SANG AURA : SALAM KENAL - AURA blogger

SANG AURA : SALAM KENAL

sang aura.. serang pemalu


Assalamualaikum salam jumaat. Selamat berhujung minggu kepada mereka yang berada di pantai timur (kelantan dan terengganu) serta rakyat Johor yang cuti pada hari ini. Ina di kuantan, hari last bekerja pada mereka yang bekerja..ina? 24jam kerja. Itulah tugasan seorang suri rumah. ehehehe..


BIODATA DIRI

Nor Azlina Bt Mohd Ali  ,dilahirkan di Felda Kampung Awah Temerloh,Pahang. Serta di besarkan di Kuantan (Sebab itulah slang percakapan ina lebih kearah terengganu gituu.. tapi kadang tu bunyi bahasa rojak jadinya..  Kuantan dibesarkan di Beserah ( penempatan ini bergabung dengan penduduk yang bermaustatin dari terengganu dan kelantan) hooo.. gitu. Faham la sikit kecek kecek ni..


Ina di lahirkan pada tanggal 25 November 1987, (30 tahun dah sekarang ni.. kejap aje). Ina berkongsi tarikh lahir yang sama dengan mak.. huhuhuhu.. susah kan nak jumpa? perasannnn je ..

Mempunyai 5 orang adik beradik dan ina ialah anak nombor 3. Kami (abang,angah dan ina ) adalah jarak setahun seorang umurnya. heee.. Abang sulung dan kakak(angah) bekerja dalam sektor awam, ina seorang aje yang tidak bekerja...(sebelum ni bekerja sebagai kerani jualan,kerani sparepart kereta, kerani kedai tayar dan yang terakhir sebagai kerani bengkel kereta) .Sekarang ina lebih selesa sebagai seorang surirumah juga menolong perniagaan suami sebagai marketing (tolong iklan,menulis surat/Quotation harga, buat blog dan juga instagram).


BERKAHWIN

Berkahwin pada usia 24 tahun (ina antara awal kahwin, kiranya ina langkah bendul kakak).hihihih.. sudah jodoh kan? terus terima. Dah daripada ramai sangat kan kenalan.Akhirnya, jumpa jodoh sebelah kampung jerrr.Beza umur suami 7tahun jaraknya..(minat yang sedikit berusia) Kena lah doa ina ,yang mintak jodoh dengan orang terdekat saja.Hiiiii.. sebab ina ni manja.tak boleh berenggang dengan keluarga.

Hasil perkahwinan,ina dikurniakan 3 orang cahayamata.Iaitu Sulung (Nur Iman Qhaisara 5tahun, Nur Wardina Soffea 2tahun 6bulan dan Muhammad Ariff Furqan 11bulan).Buat masa sekarang,setakat ini sahaja la// (kilang ditutup sementara, kikikiki) tapi dalan hati,berkeinginan mahu anak kembar 2.Harapan sajaaa... hihihihihi.

SANG AURA

Sangat selesa dengan nama samaran ini,sang aura.Blog Masam Manis Kehidupan berkisarkan blog seram sebenarnya,saja saja tulis.Blog pun kira syokk sendiri ni..tahun 2016 ina create.Update pun setiap hari khamis aja.Dah nama seram kan? heeee. Disebabkan blog seram,ina nak sorokkan identiti.Tapi minat yang mendalam dalam penceritaan,so kena teruskan juga.Sekarang identiti sudah terbongkar.. bila terbongkar, segala cerita seram sudah hampir terkubur laa jadinya.

KENAPA SANG AURA?

Ina sukakan AURA. AURA mempunyai 2.Yang baik dan tak baik. Yang TAK BAIK, Sudah tentulah aura NEGATIF (aura negatif yang buatkan kita jadi malas sebagai contoh : malas nak buat kerja rumah, mudah menangis sorang sorang, tidak yakin pada diri sendiri dan seumpamanya). Ina tak suka aura negatif..,kalo aura negatif ni datang menyinggah,cepat cepat ina istighfar. ehhh.. terceramah pulak dahh.. sorry korang yang baca nihh.

Aura positif paling ina suka...bila kita POSITIF..Banyak hal hal baik datang kearah kita.Job masuk banyak, hati lapang, jiwa tenang dan of course la AWET MUDA yang ina mau kan.. heeee betul tak korang? sape tak suka awet muda kan?


MAKIN TAKSUB DENGAN BLOGGING

Serius nihh, memang sudah jadi gila meta (sebentar) dengan blogging.Duk terjah blog orang, duk godek godek.Lagi lagi sekarang ina sudah mempunyai ramai kenalan, hasil ajakan sis awa ke group whatsapp Blogger pantai timur (ecececeh.. sebelum ni takde. Sebelum ni suami kawan, dia lah lawan).Ina suka baca entri kawan kawan di Blogger pantai Timur ( baca je mau, tinggalkan komen mungkin satu dua aja,,maaf ye kawan kawan, kadang tu takde ayat nak di komen...).

BLOG ke 3

 Sebelum ni, ina sudah ada 2 blog, 2 blog tu memang khas untuk berbisnes bagi penjualan produk shaklee. Tapi sekarang, ina sudah penceh dengan shaklee. Huuuuuuu. Blog yang ina sayang nurimanqhaisara.blogspot.com create dari 2013 lagi, sayang nak delete terus. Dalam perancangan ingin hidupkan kembali, sambil menanti designer sis awa make over lagi..(belum book lagi tuuuu..hee) . Blog itu juga, ada adsense.Ina mohon 2 sekali dengan adsense,memang tak sangka di terima oleh pihak adsense.. (yang ni nanti ina update entri seterusnya tentang adsense)


Okaylah..setakat ini saja..sekian,
assalamualaikum.. sekarang nak p makan nasi putih + ayam masak merah (versi kenduri) bersama ayam goreng dan sedikit sayur campur..


Jom follow ina di INSTAGRAM : Sang_Aura
nanti ina follow back ya




SANG AURA : SALAM KENAL SANG AURA : SALAM KENAL Reviewed by azlina ina on 1:53 PM Rating: 5

9 comments:

  1. salam kenal INA AURA... ha tu dia tetiba jadi nama tu. dan terima kasih juga menyelit namaku di situ.... hehe.. (www.sishawa.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ina berpuashati, 10 episod pun sanggup mention sis awa ni

      Delete
  2. salam kenal.. busyra singgah sini.. dan follow. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih.. sy dah bw dan tinggal komen kat awk..slm knl jugak

      Delete
  3. Salam kenal ina... Wow bertuah sama tarikh lahir dgn ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe... perangai pun sama..... kalo celebrate, memang sekali.. xpernah miss

      Delete
  4. Salam kenal ina.. Comel2 nama anak ina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga... semuanya, nama ina yang letak...kahkahkah... tudiaaaa... hihihi

      Delete

Powered by Blogger.