Nasi Goreng IKAN BILIS


9:00 AM



Perut asyik minta makan jer sejak Perintah Berkurung ( covid-19) ni kan? Jadi, Ina nak share resipi Nasi Goreng. Resipi nasi goreng ikan bilis.Mudah dan sedapp..insyallah,dari airtangan sendiri dan dimasak dengan penuh kasih sayang.


Periksa peti sejuk,ada ikan kerisi yang jiran kasi tempoh hari.. (kisah takde kaitan pun nak masuk jugakkk) (alhamdulillah,jimat duit poket 3hari tak perlu beli barang basah..tehehehehe..Moga murah rezeki jiranku).Dalam kepala,terus nak masak nasi goreng dan ikan goreng kerisi..hihihi.



nasi goreng, nasi goreng ikan bilis

BAHAN BAHAN

BAWANG MERAH (10 biji)
BAWANG PUTIH (3biji) goreng dengan kulitnya sekali  dan Ketuk bawang
CILI BOH (2sudu)
SAYUR SAWI (seikat)
IKAN BILIS (Segenggam)
NASI (siap masak)
GARAM (secubit)
MINYAK untuk Menggoreng

CARA CARANYA:


1. Kupas bawang merah dan tumbuk  sehingga lumat..(untuk bahan tumis)

2. Basuh bawang Putih dan goreng bersama kulit sehingga garing..ketepikan

3.Masukkan minyak dan  Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan dahulu.

4. Tumiskan bawang merah bersama bawang putih (yang diketuk) sehingga naik bau.

5. Masukkan cili boh,serta tumis sehingga pecah minyak dan betul betul garing(jika tidak,boleh jadi kes sakit perut akibat cili tidak dimasak dengan betul)

6. Masukkan sayur sawi,nasi putih dan gaul sebati. Perasakan dengan sedikit garam.

7. Akhir sekali masukkan ikan bilis,gaul lagi sekali.

8. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Akhir kata,selamat mencuba resipi Nasi Goreng ikan bilis ni. Insyallah sedap, sebab menggunakan bawang yang banyak.

10 comments:

  1. Selalu masak ni bila dah bosan tak taw nak masak lauk apa dah. hee

    ReplyDelete
  2. amboi pokucu tunjuk maggi.. ni nasi goreng plak dh.. uji iman sungguh! :D hahaha

    ReplyDelete
  3. Selalu masak menu ni. Paling senang 😊

    ReplyDelete
  4. terus terang aida ngaku kat sini, aida kurang pandai goreng ikan bilis jadik rangup tau.
    ada kala jadik.
    ada kala lemau je rasa nyer :(
    frust.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.