Pengalaman Cabut Gigi Geraham





 Berpisah juga akhirnya setelah 32 tahun,selamat tinggal Geraham  | Akhirnya penderitaan menyimpan gigi geraham yang senget itu berakhir semalam.Ahaks! Walaupun gigi itu tak menyebabkan kesakitan berdenyut-denyut tetapi terpaksa dibuang jua.


 Mana tidaknya,gigi geraham tu senget tumbuhnya.Walaupun ia berlubang tetapi tidak menyebabkan kesakitan.Cuma korang bayangkan lah,bila sisa makanan terselit di celah gigi macam mana azabnya.Adeiii, beraduh juga tuuu.




pengalaman  cabut gigi geraham,cabut gigi,prosedur cabut gigi
gigi geraham

Periksa gigi



Jika tak silap Ina,pada tahun 2017 kot pergi klinik UTC Kuantan.Kononnya nak pergi cabut gigi pada hari weekend. Keadaan di klinik Utc tika itu tersangat ramai.Musim hujan kan,jadinya memang ramai lah orang sakit gigi.


 Giliran pun panjang tika ini tau. Nak tak nak,memang kena tunggu giliran.Dengan anak bongsu tika itu yang masih baby lagi,huhh.Jenuh meragam.. 


Apabila sampai giliran Ina sendiri,nama dipanggil oleh doktor India. Doktor India lakukan pemeriksaan keatas gigi Ina.Macam biasa dia akan baca gigi yang rosak sambil pembantu doktor gigi ( pelatih ) mencatat di report kad gigi. 


Dan doktor gigi tersebut memberitahu kemungkinan gigi Ina ni kena lakukan pembedahan gigi kerana dikhuatiri terkena saraf. Serta doktor India tersebut mengarahkan Ina supaya pergi ke hospital terlebih dahulu untuk X-Tray untuk mengesahkan. 


 Ina apa lagi,menggigil segala apabila diberitahu gigi perlu di operate.Haihhh~ banyak dah cerita sedih yang Ina dengar kesan selepas operate gigi.Ermm,, mula lah pelbagai bermain di fikiran.Satu jer fikir,mungkin aku akan mati selepas lakukan operate ini.Disebabkan ini,sehingga tahun 2019 gigi tak bercabut.Sedih kan?





Redha ketentuan Allah




  Okay, pada hari semalam iaitu 15 April 2019,Ina nekad ( tak kisah nak jadi apa,janji gigi geraham dicabut ) ke klinik kesihatan Beserah.2 hari yang lepas sudah bagitahu suami bahawa nak cabut gigi dan suami tak ingat.Jadinya,petang semalam pergi ke klinik bawa anak-anak untuk temankan Ina ni yang penakut sebenarnya.Hihihihi...



 Sambil menunggu giliran tiba,anak-anak semua meragam.Telefon suami supaya mengambil anak-anak pulang ke rumah.Fuhhh! Lega sedikit, anak-anak dah takde kat klinik.Lega lah sedikit,jika tidak.. ada yang berlari dan menyakat menangis.Pening..



Artikel lain : Kesan cabut gigi geraham bawah kiri 



Giliran tiba...



 Nombor dipanggil 081,berdegup kencang jantung.Hahaha.. sebenarnya Ina memang penakut! Ehehehe,teringat pengalaman ketika zaman kanak-kanak dahulu.



 Hari Sabtu adalah hari kami adik beradik untuk ke klinik bagi memeriksa gigi.Huhhh! Klinik dekat jer,kami 3 beradik berjalan kaki untuk ke klinik tersebut.Bila giliran Ina nak kena cabut gigi,Ina menangis sekuat hati tau.Menjerit sekuatnya,hahaha. Memang doktor gigi dan pembantu nya sudah kenal Ina ni tau.Sehinggakan kena usik dek pembantu doktor tu,katanya "budak suka nangis dah datang". Adeii, sehingga Ina ni sudah besar pun,pembantu tu masih kenal Ina.Tetapi sekarang Ina dah pakai cermin mata,mungkin dah tak kenal kot.Ahaks! Selamat.. 



  Berbalik kepada giliran dipanggil itu.Apabila masuk ke bilik rawatan,jantung tu terasa seolah berhenti sekejap.Hihihihi..



PROSEDUR Mencabut Gigi



   Doktor memanggil masuk kedalam bilik untuk dibius terlebih dahulu sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Sebelum itu,nurse menyerahkan kad gigi supaya pesakit menulis nama dan tandatangan sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Incase ada sebarang kemungkinan berlaku,jika dah tandatangan maknanya korang dah setuju dalam syarat yang tertulis didalam report kad tersebut.Jika dahulu takde lagi prosedur sebegini,sekarang ni jer.


   Mungkin disebabkan ada kematian berlaku kot selepas mencabut gigi. Korang pernah dengar tak yea? Jadinya, keluarga pesakit tak boleh menuntut apa-apa ataupun kes saman menyaman ni.Sebab si pesakit sudah bersetuju untuk mencabut gigi.



Ubat Bius ( Kebas )



  Kali ini,doktor gigi di Klinik  Beserah kecil orangnya.Lembut jer dia inject bius.Dan memang tak sakit langsung.2 bius diberikan,setelah itu Ina diminta untuk menunggu dikerusi luar bagi ubat bius tersebut berkesan ( kebas ). Alhamdulillah, lama juga menunggu diluar itu tau.Tapi baguslah,ubat bius itu dah buat bibir dan bahagian gusi kebas.Dan ketika itu juga lah tangan Ina menggigil ketakutan ni.Pucat kuku Ina,hahaha. Kelakar kan? Dasar penakut.Jika nak dibandingkan dengan bersalin.Takut lagi nak cabut gigi.Hahahah.



  Proses Mencabut Gigi Geraham



 Nama Ina dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan.Kencang betul jantung ni berdegup.Huh! Sempatlah dalam hati tu,baca macam-macam ayat lazim serta zikir untuk hilangkan gemuruh.


 Duduk je di kerusi khas ( cabut gigi) tersebut, doktor menghampiri dengan memegang alatan mencabut gigi. Ngeri jee, dan doktor tersebut meminta Ina membuka mulut sebesar mungkin.

  Proses cabut tu,agak sukar sedikit sebab Ina keraskan badan.Hahaha.Kelakar pula! Dalam kepala teringat kisah zaman kanak-kanak dulu.Adoii~ boleh lah pula time ni nak flashback memory Ina. 

 Sudahnya,pembantu doktor gigi ( pelatih ) meminta supaya lembutkan badan.Buat rileks sahaja.Hee.. dan akhirnya sambil memejamkan mata. Gigi geraham berjaya dicabut.Doktor tunjukkan gigi geraham yang dicabut itu,berakar panjang.Eeeeiii..Fuhhh! Lega.. pening sekejap kot. Sebab dah lama tak cabut.Tekanan darah masa ambil pun tadi 100/56 ( yang atas tak pernah dapat bacaan 110 ). Ina ni darah rendah,memang begitulah selalu bacaan tekanan. 


  Setibanya dirumah,azan asar berkumandang.Dan solat asar sudah semestinya seperti biasa.Alhamdulillah, selepas maghrib barulah darah nampak tanda-tanda darah nak mula stop.Ina minum ais,ehehe.



  Kesimpulannya, kalau korang nak cabut gigi.Jangan dengar kisah orang yea.Nanti jadi macam Ina barulah korang tau.Huhuhuhu.. penakut nak mamposss! Pelbagai mitos bermain diminda.Hahaha~ Siap pesan pada anak-anak lagi tu,kalau mama mati jangan sedih-sedih.



PENGALAMAN CABUT GIGI 2 BATANG


Isnin lepas bersamaan 3 August 2020, semasa cuti peristiwa Hari Raya Aidiladha. Kebetulan suami pun cuti. Jadinya, Ina mengambil peluang dengan mengajak suami ke klinik. Dari Balok sehingga ke bandar mencari Klinik Pergigian yang buka pada hari cuti tersebut. Call sana sini klinik sebelum datang ke klinik tersebut.


Klinik pertama yang Ina pergi tu, perlu menunggu seramai 16 orang pesakit. Alamak! Masa Ina pula terhad. Tinggalkan sekejap anak-anak di rumah neneknya. Yang menjadi risau, baby Yusuf ni tak mahu dengan neneknya. Meragam.. 


Kemudian, klinik ke-2 tu ada kekosongan. Terus lah ke sana. Klinik berhampiran Pasar Kuantan. Mempunyai 4 orang doktor gigi. 


Apabila nama di panggil, pembantu doktor iaitu wanita India lingkungan umur 50 tahun menyuruhku masuk ke bilik 'Surgery'. Adeh! Lemah segala lutut ni, kaki dan tangan automatik kesejukan. TAKUT! 


Doktor lelaki melayu ala-ala mamak mulakan perbualan.


Doktor : Gigi mana yang bermasalah?

Saya : Gigi geraham, rosak berlubang.

Doktor : Saya ada nampak 2 batang ni nak kena cabut. Alang-alang baik cabut terus ni. Kawasan berdekatan jer.

Saya : Boleh ke cabut banyak dalam satu masa?

Doktor : Boleh, sebab dekat jer tu. Gigi bersebelahan yang rosak.

Saya : Gigi yang itu, tak kena saraf ke?

Doktor : Tak. 

Saya : Okay, bolehlah cabut. Tetapi berapa harga kalau 2 batang?

Doktor : RM 200


Kemudian bermula lah proses ngeri mencabut gigi. Kenapa saya berkata begitu?


1. Gigi sebelah geraham bawah bahagian depan. Gigi ni sudah tinggal separuh, jadinya kesukaran disitu. Pelbagai tools doktor gunakan. Dari tool macam spanar bersaiz besar , sederhana dan bersaiz kecil digunakan secara bergilir.

2. Cucuk bius sebanyak 4 kali. Ina redha jerlah, janji tak sakit sewaktu proses mencabut dan selepas.

3. Akibat tools yang tidak bersesuaian digunakan dan juga kesukaran mencabut. 3 kali tool macam spanar bersaiz sederhana terjentat ( melantun)  terkena gigi atas ina. Sakit!!! Bahagian atas gigi tu kan tak de bius. Azab, dah macam dalam cerita the Saw pula kan? Hihihi.

4. Gigi terpatah apabila dicabut. Masa ni, ya allah, dapat rasa sedikit sakit. Entahlah, bius tu takde rasa sangat. 

5. Akibat kesukaran mencabut itu tadi, pembantu doktor iaitu wanita India. Dia memegang kepala Ina dengan kuat,konon taknak bagi ina bergerak. Kuat sangat! 

6. Sebelum proses mencabut gigi, kain tuala putih di letakkan didada Ina. Tujuannya alas lah. Kot ada terpercik darah ke kan? Baik, yang itu Ina suka. Sebab rasa selesa lah sedikit. Tak lah basah ke apa tudung Ina tu nanti bila berkumur. 


MACAM NAK KENA JERUT LEHER SEWAKTU MENCABUT GIGI 


Tetapi apa yang tak best pasal wanita India ini. Kemudian dia seolah ingin menjerut. Faham tak? Kain tuala tu, dia macam temukan hujung kain sebelah kanan dan kiri kain diketatkan di leher Ina. Allahu! Rasa macam nak jadi mangsa  kena jerut jer masa ni. Waktu ni Ina pejamkan mata tau. Sebab takut nak buka mata. Sakit tekak Ina. Dalam beberapa saat sahaja. Tetapi sepatutnya tak boleh! Kalau Ina mati sesak nafas macam mana? Konon dia nak bantu doktor cepatkan proses cabut gigi. GAGAL jugak cabut!


7. Kali ini doktor gunakan pula macam drill. Ina dengar jer, memang tak buka mata. Sebab ketakutan yang maha dasyat! Lepas tu, ada terbau hangit. Tak pasti doktor solder ke apa masa ni.Ehehehe.. 2 kali doktor gunakan.

Tahap ketakutan ina masa ni sangat-sangat tinggi. Tak boleh relaks dah. Risau jer, kalau lidah terkena mesin tu. Adeii~ teruk kan fikiran Ina ni. 

8. Kemudian, doktor menukar posisi dengan pembantu India tadi. Barulah gigi geraham yang mempunyai akar panajang tercabut. Akar panjang sangat uii. Macam siong.

9. Gigi geraham yang satu lagi sekejap jer cabut.

10. Selepas lama duduk dalam bilik surgery itu tadi. Segalanya selesai, apabila Ina keluar dari bilik tersebut, muka suami pucat. Takut isteri dia lama sangat proses mencabut gigi. Agaknya 1 jam lebih prosesnya.. sebab memang lama sangat. 



Selepas setengah jam pulang ke rumah. Masa ni lah, gigi terasa sangat-sangat sakit. Kesakitan yang buatkan Ina langsung tak boleh bercakap. Dan tahap kesakitannya buatkan Ina seolah ingin terkencing. Airmata menitis.. 


Pada malam itu juga, suami pergi ke farmasi mencari ubat tahan sakit yang doktor suruh belikan. Lagipun doktor nak berikan ubat tahan sakit paling kuat sebenarnya, tetapi awal lagi Ina pesan, saya masih breastfeeding. Jadinya, ubat kenalah cari sendiri di farmasi.


Di saat Ina kesakitan, sempatlah menunaikan solat asar. Ya allah! masa ni rasa macam nak pengsan pun ada. Ina senyap jer, tak bagitahu suami. Sebab suami marah ikutkan cabut gigi banyak. Bukan sebab duit, tapi keselamatan.


Alhamdulillah, selepas 3 hari mencabut gigi. Barulah Ina mempunyai keberanian untuk melihat gigi Ina tu. Terkejut juga tengok. Ngeri pun ada! Macam melepuh di tepi gusi. Sakit sangat-sangat! Tak boleh usik mulut ni tau. Gigi yang lain turut juga mengalami kesakitan. Merajuk kot, kawan dia kena cabut.Hahahaha..


Selepas 3 hari cabut gigi. Gigi takde bengkak. Darah pun dah stop. Cuma sakit kadang kala. Masih tak boleh makan makanan keras lagi. Mengunyah pun sakit.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi bertanya khabar Ina. Ramai yang sayangkan Ina rupanya. Alhamdulillah, dikelilingi kawan-kawan yang baik pun salah satu rezeki. Syukur sangat. 


Hidup dan mati semua atas ketentuan allah. Tak semestinya mati bila mencabut gigi. Janji korang takde penyakit serius seperti jantung, kencing manis dan lelah. Korang boleh jer cabut gigi. Kalau tak mahu cabut gigi, bolehlah buat rawatan akar. Tetapi harga sedikit keras. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Cik Nor berkata…
haha..takutnya nak cabut gg..
Abam Kie berkata…
Takut gak tp bila dah sakit terpaksa cabutlah gak.