Nak SIHAT! Jangan Sakit baru Nak Workout

1:03 PM
Rutin sabtu yang berbeza dari sebelumnya.Huhhh! Jenuh juga nak sihat dan cantik ni kan? Tehehehehe..Perasan kan? Buang tabiat betul ina ni sejak PMS menyerang.Hahahaha..



senaman kempis perut,bakar kalori




Minggu Period (PMS)

Okay,sebenarnya macam ni.Kebetulan minggu Period,mood pun duk ON OFF sensitif.Jadi,daripada aura negatif tu menyerang dan mengawal minda Ina ha.Baiklah Ina ni lakukan perkara yang boleh menyihatkan diri Ina.Takkan nak tunggu ada penyakit dulu,baru nak aktif bersenam kan? Sorry,status ini memang tiada bersangkut paut kepada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..Ececeehhhh! 

Ina taknak lah kalah dengan PMS tu semua,takkan sebab semua tu.Nak memerap berlingkar atas katil kan? Nanti kesian pula anak-anak.Suami ina? Reaksi dia,sedikit terkejut lah.Dah Ina ni tetiba jer aktif semacam lakukan senaman pelbagai ni haa. 



Kaki Cramp Semasa Orientasi



Sebelum lakukan senaman ni.Ina dah siap-siap buat senaman panaskan badan.Iyalah kan,kang tak buat.Tetiba cramp pula kaki ni ha..Ekekeek. Pernah masa dulu,semasa zaman belajar.Kaki cramp..,terus dah tak boleh bangun.Menangis Ina ni haa..,betapa lembik nya Ina time tu.Errr,umur 20 tahun masa belajar di ILP dahulu..minggu orientasi dalam dewan.Malu weiii.. Ina sorang jer yang ada masalah kesihatan daripada ramai-ramai penuntut di situ.

So,dari insiden itulah.Setiap kali nak bersenam ke berzumba depan TV sekalipun.Memang Ina beringat! Panaskan badan terlebih dahulu.Macam kereta lah kan.. mesti nak panaskan enjin terlebih dahulu,kemudian baru lah boleh drive.Hihiiihhi..(Kereta ina jer kot..huhuu,sebab guna meter tambahan apa entah suami tambah)


Plank 



Sebenarnya,niat asal nak kempiskan perut sahaja dengan senaman ni ha.Ina amalkan senaman Plank.Ada banyak jenis dan boleh ikut tahap semampu yang boleh.Macam ina sendiri,tujuan asal nak perut kempis jer.Walau dah kempis,tapi macam tak cantik pula.So,tu lakukan senaman planking ni.




Antara faedah lain planking


1. Mampu turunkan berat badan dengan membakar lebih banyak kalori di dalam badan.

2. Satu minit planking,dapat tingkatkan lagi metabolisme badan.

3. Dapat kurangkan stress iaitu mampu meregangkan urat serta otot-otot yang keras dan mampu mempengaruhi sistem saraf.

4. Dapat melatih otot perut.Mencantikkan postur tubuh badan.

5. Memberikan perubahan pada postur tubuh badan korang untuk berdiri lebih stabil dan tegap (macam ina ni pun,ada masalah bab ni,berdiri pun rasa lain macam..hihihi)

6. Menguatkan otot badan serta planking juga bantu menguatkan otot dan tulang punggung.

7. Sering kali tidur mengalami kesakitan leher.Kat sini planking dapat membantu tubuh badan korang fleksibel iaitu mudah dilentur dan selepas korang amalkan planking dengan lebih kerap,korang takkan mengalami lagi sakit-sakit leher.

8. Dapat menenangkan diri.



Errrkk,lepas ni latihan tomoi yang Ina belajar tu..,dah kena buat sebulan sekali lah kot.Sebelum ni memang ina pengamal tomoi bagi mengeluarkan peluh-peluh dalam badan.Maklumlah,badan ina memang dari jenis sukar mengelurakan peluh.Tetapi tomoi ni gerakan dia sangat laju.Huhhh! macam mandi air hujan peluhnya.


Baiklah,untuk korang yang nak lakukan planking ini.Cari jer dalam youtube.Amalkan setiap pagi selama 5 minit jer pun sudah mencukupi.Ina baru jer start dah dalam 3 hari.So far,so good..memang betul.Badan rasa ringan sangat..walau berat ina pun 50kg..ahaksss! Kalau tak exercise,lemau betul badan ni. 

Ingat! Korang exercise untuk diri sendiri tau.Bukan untuk suami.Tapi demi kesihatan diri.SAYANGI diri sendiri dulu yea.. Yeahhh!!! Kita enjoy.. badan sihat,jiwa positif..



No comments:

Powered by Blogger.