Bila Migrain Menyerang

Assalamualaikum..selamat pagi isnin semua.Alhamdulillah,harini cuaca kembali ke normal.Hujan dah berhenti.Musim sejuk sudah habis..ehehehe. 


Migrain menyerang
sakit..itu aja yang mampu ina bagitahu.. jika terlampau sakit,mampu menangis ajelah. Mungkin dengan cara berikut mampu mengurangkan kesakitan migrain. 


Semalam,kepala ina teramatlah sakit.Last migrain menyerang ina ialah sewaktu sekolah rendah.Doktor bekalkan ubat berwarna biru,lupa apa entah nama ubat tersebut.Migrain ina paling teruk ialah serangan ketika itu.Kepala seolah nak pecah.Bila angkat je kepala dari kedudukan baring.Terus muntah.Kepala terasa teramatlah berat.Tak tahan betul.Mampu menangis aja lah ketika itu.


Dan pada tahun 2018,migrain kembali menyerang lagi.Allah,sakit betul.Tetapi tidaklah seteruk dahulu.Kali ini migrain menyerang semasa tempoh waktu period.Bayangkan,kesakitan macam mana. 2 + 1 kesakitan..senggugut dan migrain.


Bagi masalah senggugut tersebut,ina banyakkan meminum air suam sahaja.Ubat semulajadi bagi merawat senggugut.


Bila sudah jadi ibu, mahu tak mahu,kena masakkan juga demi anak-anak. Sakit migrain,terpaksa tahan.Mujurlah migrain tak kuat kali ini.Masih boleh bangun dan memasak.Sakit migrain ni,berdenyut-denyut di kepala.Sakit seperti nak pecah pun ada kepala ini.Rasa berat macam tu. 


Malam tadi juga, ina tidur awal dari kebiasaanya,macam nak ke sekolah pula esok hari.hihihi.. Terpaksa lah untuk sihatkan diri sendiri.Badan ina pun perlukan rehat juga.Anak-anak biar paknya la yang jaga.


Bangun pagi ini,terasa seperti migrain semakin berkurangan. Sempatlah pagi tadi,ina buatkan jus carrot itu.Rasa segar betul tadi,bila dapat air buahan segar. Harap-harap sihat lah sepenuhnya.Tengahari nanti,ina nak kena ambil anak pula.

Sebenarnya,ina jadi takut nak makan ubat.Bila diingatkan kembali,zaman kanak-kanak ina selalu tipu makan ubat. Mak bagi sebiji ubat untuk di makan,ina minum air sahaja pun dah 2 gelas.Ubat nya,masih belum telan.Masih tersangkut dalam tekak..hihihihi..Ubat dah semakin cair.Terasa pahitnya ubat.Dan ina muntahkan.Bila di soal mak,ina bagitahu,sudah makan.Ehehehehe..


juice carrot

Ina juga amalkan seperti ayat dibawah,hasil rujukan di siti blog




Maksudnya:

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.



Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:


* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.


Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah,mudah mudahan dapat sembuh penyakit ini.Allah juga yang memberi,DIA juga Maha Penyembuh.




Entri lain : Pengalaman Berbekam, hilangkan sakit Migrain

Catat Ulasan

9 Ulasan

Cik Nor berkata…
gws ina..:)
Bebelan Cik Min berkata…
gws. Biasa akk kalo kena, husband akan tuamkan kepala dengan ais
azlina ina berkata…
terimakasih tips kakmin.nak cuba jap lagi.tapi sejuk ni..musim sejuk.
azlina ina berkata…
terimakasih ciknor.. aamiin
Rabiahtul adawiyah berkata…
Jangan minum kafein dan jangan makan anggur ya...rabia tak makan anggur hitam dan merah..makin teruk migrain..skrg alhamdulillah dah hilang dah migrain..
Izyan Balqis berkata…
semoga cepat pulih, migrain ni mmg buat mood kelaut..huhu,
azlina ina berkata…
ohh..ye? thanks rabia.Bulan lepas beli 2kilo anggur hitam.Sebab terlalu murah.. huhuhu.
azlina ina berkata…
terimakasih IQ.. memang pun,otak dah tingtong. Sakit kejap kejap
mamapp berkata…
Syafakillah ye semoga cepat sihat