Ghostwriter / Penulis Upahan

NORMA BAHARU KEHIDUPAN , JANA PENDAPATAN DENGAN MENULIS | Nasib baik saya ambil peluang semasa MCO yang lalu,sebenarnya kan jika saya fokus akan masalah. Memang masalah saya nanti. Kini, nasib saya berubah menjadi seorang ghostwriter. Saya mengambil upah menulis.


Jom jadi ghostwriter



    Pada awal kerajaan isytiharkan MCO ni, suami tak boleh bekerja. Tak boleh buat kerja apapun. Sudahlah suami saya seorang je yang mencari rezeki. Bayangkan pula anak-anak yang masih kecil yang sedang membesar. 24 jam perut minta diisi. Adehh.. boleh jadi stress kalau saya tak bijak menangani masalah ini.

Masa tu pula, saya tak fikir apa. Asyik berfikiran selesa. Lagi teruk lagi, saya sejenis pasrah dan reda apa yang berlaku. Huhuhu.. lagi fikir dah nak kiamat. Dasyat. Jadi tak perlu buat apa lah yea masa tu🤭. 

Tetapi dalam saya begitu, saya asyik melayan group yang membuat orang awam panik. Memang teruk minda saya ni ketika itu. Hari-hari akan ada orang update status panik dalam group social media tersebut. Saya rasa, kalau saya fokus dalam group tu mungkin saya jadi depression 🤭. 

Entah bagaimana Allah jentik hati saya. Saya terjumpa status Syaza Redzuu. Yeah! Alhamdulillah.. ( Kat sini patut bermula, kata hati saya ). 

Lantas saya daftar kelas berbayar sebagai ghostwriter. Dan memang betul. Allah bagi saya rezeki. Tak sampai sebulan saya sertai ghostwriter ni, saya berjaya hasilkan pendapatan 4 angka

4 angka kawan-kawan.. siapa nak bagi. Buat duit hanya menulis sahaja. Buat duit hanya di rumah. Saya guna Skrin tV ( tapi ada CPU lah ) tau untuk menyiapkan kerja-kerja menulis saya dan juga menggunakan smartphone.

Alhamdulillah.., sekarang saya tau. Bakat saya memang kearah penulisan. Jelas lagi terbukti. Minat saya menulis. Menulis bukan saja-saja ni. Menulis bagi pihak pelanggan tau. Itulah dunia Ghostwriter. 

Pernah dulu, saya berniaga produk. Dan saya berbisnes makanan, semuanya tidak menjadi. Ada tempahan cuma tak konsisten. Ini adalah disebabkan saya tidak berminat dalam cabang bisnes tersebut. Untung dapat, cuma tidak memberangsangkan. Berbeza dengan saya mengambil upah menulis. 

Anda yang mempunyai laptop dan komputer takkan nak buat tukun jer di rumah tu. Fokus! Inilah bidang menulis yang sebenar. Bidang ghostwriter ni adalah khas kepada mereka yang berminat menulis sahaja.

Apa yang diajar dalam kelas Ghostwriter?

🔥Kelas Ghostwriter secara online
🔥Mengenali Dunia Ghostwriter
🔥Kenal pasti potensi diri sebagai ghostwriter
🔥Memasarkan diri dan pitching sebagai ghostwriter junior
🔥Personal Branding sebagai ghostwriter

Kelebihan menjadi GHOSTWRITER

1. Bebas memilih job yang mahu kita terima. Boleh tolak jika tidak memenuhi kesesuaian jadual dan masa

2. Boleh bekerja secara sambilan atau sepenuh masa. Masa dikawal oleh ghostwriter. Mahu menulis di waktu pagi atau malam. Hari biasa atau hujung minggu 

3. Bergerak atas inisiatif sendiri. Jika bekerja anda jana kewangan. Jika tidak tiada pendapatan akan masuk.  Tiada tekanan daripada pihak majikan. Boleh urus masa dengan client

4. Tiada had dari segi pendapatan. Tentukan berapa nilai pendapatan bulanan atau tahunan yang anda mahu. Biasanya jika mahir menulis skrip boleh siapkan 1 projek buku dalam tempoh 2 bulan dengan nilai RM8000 - RM10,000.

5. Tidak bosan dengan rutin projek yang sama. Boleh pelbagaikan bentuk penulisan bergantung kepada jenis client. Kembangkan bakat anda sebagai ghostwriter


Anda yang nak join kelas berbayar sebagai ghostwriter.. sila klik Link ini >> Jom Jadi Ghostwriter