Destinasi Percutian Menarik ke Jakarta Destinasi Percutian Menarik ke Jakarta - Beauty dan lifestyle

Destinasi Percutian Menarik ke Jakarta

Hai korang semua.Apa khabar? Cuti-cuti Raya Cina Ni kemana korang semua? Ada plan dah ke?? Yang mana tak de plan lagi.. jom cuba percutian bajet kali ini..

Salah satu tempat percutian bajet di luar negara yang popular ialah di Jakarta, Indonesia. Secara umumnya melancong ke tempat-tempat menarik di Jakarta adalah berbeza jika nak dibandingkan destinasi pelancongan popular lain di Indonesia seperti di Pulau Bali ataupun Bandung. Jika korang nak bercuti ke Jakarta, jangan lepaskan peluang ini untuk melihat tempat tarikan pelancongan di ibu negeri Indonesia yang mempunyai populasi lebih 9 Juta penduduk.Woww! Gila la ramai,padat tau.Tapi Culture kat sini menarik.


Antara tempat menarik di Jakarta yang patut dilawati ialah Masjid Istiqlal. Masjid Istiqlal merupakan masjid yang terbesar di Indonesia dan juga adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini menjadi mercu tanda utama di Jakarta simbolik kepada kemerdekaan dan kebanggaan orang Indonesia. Masjid Istiqlal di Jakarta ini mempunyai 7 pintu masuk utama dan setiap pintu masuk ini dinamakan dengan nama-nama daripada Asmaul Husna. 7 pintu masuk ini adalah simbolik dengan 7 syurga yang ada di dalam ajaran Agama Islam. Besar masjid ini boleh menempatkan lebih 100 000 orang untuk satu-satu masa. Salah satu tempat menarik di Jakarta yang wajib anda singgah untuk melihat keunikan masjid kebanggaan Indonesia ini.

Masjid Istiqlal



Selain itu, korang juga patut melawat Muzium Bank Indonesia yang menempatkan pelbagai informasi tentang sejarah matawang Rupiah termasuk emas. Muzium ini mempunyai reka bentuk yang sangat moden dan mempunyai pelbagai koleksi duit lama sejak wujudnya matawang di Indonesia. Harga tiket masuk pun murah sekitar 5,000 Rupiah sahaja dan dengan tarikan sejarah yang ada di sini, semestinya nilai tiket terlalu murah untuk dibayar. Ini adalah merupakan salah satu tempat menarik yang mesti korang datang kalau nak lebih mendalami sejarah di Indonesia dan melihat sendiri timbunan jongkong emas di depan mata.


Muzium Bank







Muzium Nasional


 Muzium nasional Indonesia juga satu destinasi yang sangat dicadangkan kepada mereka yang sukakan subjek sejarah seperti melihat statu, koleksi barangan emas, pakaian tradisional, artifak lama, perabot, barangan logam lama dan alat muzikal tradisional. Memandangkan negara ini mempunyai banyak agama dan kaum, anda boleh melihat pelbagai koleksi yang beraneka corak dan bentuk sejak zaman pra-sejarah sehinggalah zaman moden. Pengaruh budaya Hindu di dalam sejarah negara Indonesia memang kuat terutamanya di era pemerintahan awal negara ini pada zaman dahulu kala.


Pulau Seribu,Jakarta


Bagi yang menginginkan sesuatu yang lebih adventure dan menenangkan akal fikiran dari segala masalah stress bekerja itu, Pulau Seribu adalah jawapannya.Bagi kaki menyelam tu..,ini lah masa korang untuk lakukan scuba diving ya.


 Pulau ini hanya terletak beberapa jam perjalanan dari sebelah Jakarta Utara. Korang boleh melakukan banyak aktiviti menarik di sini. Terdapat beberapa buah pulau persendirian di sini yang boleh korang sewa dan beberapa penginapan juga ada di pulau-pulau yang lebih besar. Selain Pulau Seribu, korang juga patut singgah di Waterborn Indonesia yang merupakan taman tema air yang paling popular di Jakarta bahkan di Indonesia sendiri. 

Waterborn Indonesia adalah setaraf dengan taman tema air di Sunway Piramid dan pernah beberapa kali memenangi sebagai salah satu taman tema air yang terbaik di Asia. Di sini pasti menjadi satu tarikan di Jakarta yang sesuai untuk anak-anak.Wah..ini bukan sahaja anak-anak yang teruja, silap-silap korang pun sama.






Sekiranya korang seorang shopaholic, banyak tempat membeli- belah di Jakarta yang menawarkan pelbagai barangan baik yang murah mahupun yang high-end. Pasar Baru merupakan pasar yang nostalgik yang memang unik dan sesuai untuk berjalan-jalan. Korang akan berjumpa dengan banyak peniaga yang menjalankan bisnes seperti menjual baju, pakaian dan jam-jam. Bagi peminat vintage, di sini juga banyak barangan yang ditawarkan seperti baju, tali pinggang, jaket, seluar dan sebagainya sama ada yang baru mahupun second hand. Senang cerita, barangan dan pakaian yang dijual berkonsepkan seperti ‘kedai bundle’ di Malaysia. Di sini juga terdapat banyak makanan tempatan yang boleh dicuba dengan harga yang cukup murah. Boleh dikatakan indonesia ini syurga bagi kaki shopaholic. Selain Pasar Baru, Jakarta juga mempunyai mall yang sangat besar seperti Central Park, Grand Indonesian Mall, dan Taman Anggerik Mall yang boleh anda singgah.

pasar baru,jakarta


So, make a plan now to have better travel after this! Korang juga boleh membuat  tempahan tiket penerbangan melalui Traveloka. Download apps Traveloka di telefon mudah alih korang, dan korang boleh terus check Kuala Lumpur to Jakarta flight price dengan mudah. Korang juga boleh membuat tempahan hotel melaluinya. Best Price Guaranteed! Kini semua orang boleh bercuti dan nikmati keindahan alam Jakarta.



Destinasi Percutian Menarik ke Jakarta Destinasi Percutian Menarik ke Jakarta Reviewed by azlina ina on 8:30 AM Rating: 5

2 comments:

  1. belum pergi lagi jakarta sebab abang kata sana bandar yang sangat sibuk. jammed banyak, hehe

    ReplyDelete
  2. kalau dapat pergi memnag gembira habis..tak eprnah lagi keluar negara

    ReplyDelete

Powered by Blogger.