BAJET 2018 : 3.5bilion Untuk BUMIPUTERA

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera akan terus memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera menjadi agenda nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM3.5 bilion telah diperuntuk bagi tujuan itu pada 2018.

Daripada jumlah itu, RM2.5 bilion, iaitu peruntukan tertinggi pernah diberikan, adalah untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Ia akan memanfaatkan hampir 90,000 pelajar, termasuk 1,500 dalam bidang kritikal seperti kepintaran buatan, pengisyaratan dan rel," katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen pada Jumaat.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, RM90 juta diperuntuk bagi program peneraju profesional, kemahiran dan tunas yang akan memanfaatkan hampir 8,000 orang.

Selain itu, katanya, RM200 juta untuk Skim Latihan Boleh Bekerja Graduan MARA atau GETS.

Perdana Menteri berkata, RM555 juta disediakan untuk program peningkatan keusahawanan Bumiputera yang terdiri daripada Program Keusahawanan dan Premis Perniagaan PUNB (RM200 juta), Program Pembangunan Keusahawanan MARA (RM200 juta) serta RM155 juta untuk program kapasiti vendor, Tunas Usahawan Belia atau TUBE, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dan Skim Anjakan Usahawan.

Menurutnya, bagi meningkatkan ekuiti dan pelaburan dalam sektor strategik, RM150 juta ringgit diperuntuk kepada Pelaburan Hartanah Berhad dan RM150 juta kepada EKUINAS.

Untuk komuniti China pula, kerajaan turut menyediakan RM50 juta untuk pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd.

Sebagai tmabahan, RM30 juta disalurkan kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

Sementara itu, bagi pembangunan kampung baru Cina, RM65 juta diperuntuk dan RM10 juta lagi untuk program membaik pulih rumah.

Najib berkata, untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India, sebanyak RM50 juta telah disalurkan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niagadi mana ia akan memanfaatkan lebih 35,000 usahawan.

-- BERNAMA

sumber: astro awani




Catat Ulasan

0 Ulasan