TABIAT PELIK atau MENGIDAM semasa mengandung

8:24 AM
assalamualaikum.. entri kali ni ina nak sharing kisah mengenai pengalaman mengandung.Boring la..asyik asyik cerita pasal makanan,kecantikan,resipi,dan petua. Tapi kali ini,boleh la imbas imbas sedikit pengalaman semasa mengandung tu.Ehehehe.. korang yang baca ni pun..Yang mana pernah merasai pengalaman itu.Opss! Jangan ada yang silap faham pula Ya.Artikel kali ini,tiada kaitan.Ina bukan mengandung ya.. hekhekhek.. Setakat ini ja.Ada 3 orang cahaya mata..2 perempuan dan bongsu lelaki..Alhamdulillah,sudah cukup tu. Sepanjang kehamilan ina,3 orang tu.Macam macam sudah merasa.Tabiat pelik dan mengidam..huuuh.Mencabar anak tekak betul.Semuanya nak makan.Hikhikhik.. 


mengidam semasa mengandung




di Amerika menunjukkan bahawa di tangga teratas dalam senarai belanja mereka ialah aiskrim. Apabila ditanya apa yang mereka paling teringin untuk makan semasa hamil, kebanyakan mereka (hampir 40 peratus) mengatakan “sesuatu yang manis”. Kurang sedikit daripada itu (33 peratus) memilih snek masin. Peminat makanan pedas jatuh di tangga ketiga (17 peratus). Di belakangnya pula (10 peratus) adalah mereka yang mengidam buah-buahan sitrus, epal hijau dan makanan-makanan masam. 





 Antara pengalaman pelik ialah : 



solat tahajud di malam hari



 1. Pagi petang siang malam,tengah malam memang rajin duduk di sejadah.Alhamdulillah.. membaca alquran pun tengah rajin.Bersalin pun mudah yang ini.Cuma masa ini,ina very Sensitive. Asyik nak menangis.. kandungan pun tak berapa kuat yang ni..kerap bleeding.Nyaris keguguran.. tapi alhamdulillah,allah masih izinkan Nur wardina Soffea Lahir untuk melihat bumi.Kejadiannya, indah sangat ciptaan allah.Lahir memang cukup mudah..mungkin berkat dan konsisten ina solat sunat setiap malam.Surah Maryam,yusuf,lukman dan 2kali khatam. 


roti

suka bau duit 

 2. Kandungan ketiga ni, ina terlampau rajin masuk kedapur.Aktif berbisnes masa ni. Jual roti,biskut raya..resipi ROTI  . morning sickness langsung tiada.Alhamdulillah.. sampai terlupa pregnant kali ni. Dan yang ina perasankan semasa mengandung Muhammad Arif Furqan, ina jadi ketagih.Iya KETAGIH...Ketagih nak intai wallet suami..hekhekhekhek.Suka betul intai slip penyata bank suami..kalau takde,tak senang duduk(menggeletar) Suka tengok duit suami masa ni.. suka sangat la bab bab duit time ni. 

pisang cheese





3. Mengidam makan PISANG CHEESE .. (kandungan ke 2)

Kebetulan semasa kandungan kedua, ina suka sangat sangat makan makanan berasaskan keju. Masa ni trending pisang cheese..Eheheehhe...sedap tau! ina beli RM 10 untuk sorang makan jer.. wahhh,bahagia betul time ni tau.Lusa p klinik, naik 5 kilo..hahahahaha..Gila kan? Hampir nak kena Minum air gula time ni dah..Nasiblah,kena jumpa kaunseling aje...Bahagian pemakanan.Doktor bagi tempoh, kalo tak turun,, confirm kena minum air gula.. Tapi alhamdulillah, ina makan minyak ikan..turrun mendadak.Jadi normal berat badan ina..(naik 2 kilo je)

4. Suka makan MASIN (kandungan pertama)


nasi goreng ikan masin


Nak makan nasi goreng ikan masin setiap hari..Bayangkanlah.. masin tuu..taknak masak sendiri.Nak makan yang kedai depan rumah jer tau..Tak boleh memasak, sebab alah dengan bau asap memasak..muntah muntah jadinya

5. Suka CIUM KETIAK SUAMI

suka cium ketiak



Yang ni... memang sudah jadi tabiat sebelum tidur..hahaahaha.Tak dapat,boleh menangis.Suami layankan aja..pembawakan kan? eheheheheeh.. Anak sulong tu, diberi nama Nur Iman Qhaisara...mukas ebiji copy paste abah dan perangai sama.. 


6.  Nak makan WESTERN (Mengidam last minit)

western  food



Malam sebelum bersalin kandungan ke tiga, gigih pergi cari restoran western di kuantan tu..Tetapi malangnya, tak jumpa langsung ..sedih sangat,, tapi ganti dengan Mcdonalds di Teluk Cempedak...Selepas makan itu, ina round sekitar pantai TC itu 2 kali... (Pagi keesokan perut sudah mulai sakit..


Pakar-pakar yang dirujuk oleh laman web kami di Amerika setuju bahawa keinginan semasa hamil harus diberi perhatian, tetapi tidak semestinya diikutkan. Biasanya diet yang sihat boleh mencukupkan kesemua keperluan nutrisi kita, tetapi sesetengah pakar berpendapat makanan turut memuaskan keperluan emosi. Jika kita tidak mendapat kepuasan emosi, mungkin kita perlukan pelukan berbanding burger. 
Cara lain untuk menangani keinginan yang tidak sihat? Makan sarapan setiap hari (tidak bersarapan boleh membuat keinginan lebih teruk), kerap bersenam dan pastikan anda mengamalkan diet yang sihat dan pelbagai. 

2 comments:

  1. Pelik-pelik orang yang mengidam ni kan..Alhamdulillah masa pregnant dulu tak pernah idam benda yang bukan-bukan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehehe..ina salah sorang. kikikiki..malu pulak bila sis ema baca ni

      Delete

Powered by Blogger.