Gadjet Dapur...PILIHAN..(Penapis Air COWAY)


Selasa, September 19, 2017
Harini terpanggil nak taip entri berkenaan penapis air jenis COWAY.SA dah lama beli, kalau tak silap 2 tahun lepas.Nanti karang, ada yang cakap, "ehhh...,nak menunjuk la tuhhh,macam dia sorang aje yang ade".

Jika diikutkan, SA tak perlukan penapis air ni.Sebab di rumah SA sudah ada cerek  (masak air aje atas dapur).Dan untuk pengetahuan semua, di depan ruman SA ada mesin air ..(alaaa,yang masuk duit syiling tuuu..) Tapi Mr Z (Suami)  tetap beli juga.. katanya nak memudahkan keperluan kami sekeluarga.Alhamdulillah.. SA bukanlah jenis yang memaksa suami .. tak suka membebankan.Lebih lebih lagi SA ni seorang surirumah tangga yang tidak bekerja..Job sikit sikit adalah melalui review produk di instagram.



"Lebih lebih lagi kalau kita merancang nak buat rumah sendiri kan. Kenalah pandai merancang kewangan. Takut memikirkan harga rumah sekarang ni kan. Loan rumah pun besar besar harganya."

Okay..Mr Z ni suka order senyap.Jadinya,tiba tiba ada sebuah kereta berhenti di depan pagar rumah SA .. SA dah nak luruh jantung ni, siap pesan pada anak anak, jom la masuk bilik..(menyorok...hiiiiks).Dan deringan telefon SA pun berbunyi.. panggilan dari suami..Katanya, ada technician hendak pasang penapis air COWAY. Sedikit lega disitu..tidak sampai 5minit,SA jemput technician itu masuk ke rumah, dan beberapa minit kemudian, barulah Mr Z sampai ke rumah.



Alhamdulillah, setelah selesai pemasangan dan penerangan penapis air.Technician itu meminta diri untuk pulang. Sekarang SA sudah ada penapis air. Sudah tak perlu memasak air lagi di dapur.Juga dapat menjimatkan masa SA dan gas memasak.




CIRIT BIRIT PULIH


Ini kisah keluarga SA ..masa ni kan , Mak ..abah dan adik beradik yang lain.Dorang ni semua keracunan makanan,mungkinlah kan. Buang air besar tanpa henti.. Entah macam mana la , abah SA ni boleh terfikir nak minum air penapis ni.Abah ambil air sebotol dari penapis COWAY ni untuk di bawa pulang ke rumah. Sesudah minum, cirit birit berhenti dengan secara tiba tiba,alhamdulillah... syukurrrr.ya allah.. dan mak serta adik adik lain pun turut serta  minum. Kemungkinan air yang dimasak menggunakan cerek itu, tidak betul masak ataupun air yang tidak ditapis.Bahaya juga kan? minum air tak bertapis.. macam mana la kan dalam perut manusia niii? hmmm


MULTIFUNGSI



Hahahaahaha,,yang ni nak cerita pun..SA malu.Tapi tak apelah, kalau tidak di cerita.. terpendam..susah pula nii. Jadinya, baiklah di ceritat aja.Begini, masa kejadian.. SA bersalinkan anak nombor 3 pada tahun lepas.Biasanya, semasa hendak mandi (orang pantang kan kena mandi air rebusan akar kayu atau serum) mestilah nak air panas kan.Pada hari kejadian (ececehhh)..,Suami sudah lambat hendak ke  tempat kerja,jadinya Mr Z ni pun ambil la air dari penapis Coway niii...curah dalam besen mandi SA. Settle kerja.. sudah tidak perlu memasak air didalam periuk..hihihi(jimat masa dan gas). Mandikan baby pun, SA gunakan air dari penapis coway ni (sebab penapis ni ada 2 jenis pilihan air PANAS / SEJUK ) 


 SUHU AIR (PANAS / SEJUK )


Sekarang SA tidak perlu lagi memasak untuk air panas,jika ada tetamu bertandang kerumah.Dah tak perlu susah susah bikin air batu lagi ..(kalau tidak, SA akan buat siap siap simpan dalam peti beku untuk dijadikan air batu).Banyak kelebihan Penapis air Coway.. jika rasa nak minum air sejuk, tekan aja yang sejuk tu ( dia ada pelaras tombol, nak sejuk bebetul laraskan kepada COLD..nak sedikit sejuk laraskan kepada separuh aje pelarasan dia tuu .Macam SA suka minum air suam, jadinya SA akan laraskan suhu yang HOT itu kepada separuh.. nak betul HOT? laraskan ke tombol HOT.



Kesimpulannya.., memang penapis air jenis COWAY ini dapat menjimatkan masa dan tenaga serta juga  boleh digunakan pelbagai..macam SA. 

Pssttt!!! korang.. kalau nak guna penapis air ni..SILA jangan berkongsi PLUG ye.. nanti macam macam hal terjadi..heheheh.Macam kes VIRAL itu kan...

********* Anak anak SA ,,dulu sebelum ada penapis air ni.Dorang sukar nak minum air masak.Sekarang ni.. tiap masa aje nak minum air masak.Katanya sedap sangat.Sampaikan..BUNCIT dengan air anak anak SA ni .Hikkss


Okay, sampai sini sahaja pengalaman dari SA.Kalau korang pun berminat.. pergi cari agen terdekat untuk mendapatkan Penapis air jenis COWAY yee..
Gadjet Dapur...PILIHAN..(Penapis Air COWAY) Gadjet Dapur...PILIHAN..(Penapis Air COWAY) Reviewed by azlina ina on Selasa, September 19, 2017 Rating: 5

39 ulasan:

  1. nampak menarik kena simpan duit nak tukar air mesin sejuk n panas ni

    BalasPadam
  2. aira pun tengah usyar ni samada coway atau cuckoo, mak teringin nak pakai sebab senang. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga dimudahkan.. ada 2 pelan ..samada ansuran @ secara CASH

      Padam
  3. Memang bnyk manfaatnyakn SA. Mek pun nk bli tp blom msanya lg kot ๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
  4. Bgs sgt coway ni sis... Allhamdulillah Allah yg maha menyembuhkan. Byk fungsi kan berbaloi sgt guna

    BalasPadam
  5. Saya pun tengah planning nak beli penapis air camnie.. sebab malas nak masak air sebenarnya..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehehe,, betul tu.Lagi lagi kalo ade anak..nak menyusu tengah malam.

      Padam
  6. Abe kie x guna coway, cuma penapis biasa je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji penapis air..Selamat diminum. air sulingan

      Padam
  7. So far memang dgr penapis air Coway dgn Cuckoo la. Sekarang tgh cuba minum Kangen Water. Water is source of life. Sy pun nak kena minum byk air ni. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..lagi2 dalam proses diet.lagi perlu banyak minum air ni

      Padam
  8. SA ada Cuckoo...hehehe...sedang displinkan diri untuk minum air yang ditapis...jaga kesihatan dan yang penting jaga buah pinggang kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulahhh... sayangi organ kita. Melabur demi kesihatan

      Padam
  9. kat rumah sha takde pulak benda ni hehe nanti kena suruh mak beli satu๐Ÿ˜‚ mudah sikit kan

    BalasPadam
  10. Kalau ada rezeki lebih, nak jugak pakai penapis air nih.

    BalasPadam
  11. sama dengan umah kita...umah kita pun pakai ni gak,hihihi

    BalasPadam
  12. good to know this. This brand we no try before, now need survey shall check out this brand too.

    BalasPadam
  13. bagus pakai penapis air ni..sekarang semua dah tercemar..untuk kesihatan terbaik kan tak salah melabur lebih..

    BalasPadam
  14. I dah baca banyak kebaikan tentang Coway tapi bukannya murah. Kena tungga lah tu.

    BalasPadam
  15. zaman skrg, mmg byk teknologi air yang cnggih.. coway byk kebaikkannya yg saya dgr

    BalasPadam
  16. produk yang bagus tp nak tambah installment bulan bulan tu mcm krik krik plak..hahaha..

    BalasPadam
  17. dikampung memang guna coway. d best water tapis yg ada di Msia. tapi kat sini kita minum mineral botol jer.. x larat nak bawa kesana kemari.. travel always

    BalasPadam
  18. Many of my friends using Coway and the water process is good. No clorin taste.

    BalasPadam
  19. dulu pernah pasang coway dekat rumah.. menarik sangat.

    BalasPadam
  20. Heard so much good stuff about coway, can try it when I am ready to change my old filter.

    BalasPadam
  21. Water filter is good... -Racheal

    BalasPadam
  22. water is a neccessity and especially clean water... should look into getting one installed in my house also for my family...

    BalasPadam
  23. another good choice for my new home,
    need to share with my hubby!

    BalasPadam
  24. Saya guna Coway juga. Dah 4 tahun. Sangat berpuas hati. Hehehehee.

    BalasPadam
  25. This is a must for every home for safety. Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  26. i actually didn't realise the benefits of having a coway at home...however, I do know that both my house and office uses this brand...hahhaha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.