5 Rutin Penjagaan Wajah Bagi Mendapatkan Kulit Bebas Cela

Wajah yang bebas dari sebarang noda sudah semestinya menjadi idaman setiap para wanita.Tetapi untuk memilikinya kulit halus mulus,memang agak rumit penjagaannya.Tetapi bagaimana langkah bagi  mendapatkan kulit bebas dari sebarang noda di wajah? Ikuti langkah demi langkah dalam rutin penjagaan wajah.






Mencuci Tangan Sebersihnya


Cuci tangan sebelum korang mencuci muka.Cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika korang dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan  melainkan korang mahu kuman dan bakteria pada tangan  hinggap di muka korang tu.Hahaha..


Remove Make Up 


Buang kotoran dan kesan make up di muka korang dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka yang bersih. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Ini syorkan juga korang gunakan  Remover make up yang berada di pasaran. 


Guna Pencuci Muka Yang Bersesuaian



Basahkan muka dengan sedikit air. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit korang (contoh: jenis untuk kulit yang berminyak ,kombinasi atau kulit kering). 

Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut (membulat )keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. 

Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung, telinga,di bawah dagu dan bawah cuping telinga.



Bilasan


Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. 

Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

baca : Cara guna Toner supaya berkesan


Moisturizer atau Pelembab 


Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka bagi mengembalikan kelembapan kulit muka korang  sebab penggunaan pencuci muka dengan kerap boleh menghilangkan kelembapan pada kulit muka .



Kesimpulannya,wajah kita perlulah dibelai.Bukan semata di basuh dengan air paip sahaja.Nanti pelbagai masalah kulit muka yang timbul.Masa tu..,nak menyesal liang pori terbuka atau sebagainya pun sudah terlambat.Jadi,korang ikutlah langkah-langkah penjagaan kulit muka dengan betul.


Catat Ulasan

4 Ulasan

Huda Halid berkata…
kalau mood rajin jer buat semua step ni.. macamana nak rajin yer, tapi nak cantik. hehe
Cik Renex berkata…
terima kasih share tips ni kak
Baby Breath berkata…
.harap lepasni muka dah takde cela lah. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu entri seterusnya. saya suka cara awak menulis, senang faham. kalau sudi meh lah ke blog saya, saya followers ke 129
Yaya Mohd berkata…
tq share tips kak ina