan dusun durian juga tu.Huhuhu.. 


Seterusnya,kami beraya di rumah arwah adik abah pula.Iaitu pakde Jak.Anak-anaknya,semua cantik-cantik belaka.Berkulit putih..kecil molek,awet muda gitewww.Tetapi semuanya dah jadi mlik orang dah.. Walaupun,sudah meninggal adik abah.Hubungan kekeluargaan tetap terjalin mesra antara kami sekeluarga.Masa ni juga,ada anaknya sedang berpantang.Comel betul baby tu tau.. sempatlah Ina hulurkan duit raya kepada baby yang baru lahir yang sedang tidur.Jaundice katanya.. 


Rumah seterusnya,juga ada baby yang baru lahir.Alhamdulillah..tetapi baby ni sudah berusia 40 hari masa ina datang beraya tu.Rumah sepupu yang berada di Pelindung.Ehehehe.. kekenyangan sudah masa ni kami sekeluarga.


RAYA KETIGA : Kuantan - Tanjung Belengu - Raub 



Ini barulah raya.Ehehehe... Seronok sangat merasai suasana Balik Kampung dengan melawat pak saudara (Tanjung Belengu) dan abang sulung Ina (Raub).Kalau melawat mereka ni,tak sah kalau Ina tak ikut jalan kampung iaitu jalan biasa.Best sangat tau.. bukan apa.Dapatlah merasai suasana kampung tu. Dapat melihat rumah-rumah kampung dan kehijauan alam semulajadi.Yang paling penting, bauan alam semulajadi tu,yang paling syiokk..Tenang pula rasa.Ehehehe..


Bertolak jam 10 pagi dan tiba di Tanjung Belengu pada jam 12 tengahari.Ehehehe..masa ni lah perut mula berkeroncong.. lapar nasi.Walhal segala kuih muih raya dah makan di dalam kereta.Perut melayu kan? tetap nak cari nasi juga.


Juadah di rumah pak saudara (Pak Su) ialah Mee sup,Laksa Penang dan Laksa Lemak.Alhamdulillah,setengah jam kami berehat disini dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Raub. 5 Petang,barulah kami sampai disana. Penatlah juga,walaupun co-pilot MrZ..Hahahah.. Semalaman kami disana.Di jamu dengan pelbagai juadah Hari Raya.Terima Kasih  semuanya.. 



Okay,harini sudah memasuki raya ke 7.Satu rumah jiran pun,kami masih belum beraya tau.Ehehehe..esok lusa baru lah nak pergi beraya kami ni.. Lagipun,jiran-jiran di sini,semuanya pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Yaya Mohd berkata…
salam kak ina..
Alhamdulillah. best ye beraya tu
yaya thun ni xraya..huhu..
xpela yang penting dpt rasa ramadhan tahun 1439 ni..entah tahun akn dtg xtau lagi dpt ke x kan..
SELAMAT HARI RAYA..kak ^_^
Cik Nor berkata…
amboi..raya sakan..:)
Mrs. A berkata…
Salam 7 Syawal wah sakan beraya sana sini situ tu...
Alhamdulillah samalah kita masih mengekalkan tradisi kunjung-mengunjung sebab ada sesetengah orang tu time raya depa pi holiday huhuhu...
Rabiahtul adawiyah berkata…
selamat hari raya kak
azlina ina berkata…
umm..mungkin depa nak elak soalan maut dr makcik bawang.
azlina ina berkata…
selamat hr raya dik
azlina ina berkata…
ehehehe..bukan selalu ni.Tahun ni je special
azlina ina berkata…
nape ? jangan bersedih K raya ni.. raya untuk bersuka ria