Makan Petang : Nasi Himpit Bersama Serunding Daging

4:53 PM
Nasi Himpit


Petang ni..,selepas masak lauk berbuka untuk suami.Sempatlah ina masak nasi himpit ni.Hihhihi.Plan asal nak makan bersama kuah kacang.Tetapi tak tahu lah bila nak singgah beli kacang tu.Huhuhuhu


Bukan apa..,bila dengan anak-anak ni.Jadi macam malas nak menyinggah mana-mana selepas ambil Sara pulang dari sekolah.Kecuali jika ada abah dia..,bolehlah.Nak berlama-lamaan kat pasaraya pun tak kisah.Ehehehe.. Sebab utama, dorang boleh minta macam-macam dengan abah dia.Ina? Ehehehe..,time ada payment masuk.Bolehlah .. 



Makan petang


Throwback~~

Semasa bulan ramadan bulan lepas,Ina beli lah serunding daging.Memang dari dulu sampai bila-bila akan jadi favourite ina tau.


Serunding ni di Pasar Besar Kuantan RM100/kg.. Terkejut tau dengan harga begitu.Lepas jalan-jalan ke tempat lain pula,terjumpa Serunding Daging RM10 sepeket.Alhamdulillah..,ada lah juga yang murah.Yang mampu dimiliki.Ehehehe.

Serunding ni beli pun nak buat popia simpul sebenarnya.Ehehee.Jadinya,beli lah 2 peket masa tu. Nak beli banyak,risau pula nanti  jadi hapak.Bila lama-lama..Ermm..,sebab sudah pernah terjadi.Itulahh..


Okay,,berbalik entri diatas.Banyak betul throwback Ina ehh..Kang jadi ratu throwback..,payah lah pula.Ehhh,ni ina makan Serunding Daging bersama nasi himpit.Perghhh! sedap sangat.. berselera pula. 7 bungkus nasi himpit juga sampai ke perut ni.Ehehehe..Sedap sangat..! Nak kena cari lagi lah,agaknya Serunding Daging ni..


4 comments:

Powered by Blogger.